Mus terjaga dari lamunan bila terdengar
laugan seperti nada azan tidak jauh dari kamarnya. Bunyinya seperti memanggil
orang-orang duyong ke tempat ibadah. Dia bangun dan terus melangkah dan
seterusnya menyelam ke tempat yang dia kedengaran azan. Tiba-tiba dia terasa
satu kejutan.
"Apa? aku boleh menyelam serperti
orang duyong? Ajaib betul."
Lama kelamaan Mus dapat merasakan
keseronokan sewaktu dalam perjalanan. Azan semakin lagi semakin sayu. Dia tidak
lagi kedengaran.
"Mus! Kamu ingin ke masjid kah?"
"Ya!
"Mari ikut aku, kebetulan aku pun
ingin ke sana."
Mus terus menyelam bersama dengan orang
tua tadi. Seribu persoalan bermain di fikirkan. Bagaimana orang tua ini boleh
mengenali dan tahu namanya? Tapi Mus simpankan soalan itu sehingga dia tiba
destinasi.
Sebuah masjid umpana istana yang di
tumpangi tersergam indah di depan matanya. Hati terpukau dengan bangunan yang
serba cantik dan mewah di dasar lautan.
"Ajaib sungguh! Tak pernah aku lihat
masjid orang duyong selama ni...rupanya mereka ni penukang yang hebat!"
detik hati Mus berbicara.
Mus merasai dinding bangunan yang terdiri
dari kulit-kulit kerang yang tersusun rapi. Perkataan Allahuakbar dan Muhamad
tersergam indah dengan susuan kerang-kerang yang berwarna-warni. Dia terpegun
dan terduduk keasyikan keindahan senibina bangunan.
"Jom kita solat!"
Mus mengekori orang-orang duyong yang
dikenali dari arah belakang.
"Mus! apa kabar? Selamat datang ke
kampung kami!"
"Mus! terima kasih sudi ke
sini!"
"Iya-Iya!, tak perlu berterima kasih
pada saya, saya tak tahu apa yang telah saya lakukan! Sebenarnya saya seorang
nelayan biasa yang tersesat di alam duyong."
"Tak mengapa Mus! kami memang dah
tahu kedatangan kamu di alam kami, bukankah kamu berada tinggal di kediaman
Yang Mulia Gusdur, sudah tentu kamu tetamu terhormat."
Mus terpinga-pinga
"Eh! Yang Mulia Gusdur?, tapi dia suruh
aku panggil Pak Gusdur saja," detik hati Mus berbicara lagi.
Mus teruskan perjalanan, detik hatinya
berat untuk melangkah ke istana. Dia sudah biasa hidup sebagai orang biasa,
tampa ada pengawal, protokol dan orang-orang yang memuliakan dia.
"Nak! ada masalah?"
Seorang tua tadi menjelma kembali di suatu
sudut yang sunyi, di mana Mus melabuhkan dirinya. Dia rasa sudah putus asa
untuk kembali ke alam manusia.
"Tak mengapalah pakcik, sebenarnya
saya rasa pelik dan tak serasi selama saya di sini, semuanya terlalu baru dan
terlalu pelik pada diri saya!"
"Pakcik faham situasi kamu, sudah
tentu kamu teringin kembali ke kampung halaman, dan merindui suasana di alam
daratan manusia yang serba indah dari pandangan mata kamu. Kalau pakcik berada
di tempat kamu, pakcik pun akan merasai yang sama seperti kamu."
Mus duduk merapatkan kedua kakinya ke
dada. Sesekali dia pandang kembali jejari kaki dan tangan yang sudah bertukar
seperti jejari katak.
"Jangan bimbang nak suatu masa nanti
kamu akan dapat kembali ke alam kamu."
"Pakcik benarkah saya ini punyai
darah orang duyong?"
"Cuba kamu lihat diri kamu sendiri,
dan tanya diri kamu sendiri, lama-kelamaan kamu akan dapat jawapannya."
"Ingatlah segala yang berlaku telah
tertulis, tidak ada daun kering yang gugur dan butiran pasir yang bergerak
tampa pengetahuan Tuhan Yang Maha Esa, Mus! kamu kena pandang dari sudut
baik-baik kenapa kamu ditakdirkan berada di sini. Apa hikmahnya kamu berada di
sini. Apa tujuan utama kamu dihidupkan dan boleh bernafas di dua alam."
Sungguh berat persoalan ini yang masih
lagi berlegar di kelapa otaknya. Bagaimana dia dapat berfikir dari sudut
positif sedangkan perasaannya terasa rindu terutama pada tunangnya
Dahlia.
Langkah Mus terasa berat tatkala istana
duyong itu di lihat di depat mata. Adakah ini rumah aku selamanya? Berbagai
persoalan bermain di fikiran. Otaknya mulai kepenatan.
"Mus, kau tak tidur lagi ke?"
"Belum lagi, masih lagi ambil udara
luar ni... aku masih lagi kagum dengan senibina orang duyong di sini"
"Aku kau tak kagum ke? hihi"
"Errrr... aku rasa kau cantik, tapi
..."
"Jangan begitu, aku hanya bergurau,
tak ada niat apa-apa pun, aku tahu orang duyong seperti aku ni, manalah cantik
di sisi kau, kau suka yang ada kaki dan punyai badan yang langsing dan gebu,
tak la bersisik macam aku. Aku sedar aku siapa Mus..."
Sang Suri sudah tidak lagi berkeinginan
untuk mengoda Mus. Walaupun hatinya terlalu menginginkan Mus, dia pendamkan
saja. Asalkan Mus sudi menjadi kawan tempat dia berbual kosong pun sudah
memadai.
"Kau jangan cakap macam tu Sang
Suri.."
Mus mulai terasa yang Sang Suri seperti
merajuk dan ingin dipujuk. Ah! perempuan semuanya sama kan.
"Aku sebenarnya masih lagi baru
dengan alam ini, berikan aku ruang untuk fikirkan semua, aku tak nak kehilangan
kawan yang baik macam kau. Kau kena tolong aku keluar dari tempat ni!."
Sang Suri terdiam bilamamana Mus berbicara
keluar dari alam duyong. Bukan dia tidak mahu tunjukkan jalan, tapi dia sudah
berjanji pada Pak Gusdur. Alam ini masih lagi perlukan kekuatan yang ada pada
Mus.
“sssssssssssssssssssssssssssss”
Mus terdengar seperti ular yang melintasi
di depannya. Tapi bila dilihat tidak ada apa-apa.
"Kau tak rasa atau dengar
apa-apa?"
Sang Suri terdiam sedangkan mata liar
memandang ke kiri dan ke kanan. Secara perlahan-lahan dia mengambil pedang yang
tersemat di dinding istana. Jantungnya mulai berdegup kencang. Dia sedar yang
ular jadian dari Sang Mata Satu akan menjelma bila-bila masa. Jumlah mereka
banyak bukan satu tapi banyak.
"Mus! Mari ikut aku!"
Sang Suri menarik tangan Mus menuju ke
suatu sudut istana.
"Suri! Biarkan aku! Aku tidak mahu
larikan diri dari ular tu! Aku tak takut dengan mereka!"
Suri melepaskan gengaman tangan. Mus terus
berdiri tegak dan mengatur langkah. Pedang yang tersemat di pinggangnya di tarik
ke atas. Dia bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan hadir.
“sssssssssssssssssssssssssssssssssssss”
Bunyi ular jadian itu lagi, bunyian yang
sama yang didengarinya sebelum ini dan dia pasti sudah tentu ia bukan ular laut
biasa tapi ular jadian dari puak Sang Mata Satu.
"Mus! Ha!Ha!Ha! Kau ingat kau
kuat?"
Satu suara yang timbul bersama ular,
kelibat makhluk hitam yang berkepala hitam, bermata merah berada di di atas
ular jadian. Wajahnya yang hodoh di saluti dengan besi separuh yang menutupi
wajahnya. Kelihatan giginya yang tajam dan besar, sewaktu dia ketawa. Ular itu
adalah tunggangan pada si makhluk tadi."
"Orion! Cepat Gelama!" suara
kecil Sang Suri berbunyi.
Gelama dan tentera orang duyong sudah
bersiap sedia untuk menyerang Orion.
"Kau tak akan dapat kalahkan
aku!"
Orion turun dari tunggangan ular jadian
umpama naga hitam yang menakutkan. Tanganya menarik pedang dan tangan kirinya
mengengam sebuah senjata batu besi berjeriji yang boleh dihayunkan pada
mana-mana penyerang.
Tentera duyong terus melemparkan pemanah
menuju ke arah orion tapi, dia kebal!
Mus menarik kaki ke belakang. Dia
memanglah seorang yang guru persilatan gayong di tempatnya dahulu. Tapi di sana
dia hanyalah seorang guru silat kanak-kanak masa lapang. Tapi di sini dia
menggunakan segala ilmu persilatan yang dipelari. Aneh! tapi dia semakin suka
dengan cabaran ini.
Mus menghayunkan pedang ke arah kepala
ular jadian yang ingin menyerangnya. Putus! kelapa ular. Orion terasa ketakutan
dengan kehebatan seni persilatan Mus. Tidak pernah nampak kekuatan seorang
manusia yang boleh mengalahkan ular umpama naga hitam dengan hanya satu libasan
pedang.
Orion terus mengundur ke belakang. Dia
perlu bersedia dengan pasukannya sebelum menyerang Mus. Pada masa ini, tidak
mengapa dia harus keluar dari tempat ini.
"Tup! Tup! Tup!”
Bunyian busur panah yang laju menuju ke
arah Orion, tapi dia tidak berbuat apa-apa, busur panah itu tidak dapat
menembusi dirinya.
“sssssssssssssssssssssssssssssss”
Ular yang terputus itu masih lagi berbunyi
kepalanya menegak dan terus mencari jalan keluar dari kawasan istana.
“Zap! Zap! Zap!”
Pedang Sang Suri terus mematikan ular
jadian hitam.
"Ah! kau pun hebat Suri! tak sangka
kau berani rupanya! Ha! Ha! Ha!" Mus mengusik.
"Suri! kalau setakat kepala ular yang
dah kojol tu, tak payah lah kau nak rasa hebat!" Gelama pula mencelah.
"Korang ni memang tak rasa hutang
budi kat aku, kepala ular ni, boleh menyerang kau bila-bila masa saja
tau!"
Sang Suri mulai tersipu malu, rupanya,
kepala ular itu sudah lama mati, ia bergerak sebab gelombang ombak dalam
lautan. "Oh! begitu! Manalah aku tahu" detik hati Sang Suri
berbicara.
"Yang Mulia Gusdur!"
Seluruh askar duyong tunduk berikan tanda
kehormatan pada Yang Mulia Gusdur. Langkahnya menuju ke arah Mus.
"Sekali lagi, kami semua ingin
mengucapkan terima kasih pada kau Mus!"
Yang Mulia Gusdur tunduk memberikan
kehormatan, maka seluruh askar dan orang duyong pun turut mengikut
gerakan Yang Mulia Gudur. Mus terdiam kaku melihat tanda kehormatan
yang tidak pernah dirasai dan diberikan selama ini. Dia berasa benar-benar
di hargai. Hatinya mulai terubat dengan rasa kerinduan di alam manusia.
"Tak mengapa Yang
Mulia Gusdur, saya dahulu seorang guru silat, tapi di sini saya dapat
menggunakan ilmu yang saya demi keselamatan orang-orang di sini".
"Ilmu persilatan yang kau pelajari
itu amat hebat di kalangan orang duyong di sini, kami tidak boleh mengalahkan
Orion secara solo seperti yang kau telah lakukan. Orion adalah salah seorang
kesatria dari Sang Mata Satu. Mereka ramai tapi tak seramai askar-askar Sang Mata
Satu. Ular jadian itu adalah tunggangan rasmi mereka."
"Maksud bapak, Orion itu ramai?"
"Ya! Mus, kita perlu bersedia
bila-bila masa mereka akan menyerang kita!"
"Tapi mereka ada kawasan mereka sendiri,
mengapa perlu ke sini? apa yang mereka nak sebenarnya?"
"Apa lagi kalau bukan kuasa! Bukankah
manusia juga berperang sebab kuasa juga."
"Ya! tapi di tempat kami, aman!"
"Mungkin kau lebih sesuai di sini
Mus, kebolehan kau dapat digunakan di sini! Kita perlu hapuskan ketua mereka
Sang Mata Satu"
"Sang Mata Satu? Adakah dia orang
duyong atau separuh manusia seperti saya?"
Yang Mulia Gusdur terdiam, dan melangkah
ke hadapan.
"Dia seperti kau Mus!, maka sebab itu
hanya kau yang boleh mengalakahkan Sang Mata Satu!"
Bersambung
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.
Penaja
No comments:
Post a Comment