Yes, perempuan memang kene ada rupa

Assalamualaikum. Thank you admin sbb approve kisah akak. Lets go short and sweet. Akak baru terbaca berkenaan seorang perempuan yg tinggi, tegap dan padat badannya telah di-rejek. Akak pun nak kongsi hal yang sama.

YES. LAKI MMG PANDANG RUPA.

Akak ni ketinggian 170cm berat 70 kg. Berusia 27 tahun. Tak kawen lagi.

Dari tadika, akak yang paling tinggi antara semua. Tapi masa tu akak happy je kat sekolah. Nyanyi, belajar ABC, makan, tido.

Masuk sekolah rendah. Pun akak paling tinggi dam besar dr semua org. akak jadi bonzer kat sekolah. Kalau kawan2 perempuan diusik, nak gaduh dgn kawan lelaki, mesti dorg menyorok belakang akak. Yelah. sbb akak besar. kan? Dah mcm jantan dah aku masa tu.

Masuk sekolah menengah, lagi teruj jiwa aku dibuli. Oh, aku tak dibuli fizikal. sbb aku besar…khennn . Jiwa aku dibuli. Dorang panggil aku BERUANG wehh. Beruang. Jahat mulut. Menangis akak dlm diam.

Masuk universiti, takde org minat pun  Sbb gemuk, besar, tinggi, gelap. Sape nak? Kann? Akak couple jarak jauh.Dari sem 3 sampai la akak kerja dia tahun.

5 tahun bersama. At the end, dia tinggal akak mcm tu jer. Dia kawen dgn perempuan putih kurus. Cisss. 5 tahun aku sia2 je tunggu engkau. Putus pun dalam phone jer, tak jumpa lgsg.

Bila dah bekerjaya, akak mula rasa kepentingan jaga penampilan diri sbb akak keje jumpa org. huhu. Sebab berat akak dah mencecah 100kg weyyyyyy. Gemok amat. Akak buat mcm2 diet, supplement, vitamin.

Hasilnya, alhamdulillah. Dah kurus and putih la sikit Hasil minum 4litre air sehari. Beauty is pain. No pain no gain. lol. Setelah itu akal rajin share gambar kat instagram to inspire others.

Tetibe akak jadi terlajak laris (masyaAllah bukan nak riak). Tetibe ramai lelaki approach. Ttibe abg2 opis yg selama ni xpandang pun akak, selalu ajak keluar lunch sama2. Hari2 puji. Tetibe lelaki2 department lain pun approach, siap tanya kat kawan se-dept dgn akak " ada org baru ke kat dept ko?" Lawa. nak kenalan. bagi la number". Ttibe lelaki lelaki yg suam2 kuku dalam hidup akak, muncul kembali dan nak masuk minang segala. Tetibe, exbf akak yang dah kawen dgn perempuan lain tu, approach akak balik..mintak maaf, menyesal, rindu, nak jumpa, nak mcm waktu dulu.. eh puihhh la. tak ingat bini ker? nak jer akak main2 kan dia. bikin dia jatuh cinta balik, then tinggalkn dia. tapi akak tak tergamak..sian ke bini dia. akak pun perempuan.

Nampak tak?
Bila gemok dan huduh semua org nak caci ko. Buli jiwa ko.

Bila kurus dan cantik, semua nak mendampingi ko.

Adik adik. Akak akak semua. Jujur dari hati..usaha utk kurus demi diri sendiri. never do it demi org lain. hasilnya puas hati. akak dulu nak kurus sbb nak rasa badan ringan nak solat. Alhamdulillah. Yang penting, SELF-CONFIDENCE.

-dulu Beruang, Skrg Kucing

– Akak Comel

http://www.iiumc.com - Trending Confession

Cara Hilangkan Lemak Berlapis dengan IslaLisa Corset

Sebab Utama Anda Mengalami Lemak Tak Sekata: 
Beranak   : Apabila sudah melahirkan anak, perut yang sudah mengembang akan mengalami kesukaran untuk menguncup seperti sediakala, ia memerlukan ikatan lilit pada perut dan kawalan makanan.
Umur Penuaan : Bermula pada umur 25 tahun ke atas, dan kelahiran anak, bentuk badan dan lemak anda jadi tak sekata. Jika dibiarkan lama, tampa memakai korset, lemak akan jadi berlapis-lapis.

Cara Duduk Lama dan Membongkok  : Kebanyakan pekerja sekarang ni terpaksa duduk dan buat kerja mengadap komputer pada tahap yang lama dan ia menyebabkan sakit belakang dan bontot menjadi semakin besar.
Diet Protein dan Lemak: Cara Pemakanan anda yang banyak lemak dan protein menyebabkan banyak lemak tertumpu pada perut.
Pemakaian bra yang salah. Tali bra yang nipis ketat menyebabkan anda mengalami sakit belakang dan sesak nafas terutama pada mereka yang suka pakai push up.

Cara Atasi Masalah Gatal Sakit Kulit Yang Kronik


Hari ni saya nak share la, cara saya merawat masalah sakit kulit yang agak kronik di bahagian perut saya. Saya agak ini ada berkaitan dengan masalah hormon yang bertukar-tukar dan masalah psikologi. Pada orang yang mengandung pun akan mengalami masalah ini. Dah bermacam cara saya cuba untuk atasi masalah ini. Setelah buat beberapa kajian saya ingin cuba cara ini. Berkesan wei!

Mula-mula saya makan ubat, sekejap ok, sekejap tak ok. Ubat tu boleh ambil di pharmacy dalam RM5-11 saja. Dah 4 papan telan masih lagi rasa gatal. Bila time ubat ada dalam badan tak gatal, bila cukup aja 24 jam ha... dia mai balik gatal-gatal tu...

Saya buat research sikit dan saya share rahsia saya atasi masalah kulit gatal kronik.
Caranya

1- Mandi dengan sabun detol. Ok sabun antiseptic yang lemon tu bagus. Sapukan pada seluruh badan

2- Lepas mandi ambil kapas muka tu titiskan Dettol air pulak yang bottle warna coklat tu spt di atas, botol kecil harga dalam RM12.5. Jadi sapukan pada seluruh badan yang kena gatal-gatal tu. So rasanya agak pedih sebab dah lama kuman tu berada di kulit dan ia menghakis lapisan kulit yang kena kuman, kurap. Buat dua kali. ok... 

3- Biarkan kering. Jangan lap ok. Towel pun kena hygiene guna, jangan guna banyak kali, Lepas guna sidai di tempat yang panas. Jangan letak dalam rumah. Kuman itu akan merebak lagi ke bahagian badan yang lain. Jadi bila dah sapukan dettol yang cair tu pada seluruh badan yang gatal. Biarkan kering dan kemudian sapukan pulak ubat Creobon. Sapukan rata-rata ia berbentuk krim tau.

4- Biarkan krim itu kering sekejap. Dan kemudian ambil bedak Agnesia antiseptic tu tepekkan pada seluruh kulit badan yang kena kuman tadi.Tepekkan macam kita letak bedak sejuk. Biar ianya melekat di seluruh badan. Memanglah macam tepung komak badan kita. Biarkan bedak tu melekat di bahagian kulit. 

5- Pakai pakaian yang longgar, supaya bedak tu sentiasa berada di badan. Dah sampai dalam 3 jam tu bedak tu dah banyak hilang, ulang balik proses 3 dan 4. 

6 - Ambil ubat pharmacy allergic selama semingu. Ulangi proses itu selama seminggu. 

7- Bahagian kulit yang kering pula sapukan Nivea krim, krim ni akan bertindak melembabkan bahagian yang mungkin terkena kuman. Jadi sentiasalah pakai krim ini di bahagian lain badan. 

8- Ingat pastikan anda buat selama seminggu sehingga kuman, kurap tu hilang terus. Barulah tak payah buat apa-apa lagi.

Ini pula ubat doktor. Apa yang penting adalah ubat makan iaitu antifungal. 

Selamat mencuba.

3 Tips Penting Masak Menu Semasa Ramadhan


Masa bulan puasa ni banyak iklan berbentuk makanan dan menu hidangan laku di tayangkan. Maklumlah orang tengah lapar, dapat tengok pun boleh terliur kan...
Jadi semasa bulan Ramadhan ni saya nak kongsikan beberapa idea corak pemakanan yang sesuai. ok
Jadi tak la masa puasa rasa sakit perut, senak, masuk angin, migrain bermacam-macam lagi

Dalam masa yang sama, pasti ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah corak pemakanan yang baik yang dapat dipraktikkan ketika berpuasa di bulan Ramadhan? Rahsia kepada jawapan ini terletak kepada “keperluan tubuh badan”. Ketika bersahur, kita memerlukan sesuatu yang perlahan dan lambat untuk dicerna untuk kegunaan tubuh badan sepanjang tempoh lebih 12 jam berpuasa, manakala ketika berbuka kita memerlukan sesuatu yang cepat untuk dicerna untuk keperluan tenaga segera.

1) Makanan Tinggi Kandungan Serat


Sahur
Dapatkan makanan yang tinggi kandungan seratnya kerana serat merupakan kunci yang melambatkan pencernaan makanan. Makanan berserat juga akan menahan insulin, iaitu hormon yang bertindak membawa masuk glukosa ke dalam sel, daripada dirembeskan terlalu cepat dan banyak. Ini menstabilkan proses penghadaman secara keseluruhan.

Selain itu, pengambilan karbohidrat kompleks ketika bersahur adalah amat disyorkan. Bergantung kepada kuantiti yang diambil, karbohidrat kompleks mengambil masa kira-kira 8 jam untuk dicernakan sepenuhnya. Sertakan juga dengan pengambilan protein kerana struktur protein yang lebih kompleks akan melambatkan lagi proses pencernaan. Pilihlah protein yang rendah Biological value (BV) kerana lebih rendah nilai BV, maka lebih lambat protein itu diguna pakai oleh badan.


Protein
Antara yang disyorkan ialah Ikan (83), Daging (80), Ayam (79), Casein (80), Soya (74) dan kekacang (49).
Akhir sekali, pastikan jumlah pengambilan air adalah mencukupi. Ini kerana keletihan utama ketika berpuasa adalah disebabkan oleh kurangnya air dalam badan dan bukannya disebabkan perut terasa lapar atau tak cukup makan (melainkan anda memang tak sahur pada awal pagi tersebut). Berapa banyak yang diperlukan? 3-5 gelas air, diagih secara berperingkat dari awal sahur, hinggalah ke akhir sahur. Elakkan daripada mengambil garam berlebihan dalam makanan atau minum kopi (kafein) ketika bersahur kerana ia bersifat diuretic – bermaksud tubuh akan lebih cenderung/kerap untuk menyingkirkan air daripada badan menerusi air kencing, sekaligus anda mudah berasa dahaga ketika berpuasa.


Elakkan makan makanan yang berat secara menerus kerana pada ketika ini badan berada pada fasa yang dikenali sebagai “Insulin Spike“, memandangkan paras glukosa dan insulin dalam darah sebelum ini adalah rendah dek kerana berpuasa. Ketika fasa ini, insulin akan dirembeskan dengan mendadak pada kadar yang banyak, untuk membantu transportasi glukosa ke dalam sel. Ini mengakibatkan paras glukosa dalam darah jatuh kembali dengan mendadak, dan otak akan mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa, sekaligus memberikan isyarat bahawa tubuh badan masih lapar dan memerlukan lebih makanan; ini akan mengakibatkan anda makan secara berlebihan kelak.
Beri masa kepada perut untuk ‘warm up‘, dan gunakan tempoh transisi yang ada untuk menunaikan solat maghrib terlebih dahulu sebelum mencernakan sesuatu yang lebih berat, terutamanya makanan berminyak. Jangan dilupa juga 2-3 gelas air masak (atau air manis, jika kurma tidak diambil) untuk memastikan sel di dalam badan dihidratkan semula.

Elakkan makanan yang terlalu pedas, terlalu banyak rempah, heavy-heavy. Bermacam-macam jenis sumbat kat dalam perut, terutama yang berbuka ala buffet tu beringat-ingat la ye... tak elok tuk perut. Sekali dalam sebulan ok, kalau kerap sangat bermacam penyakit secara tiba-tiba boleh muncul.
OK selamat mencuba lah!

Tips Menghadapi Ramadhan

Tips Puasa Tetap Kuat & Sehat Di Bulan Ramadhan — Bulan Ramadhan telah datang, seringkali kita mendapati suasana bulan puasa identik dengan pemandangan orang-orang yang lemas dan tidak bersemangat. namun bila kita perhatikan, ada segelintir orang yang walau berpuasa namun tetap bugar, apa ya rahasianya?

 Alangkah nikmatnya dikala melakukan ibadah mulia ini (berpuasa) kita tetap dapat menjalani aktifitas sehari-hari dengan kondisi yang segar bugar. Bagi sebagian orang yang dalam keseharian puasanya bermalasan dirumah atau tidur mungkin tidak terasa berat, namun bagaimana dengan kita yang rutin bekerja seharian pada saat menahan haus dahaga? Ini dia tips untuk berpuasa tetap bugar selagi produktivitas kerja juga tetap maksimal.



Ketika Sahur
Ketika sahur sebaiknya hindari makanan yang manis atau terlalu banyak gula, karena asupan makanan/minuman yang manis akan menyebakan tubuh yang lemas pada siang hari saat berpuasa.
Paling baik ketika sahur adalah meminum susu, karena susu akan mencegah anemia yang menyebabkan badan lemas pada siang harinya.


Menu yang disajikan sebaiknya yang mengandung air yang banyak atau buah sekalian sehingga tubuh
tidak dehidrasi parah saat berpuasa nanti. Kurma juga dapat membuat tubuh bugar seharian.
Bila tidak menyukai buah saat sahur, meminum jus buah saja pun cukup baik untuk kelancaran BAB.
Sebaiknya hindari fast-Food, gorengan atau makanan pedas saat sahur karena akan mengganggu pencernaan pada siang harinya.


Saat Berpuasa
Kerjakan tugas-tugas Anda dengan perlahan tapi pasi. Jangan menumpuk pekerjaan yang dapat membuat stress, karena stress juga menyebabkan otak lelah dan akhirnya perut terasa lebih lapar.
Istirahatlah sejenak, bila pada saat jam istirahat lebih baik Anda pakai untuk tidur sejenak, setalah sholat zuhur adalah waktu terbaik untuk tidur sejenak. Tidur selama 15 menit saja sudah dapat membangkitkan kembali semangat.
Melakukan olahraga ringan seperti peregangan atau berjalan kaki saat berpuasa sangat disarankan. Selain membantu menjaga berat badan, olahraga juga berfungsi untuk memperlancar peredaran darah dan menjaga kebugaran tubuh anda.


Waktu Berbuka
Segerakan berbuka, namun jangan kalap. Setelah berbuka dengan yang manis, dahulukan sholat Magrib agar perut tidak kaget, barulah makan makanan kesukaan Anda!
Jika kebetulan Anda berbuka dijalan, jangan lupa menyiapkan ta’jil dari sebelum Anda berangkat pulang ya. Kurma adalah makanan ta’jil terbaik untuk membatalkan puasa.
Atikel dari Lazada Indonesia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...