Mak Kenit kata.....
Ringan tulang - mak kata rajin2lah buat kijer umah. Mengemas dan buat kerja2 yang terlarat oleh tubuhmu. Jangan dimanjakan sangat badan tu. Tengok orang2 dulu, semua kemudahan takda lagi, semua kijer dibuat manually, walaupun payah tapi bila masa nak beranak...sangat senang.
Amalkan tidur yang sihat - Acaner tu? jangan amalkan tidur yang melampau-lampau lamanya. Mungkin ada ibu2 yang mengalami alahan2 teruk dan badan seperti lemah tak bermaya sepanjang pregnancy ni. Maka, anda perlu 'mind setting' dalam paler anda yang positif. Orang2 dulu kata 'jangan tidur banyak, nanti anak jadi pemalas' hehe.
akar fatimah -gambar hiasan-
Makan yang baik - makanan orang2 dulu tak semewah sekarang ni. Apa nak sumer boleh sumbat janji sedap kan. Mak kata, berhati2lah ngan apa yang kita makan. Paling bagus, amalkan makan kurma (sunnah nabi). Bukan takat nak bagi anak dalam perut tu besok jadi cerdik, soleh/solehah/cantik kulit dan sbgnya, tapi juga sebagai penambah tenaga untuk kita meneran nanti. Selain itu, boleh juga amalkan minum air zam-zam dan minum air rebusan akar fatimah. Kedua2 bahan ini boleh didapati di Mekah, so kalau time2 tu dekat ngan time raya haji bolehlah tolong saudara yang gi haji kirimkan. Satu lagi abah kata, ambil telur ayam kampung sebiji sehari/2 hari masa dekat2 nak sampai bulan tu, pecahkan dalam cawan dan telan terus!Gulp!
Senaman - orang2 dulu pun ada senaman jugak. Tapi, bukan senaman pre-natal yang macam kita buat sekarang ni siap ada kelas bagai kan. Mak kata, kat umah pun boleh buat takyah susah2 nak buang duit daftar amik kelas huhu *garang omak den*. Mak kata, bila kandungan dah cukup kuat dalam umur 7 bulan ke atas cenggitu, bolehlah amalkan senaman 'squatting'. Alaa yang kita dok mencangkung tu, tapi kita squat bergantung pada kedua2 paha kita. Haaaaa, mak cakap ini untuk menguatkan otot2 pelvik kita, kira macam nak mudah bagi kembang otot tu. Tu pasal la, dulu mak Kenit kata, "Nim, kalu nak senang beranak pegi cuci bilik air ko tu. Berus lantai dinding tu. Sambil buat tu mencangkung, tapi tahan ngan paha". Dalam hati, 'whott?apa kes cuci lantai ngan senang beranak plak? dah la aku ni pemalas bab2 ni' muahahaha~ Now, i andersteng heeee (^_^)
Solat dan Doa - ni jangan tinggal weh! kalau tak diamalkan dua elemen ni tersangatla rugi hidupmu. Pas solat mak kata, amalkan baca surah2 pilihan (ramai dah tahu ni). Baca juga doa untuk memudahkan kelahiran. Tak tinggal juga doa Nabi Yunus (Kisah Nabi Yunus dalam Ikan). Pengalaman Kenit, masa dalam labor room tu, doa ni banyak mengurangkan kesakitan yang Kenit alami. Pastu, mintalah doa banyak2 pada Allah agar dipermudahkan urusan kelahiran anak kita dan sbgnya.
Minta maaf - rajin2lah minta maaf ngan suamimu, kata mak. Tapi, jangan amalkan masa mengandung je tau! Luangkan suatu hari, suatu masa untuk korang berdua2an ngan suami dan genggamlah tangan suamimu sambil memohon ampun andai ada silap korang sepanjang mengandung ni. Biasala, hormon imbalance..kita tak perasan tapi tok laki kita terrrrkecik ati..manerlah tau kan. Mintak dia doakan semoga kita selamat melahirkan anak dia...kan romantik gitu? ihik~
Tambahan - Masa Kenit nak melahirkan 1st child dulu, Kenit takda prepare apa sangat, segala jenis selusuh, kelapa dara atau jamu sumer takda. Pergi 'botak' camtu je huhu. Bila dh masuk 2nd child, abah preparekan air dan minyak selusuh untuk sapu dan minum. Tapi, minyak selusuh tu Kenit tak minum la...kang tekak rasa oily hehe. Kenit sapu air selusuh tu sambil baca selawat dari atas kepala hingga hingga ujung kaki.
Kaita hanya merancang tapi Allah jua menentukan. Takdirnya, walaupun Kenit terpaksa dibedah last minit tapi bukan kerana Kenit takleh teran tapi sebab baby dah berak dalam perut dulu ekekekeke. Doktor takut baby telan taik so zasssssss! Alhamdulillah, 2nd child Kenit dapat beranak normal, dapatlah merasa camner beranak c-zer camner beranak normal hehehe.
Tapi, jangan percaya 100% senang beranak tu disebabkan korang amalkan semua petua2 di atas. Kita hanya berdoa dan berusaha. Selebihnya, tertakluk kepada kuasa Allah. Sebab tu namanya perrghhhhtua...adios (^_^)~
P/S: Pada bakal2 ibu dan bakal menambah umat, selamat menimang cahaya mata. Semoga anak yang bakal dilahirkan bakal jadi mujahid/mujahidah yang soleh/solehah (^^,) http://rusukiri.blogspot.com
No comments:
Post a Comment