Penipuan Cinta Cyber

PENDEDAHAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa kerugian berjumlah RM70.1 juta dicatatkan dalam tempoh dua tahun lalu akibat sindiket penipuan cinta siber sudah cukup menunjukkan betapa bahayanya ancaman sindiket ini.
Masalah sindiket penipuan cinta internet tidak boleh dipandang remeh kerana secara puratanya, sebanyak tiga kes diterima oleh PDRM setiap hari.

Dengan mangsa-mangsa penipuan terdiri daripada golongan berpelajaran dan profesional, masalah penipuan ini nampaknya akan berterusan sekiranya kesedaran masyarakat tidak ditingkatkan untuk membendungnya.

Ikuti Bahagian Pertama laporan khas wartawan Utusan Malaysia, KAMIL MASLIH yang membongkar cara-cara penipuan 'jerat percintaan siber' ini dilakukan dan bagaimana mangsa mengalami kerugian bukan hanya wang ringgit bahkan harapan cinta yang hancur berkecai.

BAHAGIAN 1

KUALA LUMPUR 4 Mei - Untuk sepanjang tahun 2013 sahaja, sebanyak 1,095 orang telah menjadi mangsa penipuan cinta siber atau African Scam dengan nilai kerugian keseluruhannya adalah RM36.5 juta.

Trend penipuan itu langsung tidak menunjukkan penurunan kerana pada tahun 2012, sebanyak 814 orang dilaporkan menjadi mangsa dan nilai kerugian keseluruhan adalah RM33.6 juta.

Jumlah sebenar mangsa dan nilai kerugian penipuan itu bagaimanapun dipercayai lebih besar kerana tidak banyak mangsa yang berani tampil mengadu kepada pihak berkuasa kerana faktor malu kepada keluarga dan masyarakat.

Hakikatnya, sesiapapun pun boleh menjadi mangsa penipuan cinta itu tidak kira wanita ataupun lelaki, golongan muda mahupun golongan dewasa yang sudah mencecah usia 60-an.

Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Supritendan Mohd. Syafiq Jinuin Abdullah berkata, status pekerjaan dan pendidikan tidak boleh dijadikan ukuran kerana majoriti mangsa adalah golongan profesional seperti pensyarah, kontraktor, doktor, guru dan jururawat. - utusan

Kesian aku pada perempuan yang menjadi mangsa penipuan alam cyber ni, saya sendiri hampir setiap hari ada saja orang yang pm di facebook dari mat salleh dan orang asing. Semua cakap puji-puji cantik la...kalau perempuan tu tak pernah dipuji, mesti la cair. Jadi tak payahlah layan diorang ni bukannya betul. Muka aja mat salleh tapi sebenarnya awang hitam, dari afrika sesat tah mana tah...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...