Amalan Surah dan Doa Untuk Memusnahkan Sel Kanser




Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Selain dari itu, boleh lah jika ingin menjadikan SARI AgeGard sebagai salah satu alternative untuk penyembuhan sel KANSER.

Insyallah.
-----
Bulan ramadhan yang mulia lebih mari kita perbanyakkan amalam. Moga-moga dimakbulkan doa-doa kita


Penaja
Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas
Tahukah anda, lemak boleh dipecahkan dalam suhu dan wap tertentu?
Ketahui Rahsia Bakar Lemak Selama 1 minggu http://bit.ly/1bFFc3Q bersama
teknologi sauna, losyen panas dan slimming jus


Blouse Korea Terkini For Sale

Rasa Susah Nak Buat Sendiri? Tak ada Masa?


Order Cake and Biskut Raya Home Delivery Area Klang Valley, Kuala Lumpur, Shah Alam, Puchong, Petaling Jaya, Sg Buluh
Whatsup/Line/Wechat/SMS 018 263 7833 (Cake)SMS 013 308 4906 

KISAH BUDAK PENJUAL KUIH (Terharu punye kalau bace!)



Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " ar-rahman - penulis anonymous

------------------
Budak-budak kalau dari awal kita didik dia meniaga kuih bila besar boleh jadi peniaga terkenal seperti dato siti nurhaliza... caya atau tak rasullulah saw meniaga sewaktu dia kanak-kanak. Kesimpulannya didik anak2 ktia meniaga masa kanak-kanak. Mak bapak saya kerja gomen, hidup agak sederhana dan selesa tak terfikir nak berniaga. Tapi bila dah tiba zaman sekarang ia adalah satu jihad tuk mertabatkan ekonomi orang islam dari ditindas. Itulah hikmahnya..hehehehhe



Penaja
Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas
Tahukah anda, lemak boleh dipecahkan dalam suhu dan wap tertentu?
Ketahui Rahsia Bakar Lemak Selama 1 minggu http://bit.ly/1bFFc3Q bersama
teknologi sauna, losyen panas dan slimming jus


Blouse Korea Terkini For Sale

Rasa Susah Nak Buat Sendiri? Tak ada Masa?


Order Cake and Biskut Raya Home Delivery Area Klang Valley, Kuala Lumpur, Shah Alam, Puchong, Petaling Jaya, Sg Buluh
Whatsup/Line/Wechat/SMS 018 263 7833 (Cake)SMS 013 308 4906 

Kapal Tersangkut di Atas Gaung Bukit

Pernah alami pengalaman pelayaran naik Cruise mewah? Bagi yang tidak pernah, jangan risau kerana di Korea Selatan anda boleh rasainya. Baiklah, Sun Cruise Hotel merupakan satu tarikan pelancong Korea direka dan dibina seperti sebuah cruise cuma yang berbeza ialah cruise ini tidak bergerak. Unikkan. Sun Cruise Hotel kelihatan seperti sebuah kapal yang terdampar di atas tebing oleh ombak gergasi, mempunyai struktur yang amat besar dan sebenarnya telah dibina pada tahun 2002 khas untuk pelancong yang tidak mempunyai wang atau masa untuk sertai pelayaran sebenar. Sun Cruise Hotel adalah salah satu tarikan pelancong yang paling popular di Korea Selatan.

Bilik-bilik di Sun Cruise Resort dan Yacht yang terletak di Jeongdongjin ini bermula daripada 80,000 Won Korea Selatan ($ 71) satu malam. Menarik bukan, jadi bila pergi ke Korea Selatan singgah sini okay…

sun-cruise-hotel3
sun-cruise-hotel
sun-cruise-hotel2
---------------------

Penaja Atikel

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 
Dapatkan info yang lebih http://bit.ly/13rpYha


PM Sekarang! 
sms/whatsup/line/wechat 018 263 7833 /sms 013 308 4906
 PM Feredea Power Sekarang! klik http://www.facebook.com/feredeapower

Ibu Susukan Kera



Tak tahu nak cakap apa bila tengok gambar ini... tapi saya rasa perempuan ini adalah seorang yang mulia sebab kera itu masih lagi kecil dan perlukan susu dari ibunya. Nak cepat bagi aja susu badan. Kalau aku la tak sanggup rasanya....no komen la...senang citer kita sangka baik je la dengan perempuan ini . 





Mari Exercise
Penaja
Bakar Lemak 3x Ganda Lebih Pantas
Tahukah anda, lemak boleh dipecahkan dalam suhu dan wap tertentu?
Ketahui Rahsia Bakar Lemak Selama 1 minggu http://bit.ly/1bFFc3Q bersama
teknologi sauna, losyen panas dan slimming jus


Blouse Korea Terkini For Sale


Video Banduan Wanita Islam dipenjara bersama beribu banduan lelaki di Afganistan

BANDUAN WANITA ISLAM DIPENJARA BERSAMA BERIBU BANDUAN LELAKI DI AFGHANISTAN (3 GAMBAR)



[Video] Kesian : Banduan Wanita Islam Dipenjara Bersama Beribu Banduan Lelaki Di Afghanistan (3 Gambar) | Tahukah anda banduan 650 adalah satu-satunya banduan wanita yang ditahan dipenjara Bagram di Afghanistan di mana penjara ini adalah khusus untuk banduan lelaki?

Inilah hakikatnya yang dialami oleh banduan 650 yang bernama Dr. Aafia Siddiqui. Beliau diculik pihak FBI Amerika pada 30 Mac 2003 di Pakistan atas tuduhan mempunyai hubungan erat dengan Al-Qaeda di mana sehingga sekarang tiada bukti dapat ditunjukkan oleh pihak FBI tentang hubungan yang dikatakan itu.


Siapa Dr. Aafia Siddiqui? Tiada siapa kenal baik masyarkat Malaysia dan Islam diseluruh dunia dan tiada media di mana-mana kerajaan negara Islam yang ingin mengambil tahu tentang Dr.Aafia ini kerana apa?

kerana diri kita ditimpa penyakit wahan dan assobiyah dan otak kita sudah diprogram untuk tidak menganggap umat Islam yang lain sebagai saudara. Buktinya, kita hanya simpati tapi tiada empati. Orang barat pula menganggap nyawa umat Islam tiada nilai.

Jika seorang wanita barat diculik oleh orang Islam setiap hari media di seluruh dunia termasuk negara Islam akan mencanang cerita penculikan itu kerana apa? kerana otak kita diprogram akan kasta orang barat sangat tinggi. Aku mengambil inisiatif sebagai satu tanggungjawab seorang Islam untuk disampaikan kepada masyarakat akan cerita wanita yang difitnah oleh pihak Amerika dan sekutu kuatnya Pakistan yang bangsat lagi bacul.

Dr. Aafia Siddiqui dilahirkan di Pakistan dan menjadi rakyat Amerika merupakan satu-satunya saintis neurologi di dunia yang mempunyai PHD dari Universiti Harvard. Juga mempunyai 144 sijil dan ijazah kehormat dari institusi serata dunia termasuk dari MIT. Beliau juga seorang hafazan al-Quran dan seorang mujahidah. Tiada seorang wanita barat yang setara dan setanding dengan pendidikan beliau.

Beliau diculik bersama 3 orang anak kecilnya selama 5 tahun tanpa khabar berita sehinggalah 4 orang tahanan Bagram yang berjaya melarikan diri mendedahkannya tentang banduan 650 yang tidak ketahui namanya. Mereka hanya mengetahui dia adalah seorang wanita Pakistan dan seorang ibu yang dipisahkan dari anak-anaknya dan setiap hari mereka akan mendengar wanita tersebut menjerit akibat diseksa.

Seterusnya Yvonne Ridley seorang wartawan Britain mendedahkannya secara besar-besaran di sidang wartawan tentang siapa sebenar banduan 650. Sejak dari itu seluruh dunia ingin tahu apa yang telah terjadi kepada Dr. Aafia dalam tempoh 5 tahun tersebut dari 2003-2008 dan apa kesalahan beliau dan kenapa tidak dibicarakan.

Penipuan Amerika tentang tiadanya banduan wanita di penjara Bagram akhirnya terbongkar bersama skrip-skrip ****h untuk meyelamatkan maruah FBI Amerika.

Semasa di dalam tahanan di Bagram beliau diseksa dan dirogol setiap hari dan dinafikan haknya sebagai seorang wanita. Dipaksa menggunakan tandas lelaki dan bilik mandi yang terdedah dan boleh dilihat oleh pengawal-pengawal penjara. Situasi beliau sepanjang penahanan tersebut amat meyedihkan sehingga beliau hilang ingatan. Nasib anak-anaknya selama 5 tahun tersebut juga tidak diketahui oleh sesiapa sehingga sekarang.

Sehingga kini tiada dakwaan tentang kegiatan beliau bersama Al-Qaeda oleh pihak Amerika hanya melainkan dakwaan cubaan membunuh seorang askar Amerika dan FBI semasa di dalam tahanan di Afghanistan.

Amat pelik apabila perbicaraan ini dilakukan di Amerika sedangkan kesalahan tersebut dilakukan di Afghnistan. Juga tiada bukti yang beliau melakukan cubaan bunuh melainkan beliau ditembak di perutnya sesama di dalam tahanan oleh askar Amerika kononnya untuk keselamatan diri.

Bukan sahaja Dr.Aafia tetapi ramai lagi wanita Islam yang diculik oleh FBI dan sekutunya tanpa diketahui dan dibicara dan akhirnya kita hanya didedahkan wanita-wanita ini didera secara seksual seperti di penjara Abu Gharib, Iraq.

Biarlah Dr. Aafia menjadi pemangkin pembebasan untuk wanita-wanita Islam yang ditindas di penjara-penjara Amerika seluruh dunia.

Tiada apa yang dapat aku sumbangkan melainkan doa, menyebarkan kisahnya di blog dan sain petisyen untuk pembebasan beliau. Jika ada yang terbaca silalah klik di link Laman Menarik sebelah kanan sebagai sokongan kepada wanita genius yang tidak bersalah ini.

Juga jangan lupa boikot produk Amerika!! inilah cara jihad yang mampu kita buat di bumi Malaysia. Allah tidak memandang kesannya tetapi memandang usaha kita. Jika di akhirat nanti Allah bertanya apa yang aku telah lakukan untuk saudara-saudara Islam yang tertindas insya Allah aku mampu menjawabnya




Rehat Dahulu 
                          



Penaja Atikel

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 
Dapatkan info yang lebih http://bit.ly/13rpYha


PM Sekarang! 
sms/whatsup/line/wechat 018 263 7833 /sms 013 308 4906
 PM Feredea Power Sekarang! klik http://www.facebook.com/feredeapower

Chiffon Dress

Kelebihan Bulan Ramadhan


Bulan Sya’ban dah hampir tiba ke penghujungnya dan tak lama lagi umat islam bakal menyambut kehadiran Ramadhan Al – Mubarak. Tinggal berapa hari lagi ni? Kurang 2 minggu untuk ketibaan ramadhan. Jadi sama-sama ingat kembali lafaz niat puasa ramadhan jika terlupa dan kelebihan-kelebihan yang bakal diperolehi oleh kita umat Islam di bulan Ramadhan nanti.

Lafaz niat untuk sebulan :


Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

Lafaz niat untuk harian :


Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Lafaz doa ketika hendak berbuka :

 

Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Lafaz doa selepas berbuka puasa :


Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Ramadhan merupakan bulan yang diberikan begitu banyak ganjaran dan nikmat oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya.Waktu hampir ketibaan bulan Ramadhan di UIAM memang aku perhatikan suasananya berlainan dan disambut meriah,serupa macam nak hari raya Aidilfitri. Tahun ni sedikit berbeza sebab sebulan Ramadhan ni aku akan berada di rumah.

Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Terdapat banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat maksud puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dianjurkan oleh umat Islam untuk tidak melakukan maksiat,tidak mengumpat serta lain-lain perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri walaupun kita tidak makan dan minum di siang hari.

Jadi sama-sama kita saling ingat-mengingati,memohon keampunan Ilahi atas dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Jangan leka sangat dengan persiapan hari raya, raikan juga ramadhan ini sebaiknya. Disini ada satu facebook page bernama Warna Ramadhan yang boleh korang lawati. Selamat menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.  - annonymous

Penaja
Ingin Miliki Mesin Tenuna Sendiri?
Tingktkan Pergeluaran barang buatan orang islam



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...