20 Cara Kurangkan kesakitan ketika PMS Period Pain




Tahukah anda senaman boleh meningkatkan paras serotonin dalam badan. Serotonin adalah bahan semulajadi penahan sakit (pain killer) dalam badan yang mana dalam masa yang sama boleh menjadikan anda gembira. Senaman yang kerap juga meningkatkan pengaliran darah termasuk pengagihan oksigen dalam badan. Peningkatan beta-endorphin disebabkan senaman mampu mengurangkan sensitiviti terhadap kesakitan serta mengurangkan kekejangan yang berlaku dan masalah-masalah lain ketika haid.
Senaman jenis apa? Kepelbagaian senaman termasuk berlari, berjalan, senamrobik, latihan bebanan, yoga dan sebagainya. Lakukan sekurang-kurang tiga kali seminggu secara konsistan.

1. Pemakanan Sihat
Serat yang tinggi dalam makanan mampu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan. Masukkan banyak buah dan sayuran dalam diet harian. Elakkan kafein seperti yang terdapat dalam kopi, coke dan sebagainya. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan gula.

2. Makanan Tambahan
Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E, thiamine dan omega-3 mengurangkan kekejangan ketika haid. Zink dan kasium juga mengurangkan kejang dan kekembungan. Kalsium dan magnesium mengurangkan keletihan. Semuanya perlu diambil 2 hingga 3 bulan untuk menampakkan kesan.

3. Seks
Aktiviti seksual yang kerap mampu mengurangkan kesan PMS. Orgasm merembeskan oxytocin yang mana membantu mengurangkan kesakitan.

4. Regangan
Terdapat beberapa regangan yang mampu mengurangkan kesakitan dan kekejangan. Cuba buat beberapa langkah yoga yang sesuai untuk mengurangkan gejala tersebut. Ianya juga sesuai dilakukan ketika PMS.

5. Baju Longgar
Elakkan pemakaian pakaian ketat. Pakaian ketat memberi tekanan pada perut.

6. Senaman Ketika Haid
Lakukan senaman ringan ketika PMS seperti berjalan dan sebagainya. Perjalanan darah yang lancar mengelakkan daripada kekejangan.

7. Baring
Baring dengan kedudukan yang berbeza seperti disamping atau menghadap ke bawah. Boleh juga baring seperti biasa tetapi letakkan bantal di bawah kaki.

8. Elakkan Xenoestrogen dan Phytoestrogen
Elakkan sebarang penggunaan atau makanan yang mengandungi xenoestrogen dan phytoestrogen. Xenoestrogen terdapat dalam kebanyakan lotion, shampoo, pencuci baju dan sebagainya. Phytoestrogen terdapat dalam kebanyakan produk herba. Elakkan juga minum soya. Xenoestrogen dan phytoestrogen mengurangkan magnesium dan vitamin B dalam badan. Kekurang magnesium menyebabkan kekejangan. Kekurangan vitamin B menyebabkan neuropathy.


9. Penahan Sakit
Jika kes berlarutan baru fikirkan non-steroidal anti-inflammatory (NSAIDs) seperti ibuprofen atau naproxen. Jika tidak boleh menerima ibuprofen atau naproxen baru dapatkan aspirin atau acetaminophen. Dapatkan nasihat doktor.

10. Pil Perancang
Tahukah anda pil perancang mengurangkan kesan PMS?

11. Air atau Pad Panas
Letakkan botol atau pad berisi air panas ke atas perut. Menurut kajian, kesannya sama seperti mengambil ubat penahan sakit. Jika tidak pun, mandi air panas.

12. Perubatan Alternatif
Dapatkan perubatan alternatif jika tidak mahu menggunakan perubatan kontemporari. Saya lagi cadangkan perubatan alternatif seperti akupuntur dan sebagainya.

13. Alkohol
Bagi bukan islam, boleh gunakan wine untuk melegakan kesakitan. Alkohol menipiskan darah. Pilihan ini tidak digalakkan. Alkohol membawa kesan-kesan lain yang tidak diingini.

14. Aktiviti Lain
Lakukan aktiviti lain yang boleh mengelakkan diri daripada ingat terhadap kesakitan.

15. Aromaterapi
Aromaterapi memberi anda rasa yang sangat menyenangkan. Campurkan minyak aromaterapi dalam mandian anda atau sapukan minyak aromaterapi.

16. Haiwan
Letakkan haiwan kecil seperti kucing di atas perut. Pastikan dia diam di situ. Getaran daripada kucing tersebut membantu merehatkan otot anda manakala haba daripadanya mengurangkan kekejangan.

17. Urut
Urut di bahagian perut boleh melancarkan aliran darah yang akhirnya akan membawa darah berasid yang dihasilkan oleh otot yang bekerja di situ.

Nota: Jika masalah serius dengan pendarahan teruk, dapatkan bantuan doktor.


Zaki Khan

Masalah Period Ni Jangan Jadikan Ia satu yang remeh....Cuba amalkan pemakana jamu insyalalh anda akan beransur sembuh, segar dan sihat sentiasa. Jamu adalah berasaskan herba, bukan sistetik dan kemikal seperti ubatan doktor dan panadol cubalah elakkan untuk jangka masa panjang buah pinggang anda yang akan jadi mangsa

Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri? Berikan yang terbaik tuk suami anda ... pasti dia senyum puas...masalah rumah tangga hilang tension pun hilang! 


Gabungan herba-herba ini dapatkan montokkan dan anjalkan payudara dan punggung, ketatkan faraj, dan jadikan kulit lebih cantikan halus dan gebu 100% herba sahaja, halal dan suci  
whatsup 018 263 7833 PM http://www.facebook.com/feredeapower


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...