TERPAKSA memakan daging kambing yang busuk dan bergayut di tempat tinggi merupakan antara cabaran yang tidak dapat dilupakan buat pasangan juara Fear Factor Malaysia musim kedua, Erin Malik dan Redha Rozlan sepanjang 12 minggu berkampung di CapeTown, Afrika Selatan.

Erin dan Redha dinobatkan sebagai juara Fear Factor Malaysia 2 apabila berjaya menyaingi tiga lagi pasukan selebriti termasuk pasangan Nas T dan Khairul, Shuib Sepahtu dan Zakaria, serta Azura Zainal dan Rechel dalam pusingan terakhir.

Mengakui tidak menyangka berjaya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000, ujar Erin, kerjasama dan persefahaman yang terjalin antara dirinya dan Redha merupakan kekuatan utama untuk terus berjuang ke peringkat akhir.

“Saya akui banyak kelemahan dalam diri saya, namun dengan adanya Redha, dia banyak memberi saya motivasi untuk meneruskan perjuangan. Saya cuba melakukan yang terbaik dalam setiap cabaran yang diberikan.

“Memandangkan kami pasukan campuran lelaki dan wanita, saya juga ingin membuktikan bahawa wanita juga mampu setanding dalam menerima setiap cabaran dan tindakan yang ditugaskan kepada kami,” ujarnya yang ditemui selepas tamat majlis pratonton episod final Fear Factor Malaysia di PickNik @ Solaris Dutamas, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Erin, cabaran, dugaan dan kesakitan fizikal yang dihadapi membuatkan mereka lebih yakin dan tahan lasak dari segi fizikal dan mental.

“Jujurnya, saya merasakan akan tersingkir di peringkat awal tetapi apabila program itu memasuki fasa selanjutnya, kekuatan itu datang dan pasangan saya banyak memberikan sokongan dan dorongan sepanjang ujian yang kami lalui,” katanya.

Sementara itu, bagi Redha, tekanan pada pusingan akhir episod program tersebut sangat menguji daya ketahanan mental dan fizikalnya. Kekuatan kumpulannya bersama Erin adalah berasaskan persefahaman dan komunikasi antara ahli yang membuatkan mereka sentiasa fokus dalam pertandingan.

“Semua cabaran yang diberikan nampak mudah tetapi sebenarnya susah. Meskipun Erin nampak lemah tetapi sebenarnya dia kuat semangat dan mampu melepasi semua cabaran,” ujarnya yang memberitahu, dia dan Redha berhasrat menggunakan wang kemenangan itu bagi membantu keluarga masing-masing.



Tahniah pada pasangan Erin dan Redha, ini buktinya ketakutan bukan menjadi penghalang untuk kita harungi segala cabaran. Kekuatan dalaman boleh mengatasi luaran. Semoga sukses

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...