Suami, isteri mati direnjat alat pemanas air

Kuala Lumpur: Bayi berusia enam bulan menjadi yatim piatu dalam sekelip mata selepas ibu dan bapanya warga Jepun meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik dipercayai daripada alat pemanas air dalam kejadian di sebuah unit kondominium di Jalan Kiara 2, pagi semalam.
Difahamkan, dalam kejadian berkenaan, lelaki berkenaan sedang mandi sebelum menjerit selepas terkena renjatan elektrik dan isterinya yang panik cuba menolak suaminya dengan tangan menyebabkan dia turut terkena renjatan.

Kejadian itu hanya disedari selepas seorang pekerja pencuci bangunan itu memaklumkan terdengar bunyi tangisan bayi tidak berhenti-henti lalu memaklumkan kepada pejabat pengurusan kondominium itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, mangsa lelaki itu ditemui dalam keadaan masih memegang paip besi dan mempunyai kesan terbakar di muka.

“Mangsa lelaki dipercayai sedang mandi manakala isterinya yang masih berpakaian tidur pula meninggal dunia ketika cuba menolong suaminya yang terkena renjatan elektrik.

“Mangsa lelaki bekerja di sebuah kilang elektronik di Shah Alam manakala isterinya pula tidak bekerja,” katanya.
Menurutnya, pasangan berkenaan mempunyai seorang anak berusia enam bulan dan pasangan itu difahamkan tidak mempunyai keluarga di Malaysia.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. - hmetro

----
Berhati-hatilah... memang dah banyak kes mati guna alat pemanas air dalam bilik air....yelah...guna elektrik di tempat yang berair kalau wayar terputus ke..selamat la...beli plak yang murah...memanglah cepat rosak dan merbahaya...ingatlah pada orang yang tersayang...


Penaja Atikel
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 
Hot and Cold Facial Steamer
Buat Apa Belanja Salon Mahal2, Kan Senang Buat Sendiri Di Rumah Sambil Tengok TV

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...