Seorang ibu tidak menyangka perubahan sikap anak lelaki yang gemar menonton filem bercorak hiburan kepada drama berunsur keinsafan, Tanah Kubur yang disiarkan Astro menjadi petanda anak sulungnya itu pergi selama-lamanya.
Muhamad Azrin Ibrahim, 20, terbunuh selepas motosikal dinaiki merempuh lori empat tan jam 4.30 petang di Persiaran Bestari, Seksyen 7, dekat sini, kelmarin.kantoi.jpg
Mangsa tidak menyedari lori yang melakukan kerja pembersihan menurunkan bendera parti politik di kawasan itu sejurus sebuah kereta di depannya membelok ke kanan ketika memotong lori itu.
Ibu mangsa, Zurita Md Noh, 42, berkata, dia mula menyedari perubahan sikap anaknya itu sejak dua minggu lalu kerana arwah yang sebelum ini gemar bercakap bertukar pendiam. “Seperti bapanya, arwah juga seorang anggota RELA dan sememangnya tegas dan dianggap garang oleh tiga adiknya, tetapi sejak dua minggu lalu, dia tidak banyak bercakap atau menegur adik-beradiknya.
Ajal dan maut di tangan Allah....sekirannya berlaku kematian, ucaplah innalillahi wa inna ilaihiraajiun...daripada Allah kita datang dan daripadaNya juga kita akan dikembalikan....
Al Fatihah pada mangsa ini - di Shah Alam
------------------------------------------------
Pesana Khidmat masyarakat di bawa oleh http://www.facebook.com/feredeapower
No comments:
Post a Comment