2,000 botol kicap tiruan guna botol arak dirampas

SEORANG pegawai PPDNKK, Azman Ramli memeriksa botol kicap yang dipercayai tiruan sewaktu pihaknya mengadakan operasi rampasan di Cheras, Kuala Lumpur hari ini. UTUSAN/AZIZUL A. MAJID
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Kegiatan seorang pengusaha kicap mengeluarkan kicap tiruan jenama ABC dan sebahagiannya menggunakan botol arak terbongkar selepas rumah kedai yang dijadikan kilang di Taman Taynton, Cheras di sini diserbu pihak berkuasa hari ini.
Dalam serbuan pukul 1.15 petang itu, sepasukan pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merampas kira-kira 2,000 botol kicap tiruan.
Turut dirampas 20,000 botol kosong yang akan digunakan semula, bahan-bahan seperti tepung, kacang soya, gula dan karamel selain 10 buah tong gas dan label untuk menghasilkan kicap tiruan berkenaan.
Lebih mengejutkan terdapat sebahagian daripada botol itu merupakan botol arak.
Pengarah PPDNKK cawangan itu, Abu Samah Shabudin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menemukan sebuah stor simpanan botol kicap yang siap dipasarkan dan sebuah stor penyimpanan selain dua mesin memproses kicap yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM150,000. - UTUSAN ONLINE


----
Nak selamat beli kicap buatan orang islam, bukan setakat ada logo halal saja tidak mencukupi...itulah kelebihan buatan orang islam...tak akan ada stok pakai botol arak...insyallah
Penaja Atikel
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 
Hot and Cold Facial Steamer
Buat Apa Belanja Salon Mahal2, Kan Senang Buat Sendiri Di Rumah Sambil Tengok TV
Kajian membuktikan wap air panas dapat membuang kotoran wajah dengan lebih cepat sekaligus melembabkan kulit

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...