Jubah Raya Popular dan Makan Eidul Fitri


1 Syawal (Eidul Fitri) datang lagi selepas 1 bulan umat Islam seluruh dunia menunaikan kewajipan berpuasa dalam bulan Ramadan. Hari raya eidul fitri merupakan rahmat dari Allah SWT yang diberikan kepada umat Muhammad SAW yang berpuasa. Ia disebut “eid” kerana pada hari itu Allah memberikan berbagai macam kebaikan kepada kita sebagai hambaNya. Diantara kebaikan itu adalah berbuka setelah adanya larangan makan dan minum selama sebulan berpuasa dan menunaikan zakat fitrah. Perkataan “fitri” pula bermaksud fitrah. Pada umumnya fitrah  membawa maksud kejayaan manusia  kembali kepada fitrah yang asal kejadiannya. Fitrah itu merupakan suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih dan suci daripada dosa. Ini bererti  janganlah sesekali kita mencampur adukkan perkara yang hak dengan yang batil. Kita menyambut hari raya sebagai suatu perayaan agama dan bukannya sebagai satu budaya atau tradisi. Oleh yang demikian cara menyambutnya mestilah mengikut adab dan peraturan sepertimana yang ditetapkan oleh Islam.  Elakkanlah dari  mencontohi perayaan yang disambut dan diraikan oleh orang bukan Islam.   Ibnu Umar RA berkata, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “ Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka dia dianggap salah seorang dari kalangan mereka." ( Hadis Riwayat  Abu Daud).

Rasullulah suka pada sesuatu yang simple dan sederhana. Jadi rayalah dengan kadar yang sederhana. Jangan berlebihan dan keterlaluan. 

Admin nak share beberapa koleksi jubah loose yang boleh digayakan semperna eidul firtri dan boleh juga digayakan secara santai untuk aktiviti harian. Jadi ianya praktikal dan tidak membazir di pakai hanya pada hari tertentu saja. 


Warna hitam dan gelab sesuai pada wanita muslimah kerana ia tidak jarang dan nampak formal dan sederhana. Gayakan dengan beberapa corak simple. boleh dibawa pergi ke pejabat, masjid. 

Corak lace di bahagian sisi kanan boleh menampakkan feminin dan keanggunan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...