Filem Kontroversi Tanda Putera Bakal Di tayangkan Masa Merdeka


Kongsi Article Ini:
 2  5 

 
Pengarah dan penerbit filem tersohor, Datin Paduka Shuhaimi Baba atau lebih mesra dengan panggilan Shumi berharap agar filem 'Tanda Putera' diberi sokongan penuh setelah filem ini ditunda tayangannya gara-gara isu politik.

"Alhamdulillah, akhirnya filem ini dapat bernafas di pawagam pada 29 Ogos ini. Kami seluruh tenaga produksi filem ini berharap agar semua pihak memberi sokongan terhadap filem ini. Setelah lebih setahun ditunda tayangannya, saya akui momentum filem ini telah jatuh. Hendak memulakan semula memang sukar, tapi saya dan tenaga produksi mencuba sebaik mungkin," jelas Shumi ketika ditemui usai Majlis Tayangan Filem Tanda Putera di The Gardens, Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Apa yang kami mahu berkongsi bersama penonton di luar sana adalah cerita mengenai dua orang pemimpin besar negara kita. Kisah dua tokoh negarawan ini sangat berjiwa besar dan mereka telah menjadi hero kepada rakyat Malaysia pada ketika itu.
Jika dilihat semula, filem ini sangat berbeza kerana filem ini memaparkan dua orang tokoh yang menghadapi tempoh paling getir dalam sejarah Malaysia dan mereka juga berhadapan dengan penyakit yang kritikal, sesuatu yang sangat jarang berlaku kepada pemimpin-pemimpin negara lain," ulas Shumi yang pernah mengarahkan filem '1957 Hati Malaya' ini.

Shumi juga memohon kepada segelintir masyarakat yang membuat kritikan yang tidak adil, juga kepada sesiapa yang melabelkan filem ini sebagai filem berbaur perkauman dan propaganda agar menonton dan menilai filem ini di pawagam sendiri sebelum membuat pelbagai andaian melulu dan tidak berasas.
Mengulas mengenai pemotongan dan penapisan filem ini, Shumi mendedahkan yang mereka telah terlebih dahulu menyunting filem ini sebelum filem ini diserahkan untuk penilaian pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF).

"Kami telah tapis dulu sebelum menghantar filem ini ke pihak LPF. Walaupun pihak LPF telah meluluskan penayangan  filem ini pada tahun lalu, pihak kami sendiri telah mengambil usaha sekali lagi untuk menapis filem ini sebanyak lima peratus agar tidak timbul sebarang provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," ujar Shumi lagi.

Bercakap mengenai kerugian yang dihadapi selepas penangguhan fiem ini, Shumi anda jawapannya yang tersendiri.

"Susah kalau saya nak nilaikan kerugian yang saya hadapi. Ia melibatkan banyak perkara, seperti pihak penaja, pihak produksi, kepercayaan dan yang penting moral kami sendiri yang jatuh apabila filem ini ditangguhkan. Tapi saya berharap agar kami dapat membina sedikit demi sedikit momentum yg telah jatuh dan harapan kami agar semua datang menyokong filem ini," tutur Shumi mengakhiri perbualan.

-----

Penaja Atikel




Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 



Kesan Sebarang Bentuk Ketumbuhan di Payudara Anda
Kesan Sebarang Ketumbuhan di Payudara 
Rasa Konfiden Tampa Ketumbuhan, Cegah dari Awal

Sinar Jahitan
Blouse, Baju Kurung Viscose, Terkini

Rasa Susah Nak Buat Sendiri? Tak ada Masa?
Order Cake, Cupcake, Coklat Online

Order Cake and Biskut Raya Home Delivery Area Klang Valley, Kuala Lumpur, Shah Alam, Puchong, Petaling Jaya, Sg Buluh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...