Seramai 15 gadis budak sekolah menengah yang cun hilang setiap hari akibat sindiket pelacuran

Mengejutkan apabila seramai 15 orang dilaporkan hilang setiap hari di negara ini dan rata-ratanya membabitkan gadis berusia 13 hingga 17 tahun yang kebanyakannya memiliki rupa paras menawan.
Lebih membimbangkan, polis mengesahkan antara punca kehilangan gadis berkenaan ialah diculik sindiket pemerdagangan manusia untuk dijadikan pelacur di negara jiran.
Menyedari isu terbabit menakutkan ibu bapa, terutama yang memiliki anak perempuan, wartawan Metro Ahad menemubual beberapa keluarga yang menderita akibat kehilangan anak gadis mereka, selain penyesalan beberapa remaja perempuan akibat keterlanjuran melarikan diri dari rumah.

Diharap kisah itu memberi iktibar kepada semua pihak, terutama ibu bapa dan remaja perempuan, bagi mengelak kesilapan sama berlaku dalam keluarga.

Foto
ELINA dipeluk erat ibunya apabila dia pulang ke rumah selepas melarikan diri dua bulan.

Bagaikan menempah bala, seorang remaja perempuan di daerah ini yang lari dari rumah kerana mengikut beberapa lelaki baru dikenali dikurung selama seminggu, jarang diberi makan selain diugut bunuh jika cuba melarikan diri. - hmetro



-------------------
Budak sekolah menengah ni kena diberitahu tentang bahaya mengikut lelaki - lelaki yang cuba mengambil kesempatan ke atas mereka terutama yang mereka kenali di media sosial. Tengok betapa ramainya yang pm saya di Facebook tah mana-mana lelaki yang berikan ucapan cinta....kita yang dewasa ni dah tahu mereka ni scam, tapi budak-budak sekolah menengah ni yang masih lagi mentah tak tahu apa-apa lebih mudah mempercayai mereka. Kes polis menjadi lebih susah sebab mak bapa pula tak ambil tahu pasal anak-anak, dah hilang seminggu baru teringat mana anak, sebelum ni anak keluar dengan sapa, chatting dengan sapa pun tak ambil peduli kesianlah pada gadis-gadis naif ni...mereka perlukan kawan-kawan yang baik supaya boleh menasihati mereka. 
----------

Hot and Cold Hammer
Ingin Miliki Wajah Yang Runcing? Risau Dengan Wajah Yang Tembam?

Alat hot and cold ini boleh membantu...
Tuamkan di wajah anda sentiasa wajah akan lebih runcing

Wax Machine
Buang Bulu Dengan Pantas Dan Selamat

Bulu baru tumbuh lebih lambat dan halus dan lembut. 
Wax dari bahan semulajadi madu dan green tea


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...