|Walaupun telah terbukti pasangannya banyak melakukan kesalahan,berbohong,menipu malah melakukan kecurangan,kebanyakan wanita kadangkala begitu sukar dan tidak sanggup memutuskan hubungan.
Sesetengah wanita juga sanggup menderita,memendam perasaan demi mempertahankan hubungan yang terjalin walaupun hati benar-benar sakit dan terluka oleh sifat dan sikap buruk pasangan.
Apa sebenarnya yang membuat kebanyakan wanita sedemikian?Adakah kerana terlalu cinta atau apa?
Jom kita semak jawapannya seperti apa yang dipaparkan dibawah..
4 Sebab Wanita Sukar Putuskan Hubungan
1)Tetap Mengharap Pasangan Berubah
-Terus menyimpan keinginan dan harapan bahawa pasangannya akan berubah menjadikan wanita tega berendam air mata.Meskipun sekian lama memendam rasa,wanita tetap membayangkan masa depan yang cerah bila pasangannya berubah kelak.Seharusnya wanita juga perlu memikirkan bagaimana keadaan masa depannya nanti jika pasangannya tetap tidak berubah.Ini akan membuatkan fikiran wanita lebih terbuka dan mampu menilai dengan wajar samada hubungan yang ada perlu dipertahankan atau tidak.
2)Menganggap Pasangan Amat Perlukan Dirinya
-Tidak kurang wanita yang sering berfikir bahawa dirinya amat diperlukan oleh pasangan hingga timbulnya kebimbangan,jika hubungan putus,pasangannya akan melakukan sesuatu yang merosakkan.Misalnya mengambil minuman keras dan menjadi pemabuk,hilang semangat menjalani hidup dan sebagainya.Padahal hidup seseorang ditentukan oleh dirinya sendiri.Begitu juga wanita,seharusnya mereka mampu menentukan kebahagiaan hidup sendiri dulu sebelum memikirkan orang lain.
3)Berfikir Tak Dapat Mencari Pasangan Yang Lebih Baik
-Selalu berfikir negatif dan takut tiada pengganti yang lebih baik menjadikan wanita terbiasa dengan perlakuan buruk pasangannya.Biarpun hati sukar menerima segala pembohongan dan kecurangan pasangan,tetapi kerana mahukan perhatian dan kasih sayang,kebanyakan wanita sanggup mengetepikan perasaan dirinya.Sepatutnya wanita perlu lebih berani untuk keluar dari kebiasaan yang menyakitkan dan mencari kebahagiaan sendiri.
4)Takut Bersendiri
-Kebanyakan wanita takut menghadapi kesunyian jika tidak memiliki pasangan malah takut dirinya akan menjadi andartu hingga sanggup meneruskan hubungan yang kurang baik.Sikap kurangnya keyakinan dan percaya diri sendiri membuatkan wanita bergantung harap pada orang lain dan takut untuk menjalani hidupnya sendiri.
Semestinya ada banyak lagi sebab-sebab lain yang bersangkutan.Namun,kesemua sebab yang dipaparkan diatas diyakini merupakan sebab-sebab utama membuatkan kebanyakan wanita tetap bertahan walaupun hubungan yang dijalinkan membawa lebih penderitaan daripada kebahagiaan.
qaqarma.blogspot.com
Cara yang terbaik sekirannya kita ada masalah adalah menggunkan orang ketiga dan buat konsultation dengan pegawai jakim/ustaz. Kita terang elok, dan berikan dia buat keputusan dengan tenang dan aman...
Selain tu kita tambat balik kasih sayang suami dengan berikaan yang terbaik dari segi fizikal dan layanan.
Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga?
--------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan payudara menawan, montokkan dan anjalkan payudara dan punggung, cerahkan kulit dengan selamat, ketatkan faraj. 100% herba sahaja, halal dan suci PM Feredea Power atau terus
No comments:
Post a Comment