Cara #1. Baca Buku Sekurang-kurangnya 1 Jam Sehari
Untuk mendapatkan hasil yang hebat dalam apa jua tujuan, anda perlu sekurang-kurangnya membaca 1 jam sehari.
Ya, 1 jam sahaja sehari!
Hanya semudah itu. Bayangkan satu minggu sebuah buku, setahun anda sudah membaca hampir 50 buah buku!
Untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang, anda perlu membaca sekitar 30-50 buah buku. Ini bermakna anda sudah tingkatkan kemahiran anda sehingga menjadi seorang yang pakar.
Mereka yang pakar kebiasannya mempunyai pendapatan melebihi 10 kali ganda berbanding orang biasa.
Jadi sekarang anda yang tentukan samada ingin menjadi pakar ataupun sebaliknya.
Cara #2. Ikut Peraturan 80/20
Tumpukan perhatian kepada 20% pelanggan yang akan memberikan pulangan sebanyak 80% sekiranya anda terlibat dalam dunia jualan mahupun perniagaan.
Jika anda perhatikan, secara purata pelanggan yang menyumbangkan keuntungan terbesar kepada perniagaan anda adalah dalam purata 20% daripada jumlah keseluruhan.
Ini bermakna, anda perlu senarai pendek kepada 20% pelanggan berkualiti!
Semak kembali kadar kekerapan pelanggan yang kembali kepada anda setelah kali pertama berurusan dengan anda dan jadikan mereka sebagai pelanggan seumur hidup yang dapat membawa keuntungan yang berlipat-kali ganda!
Cara #3. Sediakan Checklist
Gaya hidup seorang yang berjaya adalah mereka yang sentiasa bersedia dengan senarai perkara yang perlu mereka lakukan.
Jika kita belum lagi amalkan, mula sekarang!
Bagi meningkatkan kadar produktiviti kita serta pulangan yang tinggi bagi perniagaan, sekurang-kurangnya kita ada checklist.
Amalkan setiap hari.
Jika amalan ini kita tidak endahkan, bermakna kita hanya melakukan sesuatu hanya mengikut perasaan dan ingatlah hanya dengan mengikut perasaan kesan terhadap produktiviti akan cepat merudum.
Beli satu buku kecil yang dapat dibawa ke mana-mana, dan bersegeralah dalam tindakan!
Cara #4. Pilih Networking Yang Positif
Dalam buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan, topik Networking saya letakkan di permulaan tajuk.
Mengapa saya lakukan sedemikian rupa?
Sebab utamanya adalah kesan Networking terhadap produktiviti mahupun pulangan bagi sesebuah perniagaan amat besar.
Saya ambil contoh ringkas, jika anda banyak bergaul dengan mereka yang hanya menunggu arahan daripada pihak atasan lama-kelamaan anda juga akan berkelakuan sedemikian. Jika anda memilih kenalan yang sentiasa bersedia untuk merealisasikan idea-idea baru, anda juga akan jadi begitu.
Hanya semudah itu!
Jadi, pilihlah Networking yang positif supaya anda juga menjadi extra positif!
Cara#5. Berikan 100% Komitmen!
Jika anda diberi peluang untuk membina sebuah istana dan segala dana pembinaannya ditampung sepenuhnya, adakah anda membinanya ibarat melepaskan batuk di tangga?
Begitu juga dalam apa jua bidang yang kita ceburi.
Jangan sekali-kali persia-siakan peluang yang ada di tangan.
Berikan 100% komitmen walaupun pekerjaan yang anda lakukan dalam skala yang kecil.
Percayalah sekiranya perkara yang kecil pun kita melakukannya secara main-main, perkara yang besar juga kita akan melakukan perkara yang sama.
Berusahalah untuk berikan yang terbaik hatta anda perlu berhadapan dengan pelanggan yang bermasalah kerana jika masalahnya dapat diselesaikan mereka akan terus-menerus berurusan dengan anda.
Cara #6. Perbaharui Matlamat Setiap Hari
Adakah anda tergolong dalam golongan individu yang merancang matlamat hanya setahun sekali yakni apabila setiap kali datangnya tahun baru?
Jika ya, berubah sekarang!
Mereka yang berjaya memperbaharui matlamat mereka hampir setiap hari. Jika 50% matlamat yang disasarkan sudahpun dicapai, mereka akan bersedia untuk meletakkan matlamat yang baru dan perkara ini berulang hampir setiap hari.
Hari ini sudah memasuki zon penghujung Februari, berapa peratuskah matlamat anda yang sudah berjaya dicapai?
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda semua meningkatkan produktiviti ke tahap 10 kali ganda!
Jika anda sukakan tips ini, anda juga akan suka kepada buku Rahsia Menambat Hati Pelanggan.
Fast Action Target Hit = FATH
-----------------------------
Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri? Berikan yang terbaik tuk suami anda ... pasti dia senyum puas...masalah rumah tangga hilang tension pun hilang!
Anda akan menjadi lebih fokus untuk menempah tiket kejayaan dalam bidang yang anda ceburi
Gabungan herba-herba ini dapatkan montokkan dan anjalkan payudara dan punggung, ketatkan faraj, dan jadikan kulit lebih cantikan halus dan gebu 100% herba sahaja, halal dan suci
whatsup 018 263 7833 PM http://www.facebook.com/feredeapower
No comments:
Post a Comment