7 Punca Suami Jadi Suri Rumah Tangga




Kehidupan masa kini menyaksikan terdapat segelintir golongan suami yang sukarela menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Bukan tidak pernah berkerjaya tetapi atas desakan dan masalah yang tertentu, mereka terpaksa berkorban demi keluarga. Isteri pula menggalas tugas sebaliknya. Mencari nafkah untuk perbelanjaan sehari-hari.

Punca suami jadi suri rumah tangga

Dalam pada itu ada tiga punca yang dikenal pasti mengapa suami selesa untuk menjadi suri rumah tangga.

1 Sesuai dengan karakter
Sesetengah suami sudah diajar untuk melakukan sendiri kerja rumah tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Jadi, setelah berumah tangga, mereka masih terikut-ikut dengan cara tersebut. Setakat memasak, mengemas dan membersihkan rumah bukanlah sesuatu yang menyusahkan dan kerana itulah mereka rela untuk ‘bekerja’ di rumah.

2 Kurang mahir
Ada yang berpandangan, berbanding suami, isteri lebih mahir dan komited ketika bekerja. Malah tempoh menyiapkan satu-satu tugasan juga lebih cepat dan lengkap. Disebabkan itulah suami mengambil keputusan memberi peluang kepada isteri untuk mengembangkan kemahirannya disebabkan kredibiliti yang tinggi. Dalam masa yang sama, kos mengasuh anak juga dapat dijimatkan apabila suami yang melakukannya.

3 Hasil perbincangan
Sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mengurus keluarga, rata-rata dari mereka telah pun berbincang dengan teliti mengenai masalah ini. Berkemungkinan besar pendapatan isteri lebih banyak berbanding suami.
Adalah menjadi satu kerugian apabila isteri meletak jawatan kerana tidak mustahil banyak perbelanjaan yang akan terjejas. Oleh kerana itulah, suami terpaksa mengalah dan mungkin melakukan kerja dari rumah di samping mengurus rumah tangga sepenuhnya.


4 Lelaki perlu cari rezeki
 Dalam pada itu ada juga lelaki yang memilih untuk duduk di rumah kerana tiada pekerjaan dan sengaja mengambil kesempatan di atas kebaikan isteri serta pendapatannya yang tinggi.
Hal seperti ini seharusnya tidak terjadi kerana umum mengetahui bahawa wanita tidak sekuat lelaki. Seharusnya bab mencari nafkah dilakukan oleh suami sendiri malah ada sebab kuat mengharuskan suami keluar mencari rezeki

5 Maruah
Sebagai lelaki yang digelar ketua keluarga, segala tanggungjawab tergantung di bahunya. Baik dari sekecil-kecil hal hinggalah perkara yang memeningkan kepala. Suami perlu ingat, mencari nafkah buat keluarga adalah maruahnya. Tak kiralah banyak atau sedikit kerana yang diukur adalah usaha dan sejauh mana kesungguhan suami berkenaan untuk memenuhi keperluan isteri dan anak-anak semampunya.

6 Mudah diarah
Suami yang mengharapkan pemberian isteri sepenuhnya adalah mereka yang terdiri dari golongan yang menerima dan boleh diarah-arah. Apa tidaknya, keperluan serta kelengkapan rumah semuanya isteri sediakan jadi sudah semestinya terbit perasaan ego di hati isteri untuk mengawal rumah tangga. Suami pula tidak boleh berkata apa kerana terhutang budi dengan apa yang telah diberi. Jadi semestinyalah mereka bersedia untuk menerima dan melaksanakan arahan yang diperintah.

7 Biasakan memberi dari menerima
Sebagai nakhoda, mereka sepatutnya menjadi pemberi, bukannya penerima. Sesuai sangatlah dengan jawatan pentadbir keluarga. Namun ada sesetengah keadaan yang membuatkan suami dibolehkan menjadi penerima seperti, kurang upaya, terdesak dan macam-macam lagi. Pemberian yang dimaksudkan biarlah seperti mengukur baju di badan sendiri. Semampunya tanpa membebankan hati dan perasaan kerana suami yang selesa dan bersenang-lenang di rumah adalah individu yang tidak bertanggungjawab sekali gus menyalahi hukum syarak. Apabila suami melakukan kerja-kerja isteri sepenuhnya secara tidak langsung membentuk satu situasi yang kurang selesa. Jika membantu meringankan tugas-tugas isteri di rumah tidak mengapa tetapi janganlah sampai mengambil alih secara total. Benar, Islam tidak melarang wanita untuk keluar bekerja tetapi bekerja yang dimaksudkan bukanlah untuk menanggung sepenuhnya keperluan keluarga.


Walaupun sejak kebelakangan ini wanita yang berpangkat tinggi bukanlah sesuatu yang perlu dipertikaikan lagi tetapi agak janggal apabila ada ‘bisik-bisik’ yang mengatakan suami pula yang dipertanggungjawabkan melayan isteri tatkala pulang dari pejabat. Membancuh air dan melakukan beberapa perkara yang menjadi kelaziman isteri membuatnya. Siapakah yang harus dipersalahkan apabila berlakunya senario sebegini?
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Lelaki itu adalah pemimpin bagi perempuan sebab Allah melebihkan setengah mereka dari yang lain dan kerna mereka (lelaki) memberi belanja dari hartanya (untuk perempuan).” (Surah An-Nisa’ ayat 34).



Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...