Wednesday, August 21, 2013

Butterscotch Bread Pudding Recipe

Butterscotch Bread Pudding Recipe


Kalau resipi asal guna dalam 7 - 8 keping roti, tapi cm buat 1/2 dari resipi asal dan guna 5 keping roti delicia butterscotch gardenia. Dan guna bekas kaca tahan panas berukuran 5 inci x 7 inci. Cm taburkan juga dengan coklat cip (resipi asal guna kismis). Sedap dimakan sejuk atau suam, dan memang ngam sangat dengan sos kastard. Sesuai dijamu untuk minum petang atau sebagai pencuci mulut. Satu lagi yang seronok sangat, buat dia amat2 senang, tak perlu banyak kerja. Main kacau2, lebur2 dan bakar..senang kan. Tapi cm ada buat gaya lain sikit lahh..tak banyak, sikitt jee...Ok jomm lihat resipi dan terima kasih sekali lagi Hana Jepun.....hidup awek Jawa Batu Pahat!!!.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping roti Delicia Butterscotch Gardenia, dipotong kiub
2 camca besar coklat cip
1 cawan susu sejat (cm guna susu segar)*
1 biji telur gread A*
1 camca besar gula halus*
1 camca teh esen vanilla*
1 camca besar mentega, cair dan sejukkan*
Sedikit mentega

BAHAN-BAHAN SOS KASTARD :-)
1 cawan susu segar
2 camca besar air
1 camca besar penuh gula halus
1 camca besar penuh tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK BUTTERSCOTCH BREAD PUDDING :- Satukan bahan2 bertanda (*) dan kacau rata dengan whisk, ketepikan. Lenser bekas kaca tahan panas berukuran 5 inci x 7 inci dengan mentega. Susun 1/2 bahagian roti yang dipotong kiub taburkan 1 camca besar coklat chip. Susun baki roti, kemaskan. Kemudian tuang bancuhan yang dikacau tadi atas roti. Biar hingga cecair terserap.
Tabur rata2 baki coklat cip atasnya. Kemudian jatuhkan sedikit mentega pada permukaannya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C, selama 30 minit. Bila pudding masak, keluarkan dari oven dan biarkan hingga sejuk.
UNTUK SOS KASTARD :- Satukan semua bahan2 untuk sos kastard, kecuali esen vanilla, kacau rata dengan whisk hingga rata dan tidak berbintil. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga sos kastard pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan matikan api. Sejukkan.
UNTUK MENGHIDANG :- Cedok secukupnya pudding ke dalam piring sesuai. Tuang sos kastard atasnya dan hidangkan segera..http://www.tiffinbiru.com


Rasa Susah Nak Buat Sendiri? Tak ada Masa?
Order Cake, Cupcake, Coklat Online

Order Cakes, Cupcakes  Home Delivery Area Klang Valley, Kuala Lumpur, Shah Alam, Puchong, Petaling Jaya, Sg Buluh

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas