Misteri Nelayan Hilang Terperangkap di Alam Ikan Duyong Siri 3

Sinaran cahaya yang menembusi dari lobang-lobang istana mulai malap. Hari sudah semakin gelap. Panorama indah jauh dalam lautan mengamit hatinya. Semuanya bagaikan mimpi. Adakah dia sebenarnya bermimpi? 
Pap! Pap! Pap! 
Mus menampar pipinya.
"Mus! apa yang kau buat? Kau tak ada apa-apa?"
"Eh! Sang Suri...aku biasa saja..."
"Aku tahu, kau masih tak percaya kan...kau masih lagi ingat yang kau sedang bermimpi?" celah Sang Suri sambil melemparkan senyuman manisnya.

Aduh! sungguh tertawan dengan senyumanmu yang menggoda! Berhenti Mus, kau tak boleh tertarik dengan Sang Suri, dia bukan manusia macam kau. Kau kena fikirkan masa depan kau.
Aku ada masa depan kah? hati Mus berbicara.

"Mus! apa yang sedang kau fikirkan? Pasal makhluk Sang Buaya? Kau jangan risau aku rasa mereka akan berdiam tuk jangka masa yang lama. Mereka akan takut dengan kau. Mmmmm terima kasih sayang..." 

Sang Suri ni menggoda lagi sambil merapatkan badan dan meletakkan dagunya di bahu Mus. Dia mesti dapatkan Mus menjadi salah seorang ketua makhluk duyong di sini. 

"Err....tak mengapa... biasa saja..." balas Mus dengan penuh ego kelakiannya.

"Sebelum kedatangan aku, pasti ada manusia lain yang sudah tiba di sini kan? Sebab aku lihat ada beberapa manusia tadi, seperti aku punyai kaki, walaupun menyerupai kaki katak. Ah! aku pun sama! Apa yang dah jadi pada aku ni? Oh! Tidak! aku tak mahu jadi katak!"

"Ha! Ha! Ha!, Sang Suri tergelak lagi...kau jangan risau Mus, kan aku sudah bilang sama kau, ini hanyalah pembentukan keserasian badan kau pada alam ini...hanyalah sementara kau berada disini."

"Tapi adakah aku akan jadi seperti kau? Maksud aku tak ada kaki?"

Sang Suri terdiam, dia merasakan dirinya tidak menarik dari pandangan Mus. Dia akui dan sedar atas badannya cantik dan menawan tapi dia tidak ada kaki seperti manusia.

"Tak Mus, kau jangan bimbang, kau tak akan menyerupai badan kami. Sebab kau lain, kau manusia. Manusia yang telah dianugerahkan dengan kehebatan dan kelebihan berbeza dari makhluk yang lain."

Mus tiba-tiba rasa lega. Malam yang pekat menyelubungi. Tiba-tiba ada cahaya yang bergerak. Apa ini? Ratusan ikan bersisik yang bergeluarkan cahaya memasuki ruang istana menjadikan istana kediaman mereka cerah semula. 

Begini rupanya kehidupan di dasar lautan. Seronok juga berada di sini. Mus berjalan dan melihat keadaan sekeliling. Suasana begitu sepi, tiada bunyian-bunyian bising seperti berada di darat. Matanya berat, dan terus dia tidur secara sendirinya. Kalau boleh dia ingin lupakan segala yang dilaluinya dan buka mata semula kembali ke alam dunia. 

Mus! Mus! Mus! Ha! Ha! Ha!...kau sudah terperangkap di alam lautan. 
Wajah-wajah ikan duyong yang hodoh berada di mana-mana. 

"Pergi kau dari sini! Mana kau!"
"Ha! Ha! Ha! aku kesian dengan kau! tengok diri kau! kau dah jadi macam kami! Kesian!!! Ha! Ha! Ha!
Ki!Ki!Ki!" 
Suara yang mengilai menggangu Mus. Dia cuba lari dan lari dari alam ini. Namun, begitu mahkluk berwajah hodoh mengekori dan berada di mana-mana dia berada. 

"Aku kata pergi! pergi!"

"Ah!" Mus terus terjaga dari tidur. Di lihatnya sekeliling, masih lagi lautan biru pekat. Sinaran ikan-ikan bercahaya sudah berada jauh. Tiba-tiba datang mendekati. Mereka seolah-olah patuh pada arahan tuannya bila terjaga dan dengar suaranya. Mus menarik nafas, badannya masih lagi panas walaupun berada di dasar lautan. Ternyata makluk duyong Sang Buaya masih lagi hidup dan perhatikan dirinya. Bulu roma yang sudah bertukar menjadi sisik halus berdiri tegak, dia mulai rasa takut. 

Ah! pedulikan...aku tak boleh rasa takut! Aku mesti melalui semua ini, dan fikirkan cara untuk kembali ke alam bumi. 

Bolehkah aku berenang sampai di permukaan lautan? Walhal aku sudah berada beribu-ribu kilometer di dasar lautan. Bagaimana aku harus cari jalan pulang?

"Mus! mari aku tunjukkan kau sesuatu" Yang Mulia Gusdur membawa Mus di tingkat atas istana. 
"Seluruh alam ini akan tunduk di bawah kuasaan kau, adakah itu tak cukup pada kau?"
Mus terdiam, dia memerhatikan sekeliling. Fuh! sungguh besar alam ikan duyong ini. Mereka sudah punyai komuniti dan kerajaan mereka sendiri. 
"Tapi Pak Gusdur mengapa tuan hamba?"
"Kau masih lagi tak kenali siapa diri kau sebenar Mus..Apa...bapak kamu tak pernah ceritakan pada kau?"

"Cerita pasal apa? Dia tak ada bagi tahu apa-apa. Saya sudah kehilangannya sejak kecil. Saya seperti sudah lupa bagaimana rasanya kasih sayang seorang bapa pada anaknya." Mus kembali tunduk.
"Mus, sebenarnya bapak kamu sudah berada bersama kami. Kau akan terkejut dia sedang berada dekat bersama kau!"
"Apa maksud Pak Gusdur?"
"Sebenarnya bapa kandung kau pernah berkahwin dengan salah seorang puteri bapak. Mereka dikurniakan dengan dua anak. Salah seorangnya seperti manusia biasa, dan seorang lagi seperti ikan duyong. Tapi tak lama kemudian, kembar yang berupa ikan duyong mati kerana kesukaran bernafas. Badanya tidak mampu beradaptasi pada alam lautan"
"Apa! Jadi aku juga punyai darah ikan duyong?" Mus terkejut dan bersuara tinggi. 
"Ya! Mus, maka sebab itu badan kau boleh cepat serasi di alam ini."
"Bagaimana pula dengan bapa kandung saya, di manakah dia sekarang?"

"Dia sudah meninggal alam ini, kami kuburkan dia di dalam istana ini. Bapak kamu tidak sampai di sini, dia tak mampu bernafas seperti kamu. Bersaksikan dua wali dari kalangan orang duyong, bapa kamu bernikah dengan ibu kamu Sang Puteri Patin, di dalam sebuah gua di dalam pulau. Mereka bina keluarga yang bahagia di sana. Sehingga satu masa, bapa kamu lemas di lautan, akibat dari gangguan makhluk Sang Buaya. Mereka sudah tahu, betapa besar kuasa kami sekirannya kau dilahirkan."

"Di manakah ibu saya? Adakah dia masih lagi hidup?"
Pak Gusdur tunduk dan diam.
"Ibu kamu juga sudah meninggal dunia, akibat rasa kesedihan yang melampau. Dia kehilangan anak yang menyerupai duyong dan suaminya yang tercinta. Kami tak biarkan kau sendirian Mus, sering kali bapak arahkan Sang Suri perhatikan kau sejak dahulu lagi. Bila kau sudah bersedia, barulah dia akan timbul dan menjelmakan dirinya pada kau. Tapi dia tidak boleh bernafas di dasar lautan, dia tak boleh berada di sini. Satu masa nanti datuk akan tunjukkan kau di mana dia sekarang."

Mus masih lagi tidak dapat menerima kenyataan.

"Mus!! Jangan!!!"
Suara Sang Suri tidak dipedulikan lagi. Dia terus mencapai pedang panjang yang tersemat di dinding istana. Langkahnya semakin laju, dia melompat dan menghunus dan menghayun pedangnya ke arah ikan duyong specis hodoh. 

"Rasakan! kau! Ini untuk Man!" 

Mus terduduk, diam dan kaku, bagaimana dia punyai kekuatan yang sepuluh kali lebih kuat dari ikan-ikan duyong ini? Mereka seolah-olah lemah dan mudah dikalahkan.

"Mus! terima kasih! kau sememangnya orang yang aku cari selama ini. Kau sudah selamatkan alam ini dari si penceroboh. Mereka sebenarnya dari suku Buaya. Mereka sebenarnya ganas dan boleh membunuh sesiapa saja. Tapi mereka tidak sesekali boleh mengalahkan manusia sekiranya manusia itu sedar siapakah dirinya."

"Apa maksud datuk?"
"Mus, sebenarnya manusia itulah khalifah di alam ini. Kalau kau sedar siapakah kau, kau lebih kuat dari makhluk-makhluk lain di alam ini. Cuma, kalau kau rasa takut, kau akan lemah. Kekuatan manusia itu amatlah besar dan hebat. Itupun kalau kau sedar siapa diri kau dan kekuatan yang dianugerahkan pada diri kau!"

Mus tunduk dan terdiam. Memang benar kata-kata Bapak Sang Suri. Waktu kapalnya karam, dia rasa amat takut dan ketakutan itulah yang menjadi senjata pada ikan duyong suku buaya ini untuk menyerang Mus dan Man. 

"Dah...mari kita raikan kemenangan kita kali ini!" sambut Sang Suri
"Ya!"


Baca sebelum

http://infojelita.blogspot.com/2013/12/misteri-nelayan-terperangkap-alam-duyong.html
Pada awal niat Mustafa hanyalah untuk mendapat kepastian dan mencuba keberanian. Akhirnya dia sendiri sedang berada dalam dilema terperangkap di alam duyong yang serba asing baginya. Cabaran demi cabaran ditempoh, misteri sejarah dirinya sendiri terungkai di dasar lautan. Siapa yang patut dikorbankan bila ancaman datang menjelma dirinya atau orang-orang asing yang tidak pernah diketahui selama ini.


Penaja
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...