Jenis-Jenis Kerja Sambilan Buat Duit Hujung Minggu

Pada peringkat awal, ada beberapa faktor yang perlu diambil kira jika anda bercadang mahu melakukan kerja sampingan hujung minggu. Antaranya pengurusan waktu di mana perlu dipastikan kerja hujung minggu yang ingin dilakukan itu tidak bercanggah dengan urusan peribadi. Selain itu, buat jadual pekerjaan sampingan yang diterima supaya perjalanan kerja hujung minggu lebih sistematik dan dapat memenuhi setiap tawaran.
Jangan ikut suka hati terima tawaran tanpa tahu asas mengenainya. Terima tawaran kerja yang anda betul-betul tahu dan ada skil mengenainya. Cara ini menjadikan tugasan lebih mudah di samping menjaga kredibiliti sebagai pekerja bebas hujung minggu.
Sedar atau tidak di Malaysia ada beberapa jenis pekerjaan yang kini menjadi pilihan utama sama ada dijadikan pekerjaan sampingan mahupun pekerjaan tetap. Antaranya adalah jurufoto perkahwinan, jurusolek, pengacara majlis serta servis membersihkan rumah. Pun begitu, ada beberapa pilihan lain untuk anda fikirkan.


Jurufoto


Musim cuti sekolah adalah waktu paling sibuk bagi semua jurufoto kerana hampir setiap hari akan diadakan majlis perkahwinan. Jurufoto bukan lagi pekerjaan eksklusif individu yang memiliki pendidikan formal dalam bidang itu kerana kecanggihan gajet kamera di pasaran zaman banyak membantu ramai orang mengabadikan foto yang cantik.
Penulis percaya, ramai dalam kalangan Gen Y memilih jurugambar menjadi pilihan utama kerja sampingan di hujung minggu. Bidang yang suatu masa dulu dimonopoli golongan lelaki kini turut dijadikan kerjaya golongan wanita. Pendapatan seorang jurufoto untuk setiap tugasan dibayar mengikut jenis majlis. Secara purata, seorang jurugambar majlis perkahwinan dibayar bermula serendah RM300 hingga ribuan ringgit untuk tugasan merakam gambar. Tugasan jurufoto hujung minggu pilihan terbaik kerana ia tugasan yang menarik dan mudah diurus. Selain itu, skil merakam gambar yang cantik daripada segi sudut, warna dan pencahayaan kini boleh dipelajari melalui Internet saja.

Jurusolek

Kerja hujung minggu yang semakin popular termasuklah kerja mengandam atau jurusolek. Sama seperti upah jurufoto yang mengikut majlis, begitu juga jurusolek. Ia sesuai dijadikan kerja hujung minggu memandangkan tugasan menyolek tidak mengambil masa sepanjang hari. Malah, jika tugasan menyolek selesai pada sebelah pagi, anda boleh meneruskan atau mengambil upah menyolek pelanggan lain pula pada sebelah petang.
Wanita memonopoli bidang ini kerana ia dekat dengan jiwa dan hakikat bahawa wanita lebih mahir dan arif tentang selok-belok dunia solekan. Harga yang ditetapkan berdasarkan jenis solekan serta jenis jenama peralatan solekan yang digunakan. Gen Y kongsikan asas bayaran jurusolek amatur. Solekan majlis formal bermula serendah RM80, pertunangan dikenakan bayaran antara RM70 hingga RM100, pernikahan (RM150-RM200), majlis resepsi (RM200) atau solekan majlis bertema (RM80 -RM100)

Juruacara majlis

Kedengaran agak sukar dan mencabar kerana ia perlukan kemahiran bercakap dan berceloteh, namun jika anda nekad ia tidak lagi dilihat sebagai tugasan berat. Asal saja ada usaha mempelajari skil berkomunikasi dan tahu bagaimana mahu menghiburkan tetamu, pasti ada penyelesaiannya.

Kerja hujung minggu jenis ini sesuai untuk mereka yang memiliki skil dan bakat dalam bercakap, imaginatif, kreatif dan bijak mengendalikan suasana majlis. Selain menawarkan khidmat sebagai pengacara majlis, ada kalanya anda boleh menawarkan pakej khidmat sistem audio untuk majlis itu dengan kerjasama daripada kenalan anda yang lain. Dalam bidang ini, caj yang dikenakan berdasarkan pengalaman pengacara. Secara kasarnya, seorang juruacara majlis kahwin dibayar antara RM70 hingga RM100 untuk satu-satu majlis. Bayaran juga bergantung pada jam atau tempoh majlis berlangsung.


Tukang rencam

Merujuk Kamus Dewan, rencam bermaksud terdiri daripada bermacam-macam atau berbagai-bagai. Pekerja rencam atau dalam bahasa Inggerisnya ‘handyman’ diertikan sebagai pekerjaan hujung minggu atau sampingan yang popular di negara Eropah. Di Malaysia juga tidak ada kurangnya. Kini, ramai anak muda mengambil inisiatif mencari pendapatan lebih dengan melakukan kerja rencam seperti membaiki paip, membaik pulih, kerja pemasangan elektrik mudah seperti memasang fius, membaik pulih lampu rosak serta mengambil upah memotong rumput.

Jangan buat tak tahu, tugasan rencam di negara ini mula dikuasai bangsa asing (Bangladesh, Indonesia) yang bijak merebut peluang. Mereka berkongsi maklumat, pendapatan untuk kerja memotong rumput di laman memberi pulangan kira-kira RM40 hingga RM70. Jika setiap minggu anda menerima tawaran kerja seperti ini, secara puratanya RM200 dapat diperoleh setiap bulan. Jika kita berikan kerja ini kepada warga negara asing, jumlah itu besar nilainya, boleh dikirim ke kampung untuk perbelanjaan. Jadi, bagi anda yang inginkan kasut baru atau duit minyak tambahan, boleh cuba aktiviti ini. Kalau malu jangan lupa ajak rakan!


Kru sambilan

Kerja sampingan ini antara yang paling menarik pandangan peribadi penulis. Ia bukan saja memberi faedah dalam bentuk pendapatan, malah jika anda bijak mengambil kesempatan, ia juga memberi faedah daripada segi ilmu dan pengetahuan. Sekiranya mahu mencari pendapatan lebih dan dalam masa yang sama mahu memburu ilmu, carilah peluang kerja hujung minggu dengan bertugas sebagai kru atau petugas majlis.

Banyak syarikat dan golongan profesional menganjurkan konvensyen berskala besar dan memerlukan jumlah petugas yang ramai. Rebut peluang ini dan ambil manfaat daripadanya. Petugas kru atau urus setia majlis kebiasaannya menerima habuan tidak kurang daripada RM100 sehari dan bergantung pada tempoh sesuatu majlis itu diadakan.


Guru tambahan

Skop kerja mengajar ini kebiasaannya mendapat permintaan yang memberangsangkan daripada ibu bapa yang berkerjaya dengan status sosio ekonomi kerana mereka mempunyai kekangan masa. Permintaan daripada ibu bapa yang mahu anak mendapat pengetahuan dan skil yang lebih intensif dan eksklusif di rumah sebagai nilai tambah kepada aktiviti pelajaran di sekolah. Secara purata bayaran yang ditetapkan seorang tutor berdasarkan subjek, tempoh masa mengajar dan juga bergantung kepada tahap kecekapan anak tersebut. Bayaran yang dikenakan untuk satu subjek secara purata kira-kira RM40 hingga RM60.


Pengasuh

Kerja alternatif duit lebih ini masih belum di pandang serius masyarakat Malaysia, namun ia mula menjadi pilihan akhir-akhir ini. Di negara Eropah, ramai pelajar kolej atau universiti yang pulang menghabiskan waktu hujung minggu di rumah ibu bapa masing-masing akan mengiklankan khidmat mengasuh kanak-kanak untuk hari Sabtu dan Ahad. 

Remaja mahupun sebarang golongan umur individu yang tidak terikat dengan tugasan rutin pada hujung minggu bersedia mengambil upah menjaga bayi atau kanak-kanak sepanjang hujung minggu. Difahamkan, kadar bayaran yang dikenakan untuk kerja mengasuh ialah mengikut hari iaitu antara RM35-RM40 sehari. Selain itu, bayaran tambahan akan dikenakan sekiranya ibu bapa bayi atau kanak-kanak meminta melakukan kerja sampingan lain seperti memasak mahupun membawa anak ke taman permainan. 

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...