Ice Lemon Tea


Waktu Feredea ambil gambar ni, memang rasa debaran sebelum minit mesyuarat bermula bersama Astro di bangunan First Avenue, sebelah One Utama.  Aku hadir dalam 15 minit awal, tekak rasa kering ingat nak la makan lunch kononnya... Tengok orang pun tak la ramai sangat. Ada banyak lagi kerusi kosong, tapi aku order ice lemon tea tunggu sampai 10 minit. Bila dah dapat order saja terus minum tak sampai pun 3 minit dah abis minum. Adus!...penat tunggu saja.
Pelayan-pelayan memang lah sibuk, berlari sana sini, tapi ada yang tak reti buat kerja berdiri saja tak reti nak ambil order dan buat pembayaran. Kesian aku tengok dengan mamat melayu sorang tu....
Lepas minum terus keluar dan berjalan menuju ke arah bangunan FA, tapi sebab rasa berdebar tak sempat nak ambil apa-apa gambar. Seorang producer terkenal di India dan Malaysia namanya Dave sedang bersedia bersama dua panel yang lain untuk mendengar presentation aku. Fuh! alhamdulillah, aku dah dapat rasakan rezeki itu rezeki aku walaupun team aku sampai lambat giler...adus...seorang lambat 1jam seorang lagi lambat 1 setengah jam. Nasib baik diorang percaya kat aku 100% apa saja yang aku cakap diorang percaya. Aku cakap mulut aja, name kad, profil company, video montaj pun aku tak tunjuk. Memang pelik, semuanya tak tunjuk pun, walaupun aku dah prepare semua kecuali name card. Hehehehe.....
Aku buat presentation dengan white board dan marker merah tuk bagi story line. Last sekali aku dengar Dave cakap "We definitely will go with this idea". Deal dalam RM suku juta. gile dasyat! hehehe
Nantikan....cerita yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...