Friday, June 29, 2012

Cara Jin Merasuk Dalam Jasad Perempuan

MASUKNYA JIN KEDALAM TUBUH MANUSIA


Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan berbagai-bagai cara dan manusia yang mengunakan khidmat Jin untuk melakukan pengkhianatan kepada manusia lain pun melalui berbagai cara.


Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :

" Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya ".


Dari Hadis di atas jelaslah bahawa Jin dapat masuk kedalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh manusia seperti arus eletrik mengalir dalam kabel penyalurnya. Jin juga dapat menguasai manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia, manusia kehilangan ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi.


Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri. Jin mendampingi dan memasuki manusia melalui salah satu cara yang berikut.


ANTARANYA :

Melalui Khadam atau manusia itu sendiri menjadikan Jin sebagai  sahabatnya.

Melalui " saka Baka "

Melalui Sihir yang di lakukan oleh manusia lain ke atasnya.

Kerana manusia itu sendiri lalai dari mengingati Allah atau melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah, bererti mendekatkan diri untuk di kuasai oleh Jin dan Iffrit.

Melakukan kejahatan terhadap Jin tertentu seperti menjatuhkan sesuatu benda berat di sesuatu tempat yang ada Jin, tanpa menyebut nama Allah sehingga menyebabkan kematian anak Jin.

Kerana adanya Jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang perempuan yang suka bersolek atau wanita-wanita yang suka keluar rumah untuk memperlihatkan kecantikkannya dan tidak memakai tudung serta suka mendedahkan aurat.

Melalui pengamalan jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu yang boleh mendatangkan Jin.

Apabila telah memasuki badan manusia, walau dengan apa cara sekali pun Jin tersebut akan mendiami salah satu tempat berikut di anggota tubuh badan manusia. ( walaupun mereka bebas bergerak-gerak dalam badan manusia )

ANTARA TEMPAT-TEMPAT TERSEBUT IALAH :


Mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Sebab itulah jika seseorang itu membela atau telah dimasuki Jin dalam badan mereka, mereka tidak berani bertentang mata dengan orang lain.

Berada di telinga kanan dan kiri, dengan itu manusia yang telah terasuk Jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-perkara maksiat seperti muzik yang melalaikan dan sebagainya.


Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang telah di masuki Jin amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.


Berada di hidung manusia, menyebabkan manusia suka menghidu benda-benda yang tidak elok dan boleh merosakkan diri manusia sendiri.


Berada di ari-ari ( pusat ), menyebabkan orang tersebut sentiasa mengalami sakit dalam perut dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di kesan oleh doktor.


Berada di kemaluan manusia, menyebabkan manusia suka melakukan perkara-perkara maksiat seperti berzina dan sebagainya.

Manusia yang selamat dari ganguaan Jin , Iblis dan  Syaitan adalah manusia yang sentiasa berada dalam Tauhid ( mengesakan ) Allah, melalui lidah, anggota dan hati, mereka juga berakhlak dengan akhlak Rasulullah serta beramal dengan syariat Islam.

Jalan paling dekat untuk berada dalam tauhid Allah ialah dengan kita mengambil contoh perbuatan dan kelakuan mereka yang setiap waktu dan masa berada dalam tauhid Allah, seperti Nabi Muhammad, sahabat-sahabat baginda, para ulama dan sebagainya.

Dengan itu Insyaalah akan menyampaikan diri kita zahir dan batin berada dalam tauhid Allah di semua tempat, waktu dan masa melalui anggota, lidah dan hati sebagaimana mereka, iaitu selamat daripada gangguan para Jin, Iblis dan Syaitan atau seumpamanya.

KATA ULAMA :

" Kun Ma’Allah fain lam takun ma’Allah, fakun Ma’a man ma’Allah fainnahu yusiluka illallaah "

Maksudnya :
" Hendaklah jadikan diri kamu bersama Allah, maka jika kamu tidak boleh jadikan diri kamu bersama Allah hendaklah kamu jadikan diri kamu bersama dengan mereka yang telah beserta dengan Allah, maka sesungguhnya yang demikian itu akan menyampaikan diri kamu kepada Allah "

Diri manusia mukmin yang menjadi kekasih Allah itu adalah seumpama kalbu Alam atau jantung alam atau pusat alam yang dikurniakan oleh Allah daya atau kuasa graviti mengikut darjah ketinggian imam, ilmu dan amalan mereka di sisi Allah. Diri-diri yang lain hanyalah di bawah atau di dalam kuasa atau graviti mereka.

WANITA MANDUL AKIBAT GANGGUAN JIN

Kemandulan itu terbahagi kepada dua iaitu kemandulan yang berlaku secara tabii yang boleh diorawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat Al-Quran, doa-doa dan zikir.

Kemandulan Yang Berlaku Akibat Gangguan Jin Mempunyai Tanda-Tanda Tertentu, Antaranya;

Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.

Kusut fikiran.

Sakit dibahagian tulang-tulang belakang.

Mengigau ketika tidur.

Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.

Kemandulan yang berlaku pada kaum wanita dimana jin itu akan tinggal dalam rahim dan merosakkan benih menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur ataupun ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil menyebabkan turun darah, lalu keguguran. Keguguran yang berlaku berulangkali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.

Dalam hadis Safiyah Binti Huyay bahawa Rasulullah bersabda :

‘ Sesunggguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah’. - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Satu hadis riwayat oleh Abu Daud, Imam Ahmad dan At-Tarmizi yang menyatakan tentang seorang perempuan bernama Hamnah Binti Jahah yang mengadu meminta petua kepada Rasulullah kerana mengalami masaalah turun haid yang begitu lama. Baginda menyuruhnya agar menggunakan kapas. Hamnah menjawab mengatakan yang dia telah berbuat demikian. Baginda menyuruhnya agar menggunakan kain yang agak tebal. Apa yang disuruh oleh baginda juga telah dilakukan oleh nya.

Akhirnya baginda bersabda : ‘Bahawa darah istihadah itu adalah sepakan daripada sepakan-sepakan syaitan ‘. - Riwayat At-Tarmizi.

Perempuan yang menghadapi masaalah keluar darah akibat gangguan yang boleh menyebabkan mandul hendaklah dirawat menggunakan doa-doa berkaitan dengan sihir disamping berusaha mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.

Ada Dua Punca Utama Terjadinya Masaalah Yang Dihadapi Oleh Kaum Wanita Yang Terlibat Selain Daripada Sebab-Sebab Fizikal:

Akibat sihir

Kecenderungan jin ketika memandang perempuan yang berkenaan.

Jin-jin suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca Al-Quran tetapi gemar mendengar nyanyian ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek dihadapan cermin.

Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi tarikan jin-jin. Mereka masuk dalam bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang, padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin jantan dan betina menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia meresap dalam tubuh dan mengganggunya.

CARA MENGUSIR GANGGUAN JIN

Cara yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengusir gangguan Jin

Melaknat Iblis dengan Laknat Allah SWT.
Ditepuk punggungnya dan berdoa yang ertinya " Keluarlah kau wahai musuh Allah dan Aku Melaknat-mu dengan Laknat Allah"
Membaca Ayat2 Ruqyah :
Al-Fatihah, Al-Baqarah 1-4, Al-Baqarah 163-164, Al-Imran 18,
Al-Hasyr 1-3,Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.
Cara selepas Zaman Rasullulah SAW

Zaman Imam Ahmad:
Membaca Al-Fatihah, Al-Hasyr 1-3, Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Dituliskan, dicelupkan serta diminumkan airnya.

Membacakan Ruqyah pada orang yg terkena gangguan jin.

Hal dalam menangani gangguan Jin.

Langkah-langkah Pencegahan Mengikuti Perintah dan Menjauhi larangan Allah SWT serta mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.

Contoh :
- Solat Berjamaah 5 waktu di masjid & Solat Sunnat
- Tilawah Qur'an
- Ta'alim
- dsb

Langkah-langkah Bertahan/Defensif

Berdo'a:

Contoh: Al-Mu'minun 97-98
"Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku."
Rasulullah SAW membaca do'a diatas pada saat hendak solat, selesai solat dan hendak tidur

Membaca do'a Al-ma'tsurat Rasulullah pagi dan petang.

Langkah-langkah Melawan Gangguan/Offensif

Surat Fathir: 6
" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala."

Tanamkan sikap permusuhan & rasa benci dengan Syaitan.

Laknat Syaitan tersebut dengan Laknat Allah.
Mencari penyebab gangguan Jin pada tubuh manusia

-------------------------------


Penaja
Persediaan Perkahwinan Kekal Abadi Selamanya
Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga?
Dapatkan payudara menawan, besarkan dan montokkan payudara, ketatkan faraj, slim, buang lemak yang berlebihan dan cantikkan dan cerahkan kulit dengan selamat, jaga kesihatan diri supaya kekal sihat dan bertenaga demi kebahagiaan keluarga
sms/whatsup/line/ 018 263 7833 atau SMS 013 308 4906 PM Feredea Power

Rahsia ketatkan faraj 3 minit sebelum bersama http://bit.ly/16g0d8j
Montokkan Payudara anda dengan teknik professional paling berkesan http://bit.ly/13rpYha
Rahsia Bakar Lemak Selama 1 minggu http://bit.ly/1bFFc3Q



Thursday, June 28, 2012

Doa untuk ibubapa


Ajarkan anak baca doa ini setiap hari semoga dia akan menjadi anak yang soleh dan baik, kita juga amalkan ye...


Wednesday, June 27, 2012

Doa Menjaga Rumah dan Harta Benda

Amalkan doa ini semoga rumah kita selamat dari ancaman penyamun dan perompak yang tidak diundang. Hilang harta boleh lagi di cari, tapi kalau nyawa dan anggota badan, atau kena rogol sampai ke mati kita akan bawa siksaan jiwa dna batin. Oran yang merompak ni bukan setakat rompak dan berambus, kalau ada wanita dan kanak-kanak dia sekali dia akan rogol dan mungkin ada pembunuhan dan paling kurang pun kecederaan. Jadi ingatlah pada Allah hanya kepadaNYA tempat kita pinta pertolongan. Kalau masa dah kena baru nak ingat tak ada maknanya....Beringat sebelum kena. Di samping tu ...jagalah kawalan keselamatan di rumah kita.





Penaja Atikel

Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 
Dapatkan info yang lebih http://bit.ly/13rpYha

PM Sekarang! 
sms/whatsup/line/wechat 018 263 7833 /sms 013 308 4906
 PM Feredea Power Sekarang! klik http://www.facebook.com/feredeapower pm di atas

Sunday, June 24, 2012

Perkara Yang Haram Ketika Dalam Haid




Saya pun dapat tahu bila saya dengar ceramah ustaz ini....apa salahnya kita mendengar ceramah sekali sekala untuk meningkatkan ilmu kita. Insyallah semoga ibadah kita diterima oleh Allah dan dilimpahi dengan keberkatan.


Penaja
Persediaan Perkahwinan Kekal Abadi Selamanya
Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga?
Dapatkan payudara menawan, besarkan dan montokkan payudara, ketatkan faraj, slim, buang lemak yang berlebihan dan cantikkan dan cerahkan kulit dengan selamat, jaga kesihatan diri supaya kekal sihat dan bertenaga demi kebahagiaan keluarga
sms/whatsup/line/ 018 263 7833 atau SMS 013 308 4906 PM Feredea Power

Rahsia ketatkan faraj 3 minit sebelum bersama http://bit.ly/16g0d8j
Montokkan Payudara anda dengan teknik professional paling berkesan http://bit.ly/13rpYha
Rahsia Bakar Lemak Selama 3 hari http://bit.ly/1bFFc3Q

Tuesday, June 19, 2012

Gambar Hantu Yang Di tangkap dalam botol




Imej hantu yang ditangkap dalam botol, kalau ada sakit jantung, mengandung atau lemah semangat jangan tengok.



Monday, June 18, 2012

Doa Penerang Hati dan Petua Tumpukan Sepenuh Perhatian pada Ilmu


Petua 1
Petua yang pertama ialah ‘tumpukan sepenuh perhatian’ kepada apa yang anda mahu anda ingat. Begini, dalam kehidupan seharian kita, terlalu banyak benda dan perkara yang berlaku disekeliling kita. Jika anda berada di dalam kelas, ada bunyi kipas, bunyi kawan-kawan sedang bercakap, bau makanan yang datang dari kantin, suara cikgu sedang mengajar, bunyi tapak kaki pelajar di luar kelas, pokok-pokok yang bergoyang di luar kelas dan sebagainya.
Walaupun banyak perkara yang berlaku, minda anda hanya boleh fokuskan kepada satu perkara sahaja pada satu masa. Jika anda fokuskan kepada pokok-pokok yang sedang bergoyang, anda tidak akan sedar tentang perkara lain. Masalahnya, jika anda fokuskan kepada pokok-pokok yang bergoyang semasa guru anda mengajar, anda akan ingat tentang pokok bergoyang juga semasa peperiksaan nanti. Ini sama seperti kejadian hilang kunci di rumah. Pernahkah anda terlupa di mana anda letakkan kunci rumah hingga puas anda cari seluruh rumah?
Mengapa anda lupa di mana anda letak kunci tersebut? Menurut kajian, sebab utamanya ialah anda tidak menumpukan perhatian kepada kunci itu semasa anda meletakkannya di sesuatu tempat. Maksudnya, semasa anda tidak sengaja meletakkan kunci tersebut di dalam peti ais, fikiran anda sedang sibuk fokus kepada perkara lain seperti rancangan di televisyen atau masakan tengahari.Jadi jika anda mahu ingat apa yang guru anda ajarkan, semasa guru mengajar:
  • Abaikan perkara lain yang berlaku disekeliling anda. Beri tumpuan sepenuhnya kepada apa yang guru anda sedang katakan dan cuba fahami maksudnya. Tukarkan kata-kata guru anda kepada gambar di dalam minda anda. Katakan guru anda sedang bercerita tentang kesan asap kilang kepada pencemaran udara, bayangkan anda sedang melihat asap tersebut dan anda dapat lihat bagaimana udara menjadi kotor disebabkan asap tersebut. Kadang-kadang gangguan boleh datang daripada kawan anda sendiri. Ada pelajar yang suka bercakap dan bertanya kepada anda semasa guru sedang mengajar. Ini sangat mengganggu. Walaupun kawan anda mahu tanya tentang pelajaran, dia tidak sepatutnya tanya anda sewaktu guru sedang mengajar. Jika mereka mahu tanya, mereka patut tanya guru. Jika anda ada kawan yang selalu mengganggu konsentrasi anda, anda patut berterus terang dan bercakap kepadanya dengan baik. Jika dia tidak berubah, anda patut fikir jika anda perlu ubah tempat demi memajukan pelajaran anda.
  • Jika anda ada apa-apa yang tidak faham, tanya guru anda bukan kawan di sebelah anda. Jika anda tanya kawan disebelah, guru akan sangka anda sedang berbual dan tidak menumpukan perhatian. Tambahan lagi, kawan anda mungkin tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan anda.
Anda perlu tahu, anda tidak ingat sesuatu dengan tidak sengaja. Anda tidak boleh ingat fakta sejarah dengan tidak sengaja. Anda perlu fokuskan sepenuh tumpuan anda kepada apa yang anda pelajari. Proses mengingat akan jadi jauh lebih mudah jika anda fokus. Teknik ini boleh anda gunakan semasa belajar apa sahaja.
Selamat mencuba.-http://www.osmanaffan.com


Persediaan Perkahwinan Kekal Abadi Selamanya
Rasa nak lebih cantik dan menarik tuk keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga?
Dapatkan payudara menawan, besarkan dan montokkan payudara, ketatkan faraj, slim, buang lemak yang berlebihan dan cantikkan dan cerahkan kulit dengan selamat, jaga kesihatan diri supaya kekal sihat dan bertenaga demi kebahagiaan keluarga
sms/whatsup/line/ 018 263 7833 atau SMS 013 308 4906 PM Feredea Power

Saturday, June 9, 2012

Berjuanglah, bekerja, beramal dan berjuang untuk mendapatkan keuntungan di dunia dan di akhirat





Tujuan asas yang didapati daripada firman Allah swt ini adalah untuk memberi perangsang kepada orang yang beriman agar terus hidup dalam keadaan berjuang untuk membawa perubahan di jalan Allah swt tanpa merasa ragu atau gerun terhadap halangan-halangan daripada musuh Allah swt.

Ini adalah kerana :

Sikap penakut seseorang tidak akan menambah atau memanjangkan nyawanya. Sikap beraninya juga tidak akan memendek atau mengurangkan nyawanya. Sikap takut dan bimbang seseorang tidak akan dapat menolak qadar dan takdir Allah swt. Sudah pasti seseorang itu tidak akan mati sebelum tiba ajalnya (yang telah ditetapkan Allah).

Sesungguhnya Allah swt akan menganugerahkan setiap apa yang diminta oleh hambaNya samada sebahagian atau sepenuhnya, sesuai dengan peraturan Ilahi dan sejauh mana mereka menuruti peraturan kehidupannya. Manusia wajib tahu masa dan perkembangannya :

Masa dan kehidupan yang sementara iaitu kehidupan di dunia.

Masa dan kehidupan yang kekal abadi iaitu kehidupan di akhirat.

Bagi sesiapa di kalangan manusia mencari habuan dan balasan keuntungan di dunia, maka Allah swt akan memberikan balasan dunianya. Namun rugi yang amat sangat buatnya kerana gagal memperolehi ganjaran dan balasan yang lebih besar dan lebih hebat di akhirat kelak.

Sebaliknya, sesiapa yang bekerja, beramal dan berjuang untuk mendapatkan keuntungan di dunia dan di akhirat, maka Allah swt akan mengurniakan kepadanya di dunia dan juga habuan yang jauh lebih lumayan di akhirat kelak.

Semoga Allah memilih kita di kalangan mereka yang gigih bekerja, istiqamah dan ikhlas di atas jalan kebenaran dan kebaikan  ini sehingga ke penghujung kehidupan kita kelak.

"Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa mengkehendaki balasan dunia, nescaya kami berikan bahagian dari balasan dunia ini kepadanya. Dan barangsiapa mengkehendaki balasan akhirat, maka kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu." (Surah ali 'Imran ayat 145)
- Artikel iluvislam.com

-----------------
Penaja Atikel


Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan. 
Dapatkan info yang lebih http://bit.ly/13rpYha
PM Sekarang! 
 PM Feredea Power Sekarang! klik http://www.facebook.com/feredeapower pm di atas
atau sms 018 263 7833 (power)

Thursday, June 7, 2012

Jauhi Dari Menjadi Perampas

Isteri Curang


Salah tetap salah. Munculnya watak ‘perampas’ sememangnya paling ditakuti semua pihak baik lelaki mahupun wanita. Sama ada masih bercinta, bertunang ataupun yang sudah mendirikan rumah tangga.

Memang sesebuah perhubungan itu bagaikan satu pengembaraan penuh cabaran. Kiri kanan penuh onak ranjau yang menyakitkan. Sama ada ke hutan mahupun lautan, semuanya perlu diredah bersama.

Justeru semakin jauh berjalan atau semakin dalam kita di dasar, maka semakin banyaklah pengalaman akan ditemui. Biarpun bertemu ‘kepahitan’ di awalnya tetapi yakinlah kemanisan yang diimpikan pasti ada.

Bercinta sekadar sebulan masih mampu diterima, tapi jika sudah mempunyai tiga anak dan berkahwin lebih 10 tahun akhirnya bertemu jalan buntu, akur dengan kehendak pasangan yang pulang lewat dengan kesan ‘orang ketiga’, itu bukan sesuatu yang kelakar.


Jika dulu, curang sering dituding kepada suami, tetapi sekarang isteri pun sudah berani main kayu tiga. Baru sedikit diduga, sudah berminat mencari yang ‘baru’. Sebelum melakukannya, timbang-timbanglah dengan baik agar rumah tangga kekal bahagia selama-lamanya.


Tapi adakah kita mahu terus memegang salah pasangan kita yang dikatakan curang dengan menerima kunjungan si perampas itu? Jangan simpan dendam dan ingat akan kebajikan orang sekeliling khususnya mereka yang sudah pun dikurniakan anak.

Peringatan kepada mangsa, hentikan tangisan yang sibuk meratapi nasib diri, bangkit dan cari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

Jika dilihat, perkahwinan orang lama kebanyakannya bertahan hingga ke hujung nyawa. Pasti ramai yang tertanya bagaimana mereka dapat kekalkan keharmonian itu. Rahsianya mudah saja, gunakan ranjang sebagai penyelesaian setiap konflik yang berlaku.

Tidak dinafikan ada hati terluka sebaik mengetahui pasangan bermain kayu tiga, tetapi cuba ‘pulangkan’ kemarahan itu dengan memberi satu `pertarungan’ menarik di ranjang. Jadikan diri anda yang paling hebat dan takluk kembali hatinya daripada dimiliki orang lain.

Kepada yang belum berkahwin, cari keserasian semula dengan melakukan sesuatu yang si dia suka, ingatkan memorinya mengenai kasih sayang yang pernah kamu berdua lalui. 

Kata orang bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kerana itu apabila mengetahui pasangan berlaku curang, usah segera menyalahkan pihak ketiga. Bersabar dan jangan cepat melatah. Fikirkan jalan terbaik untuk selesaikan dan bukannya menambah masalah. 

Cari masa yang sesuai untuk berbincang dengan pasangan yang membuat ‘tahi’. Seboleh-bolehnya mulakan dengan pujian dan urutan yang melegakan. Jangan sekali-sekali paksa sekiranya dia tidak mengaku kerana itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Fitrah lelaki sentiasa ingin dibelai. Jika mereka yang menimbulkan masalah, maka gunakan senjata itu untuk memenangi hatinya semula. Biarpun ada perasaan terkilan di hati, tapi cubalah lupakan seketika demi menyelamatkan rumah tangga.

Mungkin apa yang anda berikan selama ini bukan seperti yang diinginkan. Cerminlah diri dan betulkan kesilapan. Selepas itu mulakan hari esok dengan episod kehidupan yang baru.

Fokus pada rumah tangga dan berikan perhatian sepenuhnya kepada perhubungan anda. Kehadiran orang ketiga banyak dikaitkan dengan masalah komitmen dalam perhubungan. Sama ada wanita mahupun si lelaki, kebanyakannya lebih mementingkan kerjaya dan diri sendiri.

Kekurangan komitmen membuatkan pasangan merasa diri tidak diperlukan lantas mencari ‘sumber’ untuk meluahkan perasaan. Dari situlah timbulnya bibit-bibit perkenalan yang melarat ke hubungan percintaan. Menyedari hal yang terjadi, maka fokus pada perkahwinan dan perhubungan anda. Kerja memang perlu tetapi jangan keterlaluan kerana harta dan kekayaan tidak pernah cukup apabila dicari.

Timbang dan betulkan kesilapan diri. Pasangan jarang memberitahu atau mengaku mengenai hubungan sulitnya. Jadi berkemungkinan anda mengetahuinya mengenai maklumat yang disampaikan atau melihat dengan mata kepala sendiri secara kebetulan atau intipan. 

Selepas melihat kelebihan ‘pesaing’ maka cubalah sedaya upaya untuk tandingi kemampuannya. Tidak mustahil ada yang mengambil jalan singkat dengan bertemu bomoh, tapi dalam masalah ini anda adalah penawar yang mampu memulihkan semula keadaan. 

Berhias dan layan pasangan sebaiknya. Jangan sekali-sekali bertanya apa kurangnya anda berbanding ‘teman istimewanya’ kerana itu hanya akan melukakan hati dan melunturkan semangat untuk memulihkan keadaan.

Cuba teknik ini, ia bukan jaminan menyelesaikan konflik anda kerana setiap masalah berlainan ceritanya. Tapi setidak-tidaknya, selesaikan dan selamatkan dulu perhubungan anda. 

Usah biarkan dugaan yang datang sebentar itu merosakkan seumur hidup impian anda dengan si dia.

hmetro

-------------------
Memang ada sesetengah orang yang tak boleh tengok kawan dia atau saudara dia sendiri yang kaya, berjaya dan bahagia...ada saja yang dia akan buat tuk memusnahkan rumahtangga. Ada kalanya sampai pergi jumpa bomoh sebab tak puas hati dengan kesenangan orang lain..Walhal orang tu tak ada berikan dia apa2 masalah pun. Kes ini  benar2 terjadi pada rakan saya sendiri.

Tajaan

http://bit.ly/11kPq3J
Hilangkan Lembam Hitam dan Kurangkan Kedutan dlm sminggu
Whatsup/Line/Wechat/SMS 018 263 7833 / sms 013 308 4906  





Wednesday, June 6, 2012

Tips Temuduga


Menghadiri temu duga adalah sesuatu perkara yang selalu memberi tekanan kepada anda. Betul tak? Walaupun anda telah mengadiri banyak temuduga namun perasaan tertekan itu masih ada lagi dalam diri anda. Jadi langkah yang terbaik untuk mengelakan perkara ini adalah dengan melakukan PERSEDIAAN (Preparations) contohnya mengkaji soalan-soalan yang lazim yang akan ditanya oleh penemuduga serta jawapan yang bertepatan dengan soalan yang ditanya.
Kadang-kadang penemuduga hanya ingin melihat keyakinanan diri anda apabila bercakap didepan mereka walaupun jawapan yang anda bagi tidak begitu tepat. Petua dia, jangan tak jawab soalan. Bercakap dengan jelas, yakin pada diri sendiri. Jangan hanya mendiamkan diri. Nahas ko beb hehe.
Selain itu anda juga harus menyelidik latar belakang kerja yang anda nak pilih, company yang anda nak pilih. Dengan itu anda mempunyai kelebihan dalam menjawab soalan yang ditanya nanti. Berikut adalah beberapa soalan yang famous yang selalu ditanya oleh penemuduga, yang saya pecahkan kepada beberapa bahagian:

1) SEJARAH PEKERJAAN ANDA SEBELUM INI.
Soalan:  Namakan kompeni , jawantan, tarikh masuk dan tarikh berhenti, dan berapa gaji ANDA semasa berkhidmat ditempat kerja yang sebelum ini?
Penerangan:      Anda mungkin terkejut dengan soalan sedemikian. Walaupun soalanya senang tapi boleh mendatangkan masalah juga kalau anda tak boleh jawap dengan betul. Jadi ingat balik semua perkara tersebut dan terangkan secara terperinci seperti yang terdapat pada resume yang anda hantar kepada mereka. Salah Satu cara yang paling mudah adalah sediakan satu nota tetang perkara diatas kemudian kalau boleh hafal dan bawa semasa hari temuduga.

Soalan: Apakah tanggungjawab anda ditempat kerja sebelum ini?
Penerangan:Dalam menjawab soalan ini, anda hendaklah menerangkanya secara khusus tentang apa yang telah anda lakukan sebelum ini dan kaitkan dengan pekerjaan yang anda inginkan sekarang. Apa yang penting disini adalah anda perlu menerangkanya dengan jujur. Jangan menipu. Jangan memandai nak menceritakan tanggungjawab yang padahal anda tak buat.Penemuduga pun tahu raiak muka kita kalau kita tipu. Lagi nahas kalau pihak pengurusan menyelidik latar belakang anda di tempat kerja anda sebelum ini.

Soalan: Apakah cabaran utama yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda mengendalikan masalah tersebut?
Penerangan:Apabila anda ditanya soalan temuduga kerja seperti ini "Bagaimana anda menangani cabaran?" pastikan menyertakan contoh-contoh khusus tentang bagaimana anda mengendalikan situasi yang sukar yang pernah anda alami. Bincangkan bagaimana anda membuat penyelidikan tentang masalah tersebut dan cadangan anda untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Soalan: Apakah yang telah anda pelajari daripada kesilapan anda telah lakukan sebelum ini?
Penerangan: Apabila anda menjawab soalan ini, pastikan anda menukarkan perkara yang negatif kepada perkara yang positif. Contohnya seperti berikut:
#Salah satu perkara penting yang menjadi pengajaran kepada kerjaya dan diri saya ialah Kegigihan. Tidak mudah berputus asa kerana mungkin ada jalan penyelesaian yang mudah yang kita tidak sedar perkara tersebut boleh menyelesaikan masalah kita.
#Saya telah belajar untuk memberikan peluang yang kedua kepada setiap orang, kerana tanggapan pertama kita sering menyebabkan kekeliruan dan tidak tahu perkara yang sebenar yang terjadi.
#saya selalu membuat kerja last minute. Ianya amat menyusahkan daripada membuat kerja dan siap lebih awal daripada dew date.

Soalan   :Apakah yang anda suka dan tidak suka berkerja ditempat lama anda terdahulu?
Penerangan: Apabila anda ditanya dengan soalan “apa yang tidak suka tentang pekerjaan anda sebelum ini, anda jangan terlalu memberi tanggapan yang negatif terhadap perkerjaan anda sebelum ini. Sebabnya ialah mungkin penemuduga beranggapan bahawa anda akan bercakap negatif tentang pekerjaan baru atau syarikat apabila anda sudah bersedia untuk berkerja atau dipilih nanti(jika anda mendapat mendapat pekerjaan yang ditemuduga). Sebaliknya anda perlu bercakap tentang diri sendiri dan memberitahu tentang apa yang anda ingin sumbangkan kepada pekerjaan yang baru. Contoh jawapan dia seperti berikut:
#Saya seronok bekerja ditempat lama bersama-sama dengan rakan-rakan setugas yang saya yang lain. Suasana kerja yang tidak tegang memnyebabkan saya seronok untuk pergi kerja setiap hari. Saya mendapat kepuasan bekerja di tempat kerja lama saya.
#Salah satu sebab saya meninggalkan tempat kerja lama saya ialah kerana ianaya tidak mempunyai banyak cabaran serta mudah untuk saya selesaikan. Saya inginkan cabaran yang lebih daripada itu.
#Saya rasa saya sudah memberi komitmen yang lebih ditempat kerja lama saya, malangnya sejak beberapa tahun saya bekerja disana, masih lagi memegang jawatan yang sama dalam erti kata lain tak naik pangkat.
#Saya rasa kepakaran saya tidak sesuai ditempat kerja lama saya, akan tetapi saya menghargai jasa yang telah saya sumbangkan kepada tempat kerja lama saya.

Soalan   :Pernakah anda bekerja dengan rakan setugas yang anda benci? Jika pernah, bagaimana mana anda uruskan perkara tersebut.
Penerangan :Ya saya pernah bekerja dengan orang sedemikian. Walaubagaimanapun apabila saya melihat dia fokus terhadap kerja dan tahu mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah, saya menghargai apa yang telah dia buat. Kemudian perlahan-lahan perasaan benci saya bertukar menjadi suka walaupun kami tidak berkawan.

Soalan   :Kenapa anda berhenti bekerja ditempat kerja lama anda?
Penerangan:Soalan ini melibatkan dua perkara utama. Pertama jika anda berhenti kerja kerana kerelaan anda sendiri dan yang kedua ialah kerana anda dipecat.
Jika anda berhenti secara suka rela. Jawapan dia seperti berikut:
#Saya berasa bosan bekerja di tempat lama saya kerana kurang cabaran dan tidak bersesuaian dengan bakat yang saya miliki. Saya ingin merasakan kenikmatan berkerja dan saya tidak mahu berkerja secara tidak ikhlas disebabkan faktor saya tidak mempunyai bakat dalam bidang pekerjaan yang saya ceburi. Jadi ianya perkara yang sia-sia sahaja dan berkemungkinan besar mengambil masa yang lama untuk mengecapi kejayaan serta naik pangkat.

SOALAN TEMUDUGA MENGENAI DIRI ANDA

Selain daripada soalan tentang pekerjaan lama anda juga akan ditemuduga berkenaan dengan personaliti anda sendiri. Bagaimana tingkahlaku anda bekerja selama ini. Berikut ada beberapa soalan yang agak famous yang ditanya oleh penemuduga.

Soalan:Apakah kelemahan yang ketara dalam diri kamu?
Penerangan:Apabila anda ditanya dengan soalan sebegini, anda jangan terlalu mendedahkan kelemahan anda yang ketara. Seperti yang saya bagi tahu sebelum ini iaitu cuba tukarkan perkara yang negative kepada positif.Contohnya seperti berikut:
Apabila saya diberi satu tugas, saya akan siapkannya lebih awal daripada jadual yang sepatutnya kerana saya banyak mengambil ikhtibar daripada buat kerja last minute yang sangat menyakitkan.
#Saya sangat mementingkan kersempurnaan dalam kerja yang saya lakukan. Oleh yang demikian saya akan menyemak kerja saya berkali-kali sehingga saya betul-betul puas hati dengan apa yang saya lakukan.

Soalan   :Apakah kekuatan yang ketara dalam diri kamu?
Penerangan :Mungkin soalan ini sangat mudah untuk anda jawab. Cara yang terbaik untuk menjawab soalan ini ialah dengan menerangkan kemahiran dan pengalaman kamu yang berkerja ditempat lain sebelum ini dan kaitkan dengan kerja yang anda pohon sekarang.Contohnya adalah seperti berikut:
#Saya telah mencapai matlamat jualan syarikat setiap tahun dan saya telah diberi bonus diatas pencapaian saya tersebut.
#Saya mahir mengurus masa saya dengan baik, cekap dan teratur sekaligus memudahkan saya untuk memberi tumpuan kepada tugasan yang seterusnya.
#Saya mampu mencari jalan penyelesaian kepada setiap masalah yang sukar kerana saya tahu setiap masalah itu ada cara penyelesaianya yang tersendiri.

Soalan   :Bagaimana kekuatan yang ada pada diri anda boleh membantu anda dalam pekerjaan yang anda ceburi?
Penerangan :Soalan ini adalah soalan susulan daripada asas kekuatan anda tadi. Anda perlu huraikan bagaimana keupayaan tersebut membantu anda dalam berkerja. Jawapan ringkas yang saya syorkan adalah seperti berikut.
#Keupayaan saya yang paling ketara adalah boleh bekerja dengan pelbagai individu yang berbeza agama, bangsa dan budaya. Saya seronok bekerja dengan semua orang yang saya jumpa dan dalam masa yang sama saya akan merapatkan hubungan dengan mereka sekaligus memudahkan saya untuk menguruskan kerja secara berpasukan.
#Saya sentiasa fokus terhadap kerja yang saya lakukan. Saya tidak mencampuradukan kerja dengan masalah personal saya ketika ditempat kerja. Oleh hal yang demikian saya mampu memberi komitmen yang tinggi terhadap kerja saya walaupun sibuk.
#Walaupun saya sibuk dengan pelbagai tugas akan tetapi saya akan sentiasa memastikan kerja yang saya lakukan mengikut dew date yang telah ditetapkan atau sebelum tarikh akhir tugasan diserahkan.

Soalan :Ceritakan seba sedikit tentang latar belakang anda?
Penerangan:Dalam menjawab soalan ini anda harus member jawapan berkenaan dengan jawatan, suasana kerja dan budaya kerja anda sebelum ini. Contohnya seperti berikut:
#Saya enjoy bekerja dan bermesyuarat dengan semua orang dan sentiasa fokus terhadap kerja saya.
#Saya seorang yang berfikiran kreatif. Saya sentiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk setiap masalah yang saya hadapi terutamanya dalam tugasan yang amanahkan kepada saya.
#Saya cekap dalam melakukan tugasan dan membuatkan saya lebih proaktif dalam semua melaksanakan tugasan.

Soalan: :Cuba ceritakan cara kerja anda?
Anda perlu member jawapan yang berpadanan dengan kerja yang anda temuduga sekarang.Berikut adalah cadangan jawapanya:
#Saya sangat fokus, konsisten dan berkemampuan untuk berkerja dengan lebih cepat dan efisen.
#Saya sentiasa menyemak kerja saya supaya kerja saya lakukan itu betul-betul berkualiti untuk kebaikan kepada syarikat saya.
#Saya membuat kerja dengan terancang supaya saya boleh member tumpuan kepada kerja yang seterusnya.
#Saya sentiasa berbincang dengan rakan sekerja yang lain dalam melaksanakan tugasan yang diberi supaya lebih cekap dan efisen.

Soalan:Bagaimana cara anda menangani tekanan kerja?
Penerangan:Dalam soalan ini anda perlu menceritakan pengalaman anda apabila mengalami tekanan. Contoh jawapan mudah adalah seperti berikut:
#Tekanan adalah penting kepada saya kerana dengan adanya tekanan saya boleh melakukan tugasan dengan lebih baik. Cara yang sesuai untuk saya mengimbangi tekanan adalah dengan cara mengasingkan tekanan yang baik dan tekanan yang buruk. Saya perlukan tekanan yang baik untuk kekal bermotivasi dan produktif.
#Saya bertindak berdasarkan Situasi dan bukanya tekanan kerana saya tidak mahu memikirkan tekanan yang menyebabkan prestasi kerja saya menurun.
#Saya bukanlah seorang yang sukar berkerja apabila dalam tekanan. Saya sentiasa fokus dan berusaha untuk menyiapkan kerja saya.

Soalan:Apakah perkara yang dapat memberikan anda motivasi dalam bekerja?
Penerangan:Contoh jawapan adalah seperti berikut:
#Saya adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap kerja dan saya akan memastikan kualiti kerja saya sentiasa terbaik bersama-sama rakan sekerja yang lain. Saya melatih diri saya sendiri untuk bekerja dan siap tepat pada masanya untuk mendapatkan prestasi kerja yang terbaik.
#Saya sentiasa ingin melakukan kerja dengan baik walau apa jua jawatan yang saya sandang. Saya sentiasa ingin cemerlang dalam kerja yang saya buat supaya ianya member kepuasan peribadi saya dan juga majikan saya khususnya.

Tajaan








Info herba - Pueraria Mirifica adalah merupakan sejenis tumbuhan yang banyak tumbuh di kawasan tanah tinggi di Utara Thailand. Dalam bahasa Thai, ia dipanggil White Kwao Krua. Herba ini adalah kemestian bagi mak nyah yang nak jadi perempuan di Thailand kerana Peraria Mirifica mempunyai kesan seperti estrogen yang sangathebat. Ia telah digunakan berabad lamanya sebagai herba anti-penuaan. Pueraria Mirifica juga terkenal sebagai herba semulajadi untuk pembesaran serta penganjalan payudara dan punggung.

Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica memberikan kesan positif dalam merawat masalah osteoporosis, merawat simptom-simptom menopause dan mengelakkan pembentukan kanser yang disebabkan ketidakseimbangan hormon. Pueraria Mirifica

Phytoestrogens bukanlah hormon, tetapi ia memberikan manfaat yang sama seperti hormon estrogen, iaitu sumber utama yang menyumbang ke arah pembesaran payudara. Phytoestrogens memaksimumkan pengaliran darah dan peredaran estrogen sekitar tisu-tisu payudara.

Hasilnya, payudara anda menjadi bertambah besar dan bertambah anjal dan mantap. Pueraria Mirifica menambah tisu-tisu lemak di sekitar kawasan payudara. Ia juga membantu dalam menyokong kolagen yang memberikan bentuk yang cantik dan anjal secara semulajadi.

Pueraria Mirifica juga mengandungi ekstrak miroestrol dan deoxymiroestrol yang boleh memberi kesan pembentukan semula pada bentuk payudara yang semakin kendur hasil daripada perubahan hormon dan faktor dimamah usia. Malahan ia juga menjanjikan kecantikan payudara agar semakin montok dan menggiurkan seperti yang diidamkan setiap wanita.

Keistimewaan Pueraria Mirifica juga dapat memberi bentuk badan yang sempurna terutama pada bahagian payudara dan pinggul. Hasil penggunaan yang kerap pasti memberi impak kepada saiz payudara yang asal kepada saiz idaman. Ia juga mengandungi agen anti-kanser yang dapat membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara. Ini membantu kaum wanita bebas daripada kanser payudara yang merupakan penyakit pembunuh utama wanita iaitu dengan mencegah pertumbuhan sel tersebut.

Anda Memang Perlukan Tumbuhan Herba Ini Kerana:
Tumbuhan Herba ini sangat berkesan 99% bagi menambah saiz payudara
Digunakan oleh orang dahulukala
Menambah saiz payudara dengan sangat berkesan
Menegangkan punggung dan kulit payudara
Mencerahkan kulit termasuklah kulit pada bahagian puting payudara dan seluruh badan
Mengetatkan cengkaman Vagina
Menghalang jangkitan kuman pada vagina


Kelebihan Ginseng

Antioksidan yang mujarab di gunakan sebagai penawar anti-penuaan untuk membantu mengekalkan kecantikan dan melanjutkan usia 
Melancarkan peredaran pembuluh darah dan meransang pembesaran sel payudara, rambut dll
Menguatkan daya ketahanan badan dan mempercepatkan penyembuhan daripada penyakit
Terkenal sebagai harba ajaib yang dapat meningkatkan  tenaga batin, prestasi dan daya ketahanan untuk lelaki
Menyalaskan tahap kolesterol dan kandungan gula dalam darah 
Mempertingkatkan kebolehan anda untuk menangani dan menghadapi tekanan disebabkan oleh kesannya yang amat menenangkan dan mengimbangkan minda
Meningkatkan daya ketahanan dan stamina anda dengan memberi sokongan kepada metabolisman badan
Membaiki keupayaan mental, kecekapan dan daya tumpuan anda dengan melancarkan peredaran  darah dan menyalurkan tenaga kepada otak 
Membolehkan badan anda berehat dan pulih daripada keletihan yang cepat 



Kigelia adalah genus tumbuhan berbunga dalam keluarga Bignoniaceae. Genus ini terdiri hanya atas satu spesies, yaitu Kigelia Africana, yang tumbuh di seluruh area tropis Afrika dari Eritrea dan Chad selatan ke utara Afrika Selatan, dan barat dari Senegal dan Namibia. Nama genus ini berasal dari nama Mozambik 'Bantu', kigelia keia, sedangkan nama umumnya Sausage Tree (Pohon Sosis) yang mengacu pada buahnya yang panjang dan sepintas mirip dengan sosis. Sedangkan nama dalam bahasa Afrikanya adalah Worsboom, yang juga berarti Pohon Sosis.

Buah ini telah dikenal ratusan tahun silam sebagai bahan aktif yang akan memontokkan dan menanjalkan payudara di Africa. Ramai wanita di Afrika mempunyau payudara yang indah montok hasil dari pengambilan herba ini dalam pemakanan mereka. Selain itu herba ini boleh digunakan menghaluskan kulit, anti kanser dan peransang nafsu suami isteri jika di makan( afrodisiak).



-------------------------


Gel mirifica puteri ayuni tuk payudara dari pueraria mirifica, ginseng, kigelia Africana extract boleh membantu mempercepatkan memontokkan, menganjalkan payudara. Anda hanya perlu sapukan dan urut payudara dengan breast pump 10-15m atau dengan tangan 1jam sehari dan kesannya akan dapat dilihat dalam masa 1 minggu penggunaan. 
Gel ini banyak digunakan dalam salon-salon taraf 5 bintang. Gel ini punyai kepekatan yang tinggi, jadi hanya perlukan sedikit tekanan pada botol dan boleh disapukan pada seluluruh breast. Satu botol boleh digunakan dalam 3-4 minggu. Kesanya secepat satu hari penggunaan selepas urutan selama sejam mengguna tangan atau breast pump selama 15 min sehari.

sms/Whatsup/line/wechat 018 263 7833/ sms 013  3084906 PM http://www.facebook.com/feredeapower

Monday, June 4, 2012

7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI

7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI


①. Memperbanyak Membaca "Lahawla Wala Quwwata Illa billah" Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapka...n "La hawla Wala Quwwata Illa Billah."
(HR. At-Tabrani)

②. Membaca "La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin" Barang siapa setiap hari membaca 'La ilaha illallahul malikul haqqul mubin' maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.
(HR. Abu Nu’aim dan Ad-Dailami)

③. Melazimkan Beristighfar "Barang siapa melazimkan beristighfar nescaya ALLAH SWT akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga²." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

④. Membaca Surat Al-Ikhlas "Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. At-Tabrani)

⑤. Membaca Surat Al-Waqiah "Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup."
(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al Iman)

⑥. Memperbanyak Selawat Atas Nabi "Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan, bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam berdiri seraya bersabda: "Wahai Manusia Berzikirlah Mengingat ALLAH, berzikirlah mengingat ALLAH. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan di dalamnya."

⑦. "Membaca Subhanallah wa Bihamdihi Subhanallahil Adziim. Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu."
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

Sumber: FP Azwa Al Hafiy

Tajaan
Order Kek dari rumah, made to order, tampa pengawet, alcohol dan bahan merbahya, buatan muslim di mulai dengan bismillah dan mengamalkan kebersihan mengikut syarak
Whatsup/Line/Wechat/SMS 018 263 7833 / sms 013 308 4906  (Cake) 
http://caveidea.blogspot.com

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas