Dakwa Curi Sperma Saman RM600,000


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berketurunan Bosnia memfailkan saman terhadap bekas kekasihnya dan menuntut RM600,000 kerana mendakwa dirinya dipergunakan bagi mendapatkan sperma berkualiti.
Plaintif, Ervin Ahbabovic, 41, yang bekerja sebagai pengarah komersil di syarikat tempatan memfailkan saman menerusi Tetuan The Law Chambers of Mohamad Fauzi di Mahkamah Tinggi, di sini, Jumaat lalu. 
Ervin yang memegang status penduduk tetap menjalinkan hubungan dengan defendan iaitu seorang wanita tempatan berusia 29 tahun pada 2008 dan mempunyai seorang anak. 

Selepas melahirkan anak mereka, defendan didakwa sering bergaduh selain mendakwa wanita itu mempunyai keinginan seksual yang tinggi dan melakukan hubungan sekurang-kurangnya enam kali sehari.

Ervin mendakwa defendan ada menyatakan bahawa dia sebenarnya dipergunakan sebagai alat pemuas seks (gigolo) selain bagi mendapatkan sperma miliknya.

-----
Tak puas hati siapa sebenarnya perempuan ni? dah bersekedudukan dengan lelaki bosnia dan ada satu anak. Tengok berita tak pula nampak perempuan tu. Yang nampak lelaki bosnia saja. 
Feredea rasa pelik pulak mengapa dia nak saman aweks dia sampai RM600, 000? Mesti dia rasa perempuan ni kaya agaknya mampu bayar.  Lagipun dia rasa tertipu dengan perempuan tu yang anggap dia sebagai alat pemuas nafsu?
Eeeee. Feredea rasa perempuan tu tak salah. Laki tu yang salah. Tak rasa tanggungjawap pada anak tu...lagipun sekadar sperma org eropah... kalau dia nak dia boleh pergi aja di uk dan beli sperma lebih murah. Buat apa dia nak ambil sperma mamat bosnia ni?  Apa yang bagus sangat dengan sperma mamat bosnia ni sampai nak saman perempuan yang pernah ditiduri dan bekas aweks dia sampai RM600 000? 
Feredea akan update kisah mereka ni kalau ada bukti lagi
Sekian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...