Hilang nyawa angkara cicak tokek


SHAH ALAM - Misteri kematian seorang pemuda yang mayatnya ditemui di dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di lombong di Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 30 Ogos lalu terjawab apabila dia dipercayai menjadi mangsa bunuh angkara cicak tokek yang dikatakan bernilai RM1 juta.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, mangsa Syairul Helmy Azhar, 24, dibunuh dalam satu komplot yang disyaki turut melibatkan seorang wanita berusia 60 tahun yang didakwa pemilik cicak itu.
Mangsa mati dengan mempunyai kesan tembakan di bahagian rusuk kanan.
Menurut beliau, mangsa yang juga seorang ahli perniagaan dikatakan orang yang diamanahkan oleh wanita itu untuk memelihara cicak tokek tersebut dan mencari pembeli yang berpotensi.
Bagaimanapun, mangsa kemudian didapati cuba melarikan diri bersama cicak tokek itu. Ini menyebabkan, wanita itu mengupah orang lain untuk mencari mangsa sebelum mangsa kemudian ditemui sudah mati dibunuh.
"Susulan kejadian itu, polis menahan 16 lelaki berusia antara 21 hingga 48 tahun secara berperingkat di sekitar Selangor dan Hilir Perak antara 1 September sehingga hari ini (semalam).
"Polis kemudian menahan pemilik cicak tokek tersebut iaitu seorang wanita berusia 60 tahun di Kuala Selangor pada pukul 2 pagi tadi (semalam)," kata beliau pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam. - kosmo
----
mengapalah sampai boleh mati ..sebab binantang cicak tokek ni...rasulullah saw tidak suka pada cicak, inilah agaknya antara sebabnya...bergaduh2 sampai boleh buat mati.

Penaja Atikel
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 
Hot and Cold Facial Steamer
Buat Apa Belanja Salon Mahal2, Kan Senang Buat Sendiri Di Rumah Sambil Tengok TV
Kajian membuktikan wap air panas dapat membuang kotoran wajah dengan lebih cepat sekaligus melembabkan kulit


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...