Menurut pakar jiwa dari Barat, Dr. Loius E Bisch bahawa perempuan atau wanita suka disayangi dan menyayangi. Namun fenomena wanita kahwin lambat semakin ketara terutama di kalangan mereka yang mempunyai kerjaya yang stabil. Kita mesti ingin mengetahui apakah punca yang menyebabkan kaum wanita lambat kahwin.
1) Kebanyakan wanita bekerjaya mempunyai pandangan yang jauh mengenai bidang yang diceburi dan memberi alasan mahu memantapkan kerjaya mereka ke tahap yang benar-benar stabil atau peringkat yang lebih tinggi sebelum berkahwin.
2) Menganggap dengan berkahwin dan berkeluarga lebih awal, pencapaian dan kepuasan dalam kerjaya terhalang. Mereka khuatir juika tumpuan lebih beralih kepada keluarga dan kebebasan bekerja terjejas.
3) Khuatir jika kahwin awal, kaum wanita tidak dapat membantu keluarga dan memberi tempoh kepada dirinya membina diri sebelum bersedia membina keluarga sendiri.
4) Mereka ingin kahwin tetapi kedudukan dan pangkat dalam kerjaya yang menghalang mereka daripada berbuat demikian. Kesukaran mencari pasangan kerana tidak ramai lelaki yang suka akan wanita yang lebih kedudukan daripada mereka.
5) Faktor personaliti wanita itu sendiri. Adakalanya mereka sendiri cerewet dan pemilih dalam mencari pasangan. Ini disebabkan wanita tersebut mempunyai pangkat dan status dalam kerjayanya. dan Ingin memantapkan ekonominya sebelum berkahwin. Dengan itu mereka sengaja memberi alasan dan melewatkan hasrat mereka.
6) Masyarakat pada hari ini lebih bersikap terbuka dan menerima isu wanita kahwin lambat.
7) Putus cinta dan trauma akan cinta. Menganggap lebih baik tidak berkahwin kalau bukan dengan lelaki yang dicintainya.
Jika sebelum merdeka, purata perkahwinan adalah pada sekitar usia 17 tahun tetapi keadaan berbeza di luar bandar sekitar 15 hingga 16 tahun. Sekarang purata perkahwinan adalah pada usia 20 tahun. Dahulu seorang gadis berusia 20 tahun dianggap anak dara tua, tetapi tidak lagi pada hari ini kerana pada usia tersebut mereka sedang belajar di institusi pengajian tinggi dan akan berlanjutan ke usia 24 atau 25 tahun. Itupun jika mereka tidak menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Punyai Masalah Matching Color?
Sinar Jahitan punyai koleksi
Jubah, Dress, Blouse, Shawl, Hanbags, Clutches, Shoez
berbagai warna dan sepadan
No comments:
Post a Comment