Isteri diludah, ditumbuk, ditendang dan disumpah-seranah termasuk “F*ck You”


isteri-dipukul-ditumbuk-diludah-dihina-suami
Assalamualaikum,
Saya rasa terpanggil untuk berkongsi kedukaan yang saya sedang alami sendirian. Akhirnya baru hari ini dapat mengumpul semangat untuk berkongsi. Bukan sesuka hati mengadu tanpa sebab. Bukan membuka aib. Bukan mencari siapa yang salah dan siapa yang benar.
Saya seorang isteri. Baru 7 bulan berkahwin dengan suami atas dasar suka sama suka. Suami umur sebaya. Berkenalan baru 8 bulan lepas tu terus risik, kemudian bertunang dan setahun kemudian iaitu 7 bulan lepas kami mendirikan rumah tangga. Belum mempunyai cahaya mata setakat ni.
Masalah kami, kami selalu bergaduh. Dari sebelum kahwin lagi. Sebelum risik semua indah, bila lepas risik, hinggalah masa tunang, hingga majlis pernikahan, asyik bergaduh tapi majlis semua tetap berjalan lancar. Sebelum kahwin pernah bergaduh dan kena pukul. Masih ingat itulah pertama kali.
Masa kahwin ni, dan yang terkini beberapa hari lepas. Tidak pernah terbayang hakikat perkahwinan sebenarnya pahit. Cemburu dgn kawan-kawan yang bahagia dalam perkahwinan kerana saya tidak begitu.
Sasaran pukul selalu di muka. Mata pernah lebam ditumbuk. Rahang mulut dan tulang pipi pernah sakit ditumbuk sampai tidak dapat kunyah makanan dgn betul. Luka-luka di badan. Luka kecil saja tapi cukup banyak. Dan entah berapa ribu kali diludah. Telinga saya dah lali dihina, disumpah seranah, dikeji dengan perkataan sial, babi, neraka, anjing, ‘f*ck you’ sekali dgn simbol ‘f*ck you’. Banyak lagi perkara yang melukakan dan saya paksa minda saya untuk melupakan kerana itu semua menyedihkan saya, dan saya takut itu akan membuat saya membenci suami.
Jiwa saya terseksa. Saya tidak boleh pandang, bercakap, senyum dengan lelaki lain, walaupun pelanggan, semata-mata untuk hal perniagaan (saya seorang peniaga). Saya tidak boleh mesej atau berborak online dgn kawan-kawan, walaupun dengan yang perempuan. Saya berhenti hubungi semua kawan-kawan saya sebab suami.
Puncanya berlaku sebelum kami berkahwin dan sebelum merisik lagi. Saya secara kasual berjumpa kawan rapat lelaki yang sama-sama belajar waktu di universiti lagi sebab kebetulan dia berada di tempat saya. Sekejap sahaja, di restoran, itupun ditemani adik. Itu saja.
Waktu itu saya dan suami masih berkawan biasa, cuma sudah ada berputik cinta sikit-sikit. Sebelum keluar jumpa kawan rapat tu, saya ada ajak suami tapi dia enggan sebab sibuk katanya. Jadi saya minta teman orang lain. Dan inilah peristiwa yang pertama dan terakhir saya berhubung dengan mana-mana lelaki. Saya tidak kisah sebab mungkin itu pengorbanan yang harus saya lakukan dan memang tidak kisah sebab saya boleh hidup tanpa sahabat. Lelaki dan juga perempuan pun saya buang saja. Hidup saya cuma suami, keluarge dan kerja.
Sejak kahwin, saya yang menanggung hampir semua perbelanjaan. Mujur belum ada anak dan tanggungjawab lain. Bila marah suami akan suruh cari lelaki lain, cakap saya tidak jaga makan dia. Hari itu, pertama kali dia belikan nasi goreng ayam dari luar guna duit dia sendiri untuk makan kami berdua sambil marah-marah cakap saya tidak jalankan tanggungjawab saya.
Saya bawa makanan pulang selama ni dia tidak ingat? Kami sama-sama bekerja. Gaji tidak seberapa. Suami rasa hebat bila dia dapat beli sesuatu untuk keperluan kami. Suami akan marah-marah cakap saya tidak membantu padahal hakikatnya tidak sebegi.
Saya pernah selit duit dekat dompet suami supaya suami tidak perasan dan ego tidak asyik jatuh sebab asyik guna duit isteri. Jadi kenapa mesti rasa hebat?. Bukan itu memang sudah tanggungjawap?
Suami saya juga kuat berhutang. Selalu minta duit dari saya dan biasanya saya akan berikan. Saya datang dari family yang tidak suka berhutang, tapi family suami lain. Tapi saya faham. Family suami bukan dari kalangan orang berada. Suami juga seorang yang sangat rendah diri. Adakah sebab ini suami selalu memukul saya?
Tambah-tambah lagi saya pun jenis melawan. Saya tidak tahan diperlakukan suami, itu saja. Pertengkaran selalu bermula dengan bertikam-lidah atas perkara kecil dan suami selalu keluarkan ayat kesat dan menuduh/menghina saya macam perempuan murah. Saya diam saja tapi makin saya diam makin dia menghina dan seolah-lah puas bila saya mula marah. Bila saya mlawan, makin dia menghina hingga akhirnya tetap sama. Diam atau melawan, tetap dipukul. Saya menangis dan dari situ suami pukul sebab dia cakap saya tau menangis sahaja. Kadang-kadang saya biar diri saya dipukul asal saya dapat menangis lepaskan kepedihan dalam hati saya. Tapi malangnya tangisan itulah yg makin membuat saya dibelasah lebih teruk.
Kali terakhir suami pukul adalah pada 2 hari lepas. Suami patahkan simkad saya gara-gara saya telefon mak dalam tangisan. Waktu dipukul, saya meraung dan menangis sekuat hari. Bukan menangis sebab sakit dipukul tapi ketakutan, rasa terancam, segala kata-kata hinaan dan cacian terngiang-ngiang di telinga.
Bagaimana seorang yg hidup paling dekat dengan kita itu yang seakan mahu membunuh kita?. Itulah rasanya.
Semua barang dihempas ke badan saya di tepi dinding. Kedua-dua tangan suami digunakan utk memukul saya. Saya hanya mampu menangis. Suami ugut saya agar diam takut jiran dengar kalau tak dia tendang. Saya terus senyap tapi masih menangis walaupun tidak bersuara. Tapi suami tetap pukul dan menghina saya.
Saya lari menuju pintu keluar sebab takut kerana cuma kami berdua di rumah ketika itu. Waktu itu, jiran rupanya dah ramai berkumpul dekat luar ketuk-ketuk pintu panggil nama saya untuk buka pintu. Tetapi kami senyap. Saya sembunyi dalam satu bilik kosong. Lama dalam tu hingga saya pasti jiran semua dah balik ke rumah masing-masing. Selepas tu terdengar bunyi enjin kereta suami hidup. Itu kali terakhir. Sekarang ini, sudah dua hari saya tak ke tempat kerja, berkunci dalam rumah, makan cuma sekali dan itupun ala kadar. Bila dengar bunyi kereta seakan kereta suami, dalam pengharapan itu, tetap rasa takut.
Tolonglah, bantulah saya. Sekarang ini saya tidak tahu nak buat apa. Jika benar suami membenci saya, apa sy perlu buat?
Jika sy memilih utk teruskan perkahwinan, apa perlu sy buat agar keganasan ini tidak berpanjangan?
Jika tidak, bagaimana? Tolong saya.

-----------
Atikel ini dipetik dari fb rumatangga

----
Kalau dah ada laki camni buat apa simpan lagi, jalan penyelesaian pergi aja mahkamah syariah dan balai polis berdekatan selagi masih ada kesan lebab di muka dan kesan tumbuk, boleh dijadikan bukti. Laki jeni apa camni disimpan lama-lama. Kita sendiri yang susah. 
Semoga saudari ini mendapat petunjuk dari Allah atas jalan penyelesaian yang terbaik. 
amin


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...