Kisah Benar Mencabar Allah

Rezeki korang 'saya' yang bagi.. .

Peristiwa ini dicoretkan semula berdasarkan perkongsian kisah benar seorang rakan niaga sewaktu baru memulakan perniagaan.

Tekad seorang ustaz untuk berniaga telah bermula sejak 5tahun yang lepas.

Minatnya yang sangat mendalam terhadap minyak wangi telah membuatkan beliau mula berniaga kecil-kecilan di sebuah uptown terkenal di ibu kota.

Melakukan beberapa pekerjaan dalam masa satu hari.
(Makan gaji,mengajar dan memberi ceramah,berniaga di uptown di malam hari)

Ditakdirkan suatu malam sewaktu mahu memulakan perniagaan seperti biasa,
tapak beliau telah di halang oleh sebuah kereta,
hal ini menyebabkan beliau membuat aduan kepada pihak pengurusan uptown tersebut.

Semasa membuat aduan,beliau telah di layan seperti acuh tidak acuh oleh pihak yang bertangunggjawab.

Semasa proses rundingan,
berlaku sedikit pergeselan kecil.
Demi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,
beliau mengundurkan diri dengan redha.

Namun,sewaktu sedang meninggalkan pihak pengurusan,
beliau terdengar kritikan yang sangat menggocang emosi dan keimanan beliau.

''Rezeki korang,kami yang bagi..jangan nak tunjuk baguslah''

Kritikan itu telah membuatkan beliau berpatah balik dan bertanya semula kepada mereka,
siapa yang berani bercakap begitu..

Soalan ditanya tidak di jawab..
Lantas beliau terus berlalu pergi..

''Macamni ke perangai ustaz''

Sekali lagi suatu sindiran berkumandang dari mereka..
Kali ini beliau berpatah balik untuk kali kedua..

''Astagfirullahhal azim,kembalilah bertaubat ke jalan Allah,sesungguhnya pintu taubat itu sangatlah terbuka luas,
pernyataan kalian tadi amatlah bongkak bunyinya,
usahkan ustaz,andai orang biasa yang mendengarnya pun akan turut terasa hati,
Semoga kalian diberi petunjuk oleh Allah''

Selang beberapa hari selepas kejadian,
kemah peniaga telah terbakar,
Ini menyebabkan pihak pengurusan terpaksa menanggung kerugian kerana harus mengganti kemah-kemah yang terbakar itu.

Selang beberapa tahun kemudian beliau pernah terserempak dengan 'mereka' yang pernah menegaskan tentang,
''rezeki korang,kami yang bagi.. .''
Kali ini,
'mereka' sedang mengutip besi-besi buruk serta bahan-bahan lusuh di celahan lorong-lorong Chow kit untuk dijual.. .

Allahuakbar!

Diceritakan semula oleh :FirdausYasin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...