INGATKAH bagaimana manjanya reaksi anda pada suami di awal usia perkahwinan atau ketika berbulan madu dahulu? Ketika itu rengekan, lentukan kepala, mata bercahaya, pandangan kuyu, cumbuan dan ciuman sentiasa menghiasi suasana di samping menghangatkan kamar beradu anda dengan ritma aromatik dan erotik. Masing-masing rajin ber sms, ber whatsup, ber macam2 lagi la....
Setelah usia perkahwinan semakin panjang, apa kata sesekali anda melakukan sesuatu untuk menggoda suami agar hubungan berkasih sayang dapat dipupuk seerat mungkin.
Pastinya, setiap sentuhan, belaian manja, dan bisikan hangat adalah antara beberapa cara anda berinteraksi untuk membuatkan suami tergila-gilakan anda setiap hari.
1) Apa kata sekiranya pada waktu pagi ketika suami sedang berjalan keluar dari bilik untuk ke tempat kerja, pegang tangannya dengan cara anda memandang tepat ke matanya dan kemudian berdakapan dengan suami anda.
2) Peluklah suami anda sepenuhnya dengan rasa kasih sayang dan kemudian memberikan lambaian mesra kepadanya sebelum dia berlalu.
3) Sebelum itu secara sembunyi, perlahan-lahan masukkan sekeping nota pendek berbau cinta dan sulaman kasih ke dalam poket seluar atau jaketnya.
4) Atau mungkin juga nota mengajaknya untuk makan malam di sebuah restoran pada malam itu atau apa sahaja.
5) Apabila sesampainya di pejabat suami anda menyeluk sakunya dia terpegang nota anda dan membacanya. Pastinya dia akan menelefon anda sejurus selepas dia membacanya.
6) Juga anda boleh menelefon suami anda pada tengah hari itu untuk memastikan dia pulang pada masa yang tepat pada petang atau malam nanti.
7) Ketika panggilan itu dilakukan, bisikan kata-kata dengan suara yang seksi kepada suami anda dan beberapa perkataan yang anda memang tahu suami anda sukakannya ketika beraksi di ranjang.
Sudah pasti suami anda amat menghargai setiap kata-kata bisikan yang jarang-jarang kedengaran daripada mulut anda seperti itu.
No comments:
Post a Comment