Berdasarkan gambar seekor beruang koala yang kelihatan keliru ketika ditemui di satu tapak bekas hutan di Australia ini, kita boleh agak pasti ianya sedang bersedih. Menurut Wildlife Information, Rescue and Education Service (WIRES) Australia, beruang koala ini ditemui di tinggalan tapak yang satu masa dahulu adalah habitat tempat tinggalnya di sebuah hutan bernama Vittoria State Forest, New South Wales.
Walaupun aktiviti pembalakan tersebut mendapat kebenaran daripada jabatan perhutanan tempatan, namun jika dilihat dari riak wajah beruang koala yang menyedihkan ini, ia seolah-olah tidak menyangka ini akan terjadi. Menurut pengurus besar WIRES, Leanne Taylor, beruang-beruang koala akan dipindahkan terlebih dahulu sebelum aktivit pembalakan terancang dijalankan.
Menurut beliau lagi, "ianya adalah sesuatu yang biasa bagi beruang koala pulang semula kerumah mereka apabila aktiviti pembalakan selesai dan berasa keliru apabila mendapati rumahnya telah tiada. Seorang pekerja terlihat seekor beruang koala yang duduk diam di atas timbunan kayu-kayu pada siang hari selama lebih satu jam."
Beruang koala tersebut, yang didapati mengalami kecederaan pada bahagian mata, telah dihantar ke klinik haiwan sebelum ditempatkan semula di bahagian hutan yang berlainan, bersama tiga ekor lagi beruang koala yang dijumpai pekerja perhutanan.
Walaupun aktiviti pembalakan tersebut adalah terancang, namun apa yang benar-benar menyedihkan adalah beruang koala ini kelihatan sangat keliru. Ianya tidak mengerti peraturan dunia moden, bahkan untuk mengetahui perbezaan antara pembalakan yang dibenarkan undang-undang ataupun yang dijalankan secara haram. Apa yang ianya tahu adalah satu masa dahulu ianya mempunyai tempat tinggal, namun kini ianya telah tiada.
sumber dari Tree Hugger
Tak sampai hati tengok beruang ni duduk berjam2 di tempat yang sama mungkin dia masih lagi teringat akan tempat tinggal dia yang asal. Sedih....
No comments:
Post a Comment