Di celah-celah kehidupan - Nikah dengan bangsa asing
assalamualaikum. saya seorg ibu kepada seorg anak prmpuan berusia 2thn lbih dan hubungan pnikahn saya hampir masuk tahun ke3...apa yg ingin saya kongsikan disni saya risau dan takut andainya saya tidak mampu mentaati dan menyayangi suami seprti isteri2 di luar sana,ini kerana seblom menikahi suami saya tlah punya hubungan dngn seorg knalan lelaki yg akhirnya hubungan kami terputus kerana lelaki tu seorg yg malas bekerja,mahu enjoy,curang wlupun slpas kami bertunang dan lbih teruk seorg kaki pemabuk.
selama 3tahun kami bersama,pahit manis ditempuhi dan sgala kasih sayang diberikan hanya padanya sahaja..terus terang saya katakan saya tidak punya perasaan mcm dulu pada bekas tmn lelaki,krana hati tlah menjadi tawar..setelah lama terpisah,saya dijodohkan dengan seorg lelaki olh ibu angkat saya,dia adalah suami org dan mmpunyai anak baru saja umur 3 tahun,alasan dia ingin menikah lagi kerana isterinya tidak mahu datang ke malaysia,dan isterinya telah memberi izin untuk menikah lagi,wlupun berat hati, ibu angkat saya meyakinkan saya bhwa isterinya tidak mahu datang ke malaysia kluarga mengizinkan krana sbhagian ahli keuarga adalah guru dan mengaji agama,dsbbkn itu poligami tidak menjadi salah pada mereka,xsmpai sebulan berkenalan dan tidak bertunang,kami di satukan dengan ikatan pernikahan.
setelah 1thun stengah dikurniakan cahaya mata,suami mmbawa saya dan anak pulang ke negaranya untuk menziarahi keluarga di sana, dan lebih mengejutkan lagi bila isterinya mmbuat kptusan untuk mengikut kami kemalaysia dan duduk menetap disini,tidak menjadi masalh,hubungan saya dan madu tjalin dngn baik,bahkan madu saya dan anak tiri dapat tinggal di malaysia di bwah jaminan saya,saya akui suami seorg yg baik dan adil,saya dan madu tinggal berasingan,cuma kdg2 slah faham antara saya dan suami tjadi kerana kami berbeza adat dan budaya,kini saya tidak punya masa untuk belajar mencintai suami lbih lagi krana suami seorg yg terlalu sibuk,dan masanya begitu terhad,dan saya lebih selesa duduk dirumah ber2 bersama anak,dan menjadi kurang selesa apabila suami berada dirumah...
masalahnya saya cuba untuk mencintai suami,ternyata semuanya hampa...krana tidak ada sekelumit pun perasaan cinta pada suami..tambahan pula suami bukan lah dari malaysia,tetapi dari negara arab...dan bahasanya yg membuatkan saya teringin sngt dia bercakap dlm bahasa melayu yg fasih,apatah lagi saya terlalu inginkan dia mendalami kehidupan org di malaysia..kehidupan saya lebih kepada adat suami,saya hanya duduk di rumah dan tdak dibenarkan bercampur dngn jiran.saya pernah terfikir andai hubungan kami tehenti ditengah jalan,saya tidak terfikir untuk menikah lagi,dan hanya ingin bsama anak shj.. apakah mungkin seorg isteri meminta cerai dngn alasan tidak mencintai suami dan tidak dapat mentaati suaminya?....saya dalam dilema...sampai bila saya harus dalam keadaan begini..sedangkan saya ingin didedahkan dngn ilmu agama,suami pernah berjanji utuk menghantar saya ke kelas agama,tetapi kerana sibuk menguruskan perniagaan dan mengajar di sekolah membuatkan masanya memang terhad...lebih mmbuat saya terasa lagi bila suami berjanji unutk menghantar saya ke kelas memandu,tetapi smpai sekarang tidak ada apa2 pun...untuk pengetahuan smua,saya tinggal jauh dari negeri family saya,jadi saya disini tidak ada ahli keluarga yg boleh membantu utuk saya kemana2...
Sumber: suami isteri
Pengajaran
Bersabar itu kunci kebahagiaan.
Wanita seharusnya berdikari di zaman sekarang ni...untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan yang bakal terjadi...bersiap sedia seblum kawin ilmu dan juga survival skill sekirannya takdir terputus di tengah jalan...
Selidik dahulu bakal suami dan fikirkan dengan cara rasional bukan bersandarkan perasaan cinta semata
--------------------------------------------------------------------------
Punyai Masalah Matching Color?
Sinar Jahitan punyai koleksi
Jubah, Dress, Blouse, Shawl, Hanbags, Clutches, Shoez
berbagai warna dan sepadan
No comments:
Post a Comment