Baru Habis Pantang, Anak Pulak Meninggal Keadaan Yang Mengerikan

gambar hiasan



Kampung Gajah: Seorang ibu yang baru habis berpantang dan bayinya yang berusia dua bulan maut dalam keadaan mengerikan apabila mayat kedua-dua mangsa ditemui dalam kereta yang tenggelam di kawasan parit berhampiran kilometer 26.5, Jalan Bota Kanan ke Teluk Intan, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa, Norfaiezah Abdul Hamid, 29, yang memandu kereta Honda Civic terbabas sejurus melanggar tiang elektrik di bahu jalan. Pelanggaran itu menyebabkan kereta dinaiki mangsa menjunam masuk dalam parit sebelum terbalik.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, kemalangan berhampiran Kampung Raja itu disedari pengguna jalan raya lain sebelum mereka berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan.


Menurutnya, Norfaiezah ditemui meninggal dunia bersama bayi lelakinya, Muhamad Khair Firdaus Shamsul Kamal.


“Seorang lagi anak mangsa, Nur Faizahtul Akmam, 17, bagaimanapun sempat diselamatkan dan dikejarkan ke Hospital Changkat Melintang untuk menjalani rawatan kecemasan.

“Mangsa yang berasal dari Kampung Bahagia, Teluk Intan, dalam perjalanan menuju Pasir Garam. Siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan kereta dipandu mangsa terbabas dan melanggar tiang elektrik sebelum terjunam dalam parit di kiri jalan,” katanya.


Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Iskandar bergegas ke lokasi kejadian namun mayat kedua-dua mangsa sudah dikeluarkan orang awam. “Jenazah kedua-dua mangsa sudah dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk tindakan lanjut,” katanya. - harian metro


-------
Hilang anak sapa tak tension, baru je penat2 mengandung 9 bulan...tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan ibu ni...kesian sangat...mari kita sedekahkan al fatihah pada mangsa...itu yang mampu kita lakukan....ajal dan maut di tangan Allah....dari dia kita datang dan jadi dia juga kita dikembalikan...sebaikknya kita redha atas segala ujian yang diberikan pada kita....dan sentiasa bersyukur.
Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri? Berikan yang terbaik tuk suami anda ... pasti dia senyum puas...masalah rumah tangga hilang tension pun hilang!

Anda akan menjadi lebih fokus untuk menempah tiket kejayaan dalam bidang yang anda ceburi

Gabungan herba-herba ini dapatkan montokkan dan anjalkan payudara dan punggung, ketatkan faraj, dan jadikan kulit lebih cantikan halus dan gebu 100% herba sahaja, halal dan suci 
whatsup 018 263 7833 PM http://www.facebook.com/feredeapower

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...