Akibat Suka Menunjuk-Nunjuk di Laman Media Sosial, Ramai Yang Muflis Muda

Kajian dari golongan muda di Korea Selatan ini lebih kurang sama dengan Malaysia. Akibat suka menunjuk-nunjuk apa yang ada di media sosial. Kasut baru, beg baru, percutian, kereta mewah, makanan mewah, ramai yang muflis akibat berhutang. 

Allah SWT menyuruh kita berhati-hati dalam segenap perkara dan meninggalkan keinginan yang terlampau. Yang paling utama adalah bersederhana dalam berbelanja iaitu tidak boros dan tidak pula kedekut sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Furqan, ayat 67 yang bermaksud: "Dan orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak (pula) kikir dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian." Yang perlu diingat ialah, kalau kita diberikan rezeki melebihi keperluan kita dan tanggungan, sedangkan pada masa sama, ada orang lain yang terlalu berhajat dengan keperluan hidup yang tidak mampu mereka peroleh, jangan pula kita menyorok tangan dengan tidak mengambil endah terhadap tanggungjawab sesama manusia.



 Kadangkala kita hanyalah perantara yang dilantik oleh Allah SWT untuk membantu sesama makhluk. Tetapi tentunya kita berasa terkilan untuk membantu orang yang tidak tahu berjimat cermat dalam urusan hidupnya. Tiada wang simpanan untuk pendidikan anak, kehidupan pada usia tua, ketika kecemasan, ihsan kepada orang lain sebagai sedekah, untuk mengembangkan syiar agama dan sebagainya kerana terlalu bermewah dengan apa yang ada dan wang habis sekelip mata, sebaliknya tidak malu meminta wang dengan orang lain atas nama hutang untuk menanggung kehidupan. Nabi 

Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Maka bergembiralah dan berharaplah terhadap apa yang mudah bagimu. Demi Allah, bukanlah kefakiran yang aku khuatirkan atas kamu, tapi aku mengkhuatirkan atas kamu kalau dibentangkan dunia untuk kamu sebagaimana yang pernah dibentangkan bagi orang sebelum kamu, lantas kamu berlumba-lumba merebutnya, lalu membinasakan kamu sebagaimana dulu membinasakan mereka." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

 Rasulullah sendiri tidak terlalu khuatir kalau-kalau umat Baginda akan menjadi fakir, tetapi Baginda takut kalau kita tertipu dengan dunia yang dihiasi dengan isinya yang sementara, yang semuanya hanyalah penyebab untuk kita ke neraka, dan itulah juga penyebab kita ke syurga, jika kita bijak membuat pilihan. Cermat dalam membelanjakan wang dan masa adalah keutamaan umat Islam untuk dijadikan contoh kepada bukan Muslim, supaya mereka dapat menyedari bahawa moral yang sekecil itu boleh memberi untung yang besar kepada agama. Tentulah umat Islam tidak rela terpedaya, kerana mereka diberikan petunjuk oleh Allah SWT agar menjauhi kesesatan. Orang yang terpedaya ialah orang yang tidak cermat dalam urusan dunia.

 Mereka tidak berjimat jika punya wang, mereka tidak rasa beruntung jika mempunyai masa, tidak berhati-hati apabila berbicara ketika orang ingin mendengar kata-katanya, tidak menghargai suami, isteri atau anak yang dianugerahkan Allah sehingga mempersiakan mereka, malah membazirkan semuanya tanpa rasa bersalah, akhirnya mereka tidak punya segala yang ada pada orang lain sama ada di dunia mahupun di akhirat. Salman Al-Farisi pernah datang kepada Abu Bakar As Siddiq r.a. ketika beliau sakit dan menghadapi kematiannya. Lalu Salman berkata, "Berpesanlah kepadaku, wahai khalifah Rasulullah". Abu Bakar menjawab: "Sesungguhnya Allah membukakan dunia untukmu kerana itu janganlah sekali-kali salah seorang dari antara kamu mengambilnya kecuali sekadar bekal keperluannya saja." Rasulullah dan sahabat menunjukkan contoh dan mengajarkan kepada umat Islam mengenai amalan berjimat cermat agar menjadi ikutan umat Islam seluruhnya sehingga ke akhir zaman demi kebajikan bersama. Sifat boros berbelanja wang atau masa sememangnya patut dijauhi kerana ia adalah amalan syaitan. Allah berfirman dalam Surah Al-Israa' ayat 27 yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan syaitan itu sangat kufur kepada Rabb-Nya." Penulis, Nik Salida Suhaila Nik Salih Mine 

---------------------------------
Anda mengalami Masalah Pengurusan Keewangan? Dapatkan khidmat konsultasi takaful, wasiat dan perancangan persaraan secara percuma sebelum anda buat keputusan. 
Hubungi Siti Rahmah (Financial Service Consultant) 014 6377649 atau tekan link bawah

Arwah Mati Dalam Keadaan Murtad

 





Apa yang terjadi di dalam kubur itu adalah tempat tinggal kita yang abadi selamanya. Di dunia ini adalah tempat persinggahan, tempat kita mencari bekal untuk tempat tinggal kita yang abadi. 
Sia-sia jika kita sudah beriman, beramal, sudah mengucap shahadah, sudah mendapat kenikmatan ketenangan dalam ibadah, tapi akhirnya bila Allah menguji kita dengan kehilangan, kesempitan hidup, kekurangan makanan dan rezeki. Kita mudah putus asa dan minta pertolongan pada syaitan iblis yang menjanjikan harta dan kesenangan duniawi yang palsu. 


Dalam video ini, Gus Idrus menarik jin qorin seorang lelaki yang dahulunya muslim, berkeluarga, hidup dengan aman dan bahagia, namun, tatkala Allah menguji dia dengan kehilangan anak-anak, bisnesnya bankrup dan isterinya ditinggalkan. Dia menjadi buntu, hilang arah dan terus putus asa dengan rahmat Allah. Lastas terus meminta pertolongan pada syaitan dengan persugihan iaitu, permujaan jin. Akhirnya dia kehilangan dan tertipu dengan syaitan dan tibanya Allah menarik roh dia dalam keadaan istijraj. Derhaka pada Allah dan murtad kerana memuja dan menyembah syaitan. 

Dia merasakan tidak tenteram dan siksaan yang sangat dahsyat. Semoga Allah tidak memesongkan hati kita dari Islam hingga akhir hayat. Aamiin. 


---------------------------------
Anda mengalami Masalah Pengurusan Keewangan? Dapatkan khidmat konsultasi takaful, wasiat dan perancangan persaraan secara percuma sebelum anda buat keputusan. 
Hubungi Siti Rahmah (Financial Service Consultant) 014 6377649 atau tekan link bawah

Kelebihan Ayatul Kursi


 

SATU amalan yang tidak boleh sesekali ditinggalkan setiap kali selepas solat fardu adalah membaca ayat al-Kursi. Ada antara kita selepas sahaja memberi salam, terus ‘lompat’ membaca surah al-Fatihah dan seterusnya membaca doa.

Sehubungan itu, selepas ini pastikan walau sibuk macam mana sekalipun, kita tetap perlu membaca ayat al-Kursi kerana itu adalah amalan yang disarankan Nabi SAW.

Sebaiknya selepas memberi salam, kita perlu membaca istighfar sekurang-kurangnya tiga kali, kemudian membaca ayat al-Kursi serta zikir lain.

Mudir Maahad Tahfiz Al-Istiqamah Temerloh, Ustaz Mohd Zarimi Abu Zih berkata, ayat 255 daripada Surah al-Baqarah itu juga digelar ‘penghulu’ segala ayat al-Quran.

Menurutnya, ayat berkenaan diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW dengan diiringi ribuan malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya.

“Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi halangan dalam perjuangan mereka.

“Maka, Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit iaitu penulis al-Quran supaya menulis serta menyebarkannya.

“Ayat ini disebut Ayat Kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan Kursi, bermaksud tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat’.

“Ia syiar kebesaran Allah SWT yang menguasai meliputi tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi,” katanya.

Ustaz Mohd Zarimi berkata, membaca ayat al-Kursi mempunyai kelebihan tersendiri sebagaimana disebut dalam hadis daripada Abi Umamah RA.

“Hadis itu menyatakan, kita disunatkan membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas menunaikan solat fardu,” katanya.

Abi Umamah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati.” (Riwayat al-Thabarani dan al-Nasa’ie - dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban)

“Selain itu, ada satu kisah dalam satu hadis panjang mengenai kelebihan ayat al-Kursi yang disebut oleh syaitan serta dibenarkan oleh Nabi SAW iaitu akan sentiasa dalam pemeliharaan Allah selain syaitan tidak akan mendekati sehingga waktu pagi,” katanya.

Beliau berkata, Imam al-San’ani juga pernah berkata mengenai kelebihan ayat al-Kursi.

“Menurut kitab Subul al-Salam, kelebihan ayat Kursi adalah disebabkan padanya terhimpun segala nama dan sifat Allah seperti Wahdaniyyah (Maha Esa), al-Hayah (Maha Hidup), al-Qayyumiyyah (Maha Kekal), al-‘Ilm (Maha Mengetahui), al-Mulk (Maha Menguasai), al-Qudrah (Maha Berkuasa) dan juga al-Iradah (Maha Berkehendak).

“Ia adalah sebahagian ayat al-Quran. Jika membacanya dengan niat membaca al-Quran, maka sudah pasti terkumpul pada bacaan itu kelebihan membaca al-Quran yang sangat banyak,” katanya.

Sehubungan itu, kita perlu mengambil peluang beramal membaca ayat Kursi berkenaan terutamanya selepas melaksanakan solat fardu.

Tersangat mudah untuk dilakukan kerana kita semua sebenarnya sudah menghafaznya sejak kecil lagi.

Melihat kepada ganjaran serta kelebihan yang ditawarkan hasil melazimi bacaan ayat Kursi, ternyata kita manusia yang sangat rugi jika masih mengambil mudah serta tidak serius mengamalkannya. 


Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.

Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.

Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.

Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.

Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.

Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.

Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.

“Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

11.   Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:

Di tengah malam atau  dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.

Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.

Terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.

---------------------------------
Anda mengalami Masalah Pengurusan Keewangan? Dapatkan khidmat konsultasi takaful, wasiat dan perancangan persaraan secara percuma sebelum anda buat keputusan. 
Hubungi Siti Rahmah (Financial Service Consultant) 014 6377649 atau tekan link bawah

6 Teknik Mengatasi Bena Putih, Serangga Perosak Daun Tanaman

Berikut merupakan kaedah menghapuskan bena / kutu daun berdasarkan carian di internet:  





1) Teknik kerengga dan Hampas kelapa

Dari pengalaman saya masa kat kampung dulu, emak saya selalu meletakkan kerengga untuk menghilangkan bena putih yang menyerang tanaman kacang panjang atau timun, manakala untuk tanaman cili atau terung dia tabur hampas kelapa dipangkal pokok tersebut. Selamat mencuba dan elatkan penggunaan bahan kimia.


2) Racun Serangga Malathion, Endosulfan atau Diazinon

Kutu daun adalah serangga berbadan lembut berwarna hijau kekuningan dan bersaiz kecil.  Ada yang bersayap dan ada yang tidak.  Serangga ini mempunyai mulut yang dikhaskan untuk menghisap cairan dari daun kobis.  Biasanya kutu berkumpul di bahagian bawah daun.  Kutu membiak dengan kadar yang cepat.  Kutu menghisap cairan dari sel-sel daun.  Akibatnya daun menjadi kuning dan kerekot, pokok menjadi terbantut dan mati.  Anak-anak benih biasanya diserang teruk dan terus mati.  Sembur dengan teliti racun serangga seperti Malathion, Endosulfan atau Diazinon pada kadar 0.1% bahan aktif.


3) Racun Serangga Pegasus

Bena putih atau dikenali juga sebagai kutu daun(aphid) adalah musuh utama tumbuhan berbatang lembut seperti pokok cili. Serangga ini membiak dengan begitu cepat sekali kerana pembiakannya menggunakan kaedah parthenogenesis , iaitu dengan penklonan bena betina. Setiap bena betina boleh menghasilkan 5-100 anak bena. Anak-anak bena ini akan matang dam boleh membiak dalam masa 7-10 hari. Ia hidup dengan menghisap cairan dari batang tumbuhan dan daun. Biasanya kutu daun ini akan berada dalam koloni dan berkumpul ditempat yang selalunya terlepas dari pandangan kita seperti belakang daun dan dicelah-celah ranting.Bena putih ini boleh dihapuskan dengan menggunakan racun serangga seperti PEGASUS.


4) Pencuci Pinggan, Minyak Masak

Kaedah yang boleh digunakan ialah dengan menggunakan campuran pencuci pakaian atau pencuci pinggan dan minyak masak. Air cucian pakaian dari mesin basuh boleh digunakan untuk tujuan ini. Masukkan air ini ke dalam botol penyembur dan titiskan beberapa titis minyak. Semburkan air ini pada tumbuhan yang dijangkiti dengan memastikan bahagian yang tersembunyi seperti di belakang daun dan celah ranting juga terkena semburan. Anda akan dapati bena akan berkuranga dan terhapus sama sekali setelah diulang beberapa kali.


5) Bawang Putih, Bawang Merah, Minyak Canola

Satu cara lagi ialah dengan menggunakan bawang putih dan bawang merah. Beberapa ulas bawang putih dan bawang merah dikisar hingga lumat dan dicampur air. Air ini ditapis dan dimasukkan ke dalam botol penyembur dan disembur dengan kaedah yang sama seperti di atas. Beberapa jenis minyak seperti minyak neeem, minyak bawang putih, minyak canola, minyak bijan dan minyak soya juga boleh digunakan untuk tujuan ini 


6) Letakkan mentadak / ladybird

Kaedah kawalan biologi juga boleh digunakan untuk menghapuskan serangga ini. Jika terdapat mentadak dalam taman anda biarkan ia di situ kerana bena putih ini boleh menjadi santapan yang lazat bagi mentadak. Ladybird (Hippodamia convergens), sejenis kumbang berwarna merah dengan bintik-bintik hitam merupakan serangga yang paling berkesan digunakan sebagai kawalan biologi terhadap bena. Selain dari menjadi aksesori penghias taman anda kumbang ini juga akan menolong anda menghapuskan si bena putih. 

---------------------------------
Anda mengalami Masalah Pengurusan Keewangan? Dapatkan khidmat konsultasi takaful, wasiat dan perancangan persaraan secara percuma sebelum anda buat keputusan. 
Hubungi Siti Rahmah (Financial Service Consultant) 014 6377649 atau tekan link bawah

Kerja Dakwah Jalanan





Ada ramai yang datang untuk berdakwah jalanan dan juga dakwah pelancong masjid tapi tak ramai yg kekal. Mungkin salah satu sebabnya adalah kos perjalanan😊 selama terlibat dalam dakwah jalanan ni, agak2 muka2 yg sama saja dtg. ðŸ˜Œada adik yg datang dari jauh tapi sangat komited hari2 datang volunteer jaga aurat pelancong😊 dan mereka yg datang jauh semata-mata utk dakwah kepada bukan islam hingga kita semua dapat nikmat keamanan dan rahmat Allah asbab keikhlasan dakwah mereka secara volunteer. ðŸ˜Š  Pendakwah jalanan biasanya tidak ramai yang akan istiqomah dalam berdakwah di jalanan. Perjuagan dalam street dawah ini amat mencabar dan menuntut ilmu, masa, tenaga dan juga wang. Mereka mungkin boleh keluar untuk bekerja atau berniaga, tapi mereka luangkan utk keluar berdakwah. 

Kerja-kerja amal maaruf nahi mungkar inilah adalah jihad yang dituntut oleh Allah pada setiap hambaNya yang beriman. Ini kerana kerja dakwah adalah mengajak pada kebaikan yang tertinggi iaitu tawheed, mempercayai kewujudan Tuhan Pencipta sekalian alam dan menghalang (nahi mungkar) syirik iaitu dosa yang paling besar dan tidak akan sesekali diampunkan oleh Allah. 

Kami faham, bukannya semua orang yang dapat buat kerja amal maaruf nahi mungkar terutama ketika berada di jalanan dan menyapa orang yang tidak dikenali. Pecayalah ianya adalah sunnah para nabi dan Nabi Muhamad s.a.w itu sendiri pergi ke tempat tumpuan orang untuk menyebarkan ajaran Islam. Nabi Muhamad s.a.w pernah melaksanakan street dawah dan di pasar dan di kawasan awam. Berdakwah itu juga perlukan teknik dan perancangan. Adakalanya kami menggunakan audio, quranic visualisation, pamplets, ada juga kami menarik orang bukan islam dengan pemberian air mineral, air buahan, ais krim. Turut serta pamplet berbagai topik yang menarik perhatian. Begitu juga untuk menarik orang Islam untuk turut serta dalam kerja dawah kami perlu juga diperjuangkan.





Aku best student, tp miskin. Tiap2 kali intrview mst xlekat. Lps jumpa ustaz, aku menangis



Foto sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalamualaikum. Hidup saya, boleh dikatakan agak menyedihkan. Sentiasa ada sahaja mehnah yang seolah olah menjadi penghalang rezeki saya.

Saya dari keluarga yang sangat susah, serba daif. Sedih kalau nak cerita. Baju pun tak pernah beli baru, sentiasa pakai pakaian hasil sedekah orang ramai. Hidup saya dulu makan tak cukup, sehingga ramai cikgu yang hulur bantuan bagi makanan untuk saya. Bagi bantuan peralatan sekolah.

Tapi kemiskinan saya tidak menghalang saya untuk jadi pandai. Saya tekad mahu ubah nasib keluarga.

Dari zaman sekolah rendah sehinggalah ke University, saya sentiasa bersinar. Disayangi guru guru, sentiasa naik ke pentas untuk terima anugerah. Best student setiap tahun. Exam tak pernah tak straight A. Saya wakil sekolah dalam pidato dan debat.



Ketika itu, saya merasakan hidup saya seperti sudah sangat sempurna. Sempurna untuk buat ibu bapa saya tersenyum. Sehinggakan rakan rakan ramai yang cemburukan saya.

Di Universiti juga sama, anugerah dekan setiap semester, jadi famous sampai 1 universiti kenal, wakil universiti untuk program program kebangsaan. Malah pernah ke peringkat antarabangsa. Dapat anugerah tokoh pelajar. Dan banyak lagilah kalau nak cerita.
Saya cukup dikenali. Kalau orang kampung dengar nama saya, satu kampung heboh “Oh din budak pandai tu.” Ke mana sahaja saya pergi, ibu bapa mesti akan pesan pada anak mereka,
“Jadilah seperti Din, kebanggaan ibu bapa”.

Kalau terjumpa guru guru lama, mereka yang akan menyapa dulu. Saya jenis berjalan tak pandang muka orang. Sebab pemalu. Mesti tunduk bawah je.

Tapi kalau ke mana pergi, ada sahaja yang menegur. Disapa orang itu, disapa orang ini. Kadang kala rasa teruja juga dikenali ramai orang.

Sehinggalah saya tamat belajar dan mula job hunting. Banyak tawaran kerja yang saya terima, tapi tiada satu pun sangkut. Puas saya fikir apa d0sa saya sampai rezeki saya seperti disekat. Amalan wajib saya tak lengkap ke? Saya sehabis baik jaga solat dan rajin kan diri solat sunat. Kalau orang lain suka dengar lagu English, Korea. Saya pula yang menjadi hawa salju hanyalah ayat Al-Quran dan zikir zikir. Puas saya fikir lagi, saya ada masalah hati ke? Saya ada buruk sangka dengan orang ke? Saya ada riak dan takbur ke? Apa sebenarnya yang halang rezeki saya?

2 tahun berlalu, saya masih tidak jumpa pekerjaan yang berkaitan dengan bidang yang saya belajar. Saya hanya kerja di kedai runcit yang berhampiran dengan rumah. Kerja di kampung, berapalah sangat gaji.

Puas saya ke sana sini pergi interview ke utara Selatan Lembah Klang, semua saya dah pergi. Setiap kali hujung interview, panel mesti akan puji saya melangit. Tapi tetap tidak di ambil kerja. Saya hairan. Apa kurangnya saya?

4 tahun berlalu, saya masih di kampung bekerja kedai runcit. Orang kampung sudah mengutuk saya, mereka cakap,

“Din tu dulu best student tapi last last tak de kerja jugak. Baik si Amir budak nakal kelas belakang tu sekarang kerja offshore gaji mahal”. Pedih juga saya dengar bila saya dibanding bandingkan.

Sehinggalah suatu hari, saya pergi interview kerja dan kebetulan, rakan lama saya Aiman pun turut sama hadir interview itu. Kami bersaing untuk jawatan yang sama. Masa tu saya pergi ke tandas sekejap, saya duduk dalam tandas tapi saya tak tutup pintu sebab cuma nak betulkan seluar.

Kemudian saya dengar ada bunyi orang masuk tandas. Saya fikir, mungkin dia ingat tandas tu kosong sebab pintu semua terbuka.

Tiba tiba saya dengar beberapa suara bercakap, “Untuk position ni kita confirm akan ambik Aiman sebab CEO memang recommend dia, bapak sedara dia CEO tu. Yang lain lain tu kita just buat syarat je, tapi jangan nampak obvious sangat kita tak nak hire yang lain.” Saya terkedu. Rasa kecewa. Perit. Sakit. Jauh saya datang, duit banyak keluar untuk datang interview ni. Tapi peritnya bila saya dengar saya hanyalah dipanggil untuk buat syarat je.

Telahan saya tepat. Aiman memang dapat kerja tu. Saya ucapkan tahniah pada Aiman. Jauh di sudut hati, saya sedih kerana masih ada yang pakai kabel pada zaman ini.

Tapi saya tak putus asa. Saya pergi lagi interview, kali ni SPA punya. Saya sempat berkenalan dengan beberapa anak pegawai tinggi dan anak pengarah dalam kerajaan. Telahan saya tepat. Mereka yang saya sangka akan dapat itu semuanya dapat kerja itu.

Tapi saya tetap tidak putus asa. Saya percaya masih ada yang jujur dalam dunia ni. Bukannya semua main kabel.

Kali ini saya mohon kerja dalam universiti pula. Kebetulan panel tu lecturer saya, saya fikir pasti interview kali ini beri kelebihan kepada saya. Kali ini yang dapat kerja tu rupa rupanya anak kepada kawan baik VC. Saya kalah. Dia lebih powerful dari saya.

OK. Dah tiba saat saya heartbroken teruk. Masa ni saya dah mula hilang keyakinan kepada Allah. Allahu..

Masa ni saya fikir, hanya orang ada good connection dengan orang atasan sahaja yang dapat keuntungan. Hanya orang berpengaruh dan berkuasa sahaja yang diberi peluang.

Bagaimana pula dengan orang miskin seperti saya yang langsung tiada strong connection dengan orang orang besar?

Saya sedih. Saya menangis. Saya sudah hilang semangat untuk hidup pada ketika ini. Saya persoalkan acap kali kepada Allah, apa dosa saya sehingga diuji sebegini?Saya tidak kisah dicerca dan dikeji, tapi apabila orang kampung menyindir ibu bapa saya kerana punya anak yang bijak tapi tidak ke mana.

Saya kecewa dengan kata kata orang kampung saya. Ibu bapa saya juga sudah mula menyalahkan saya. Ibu saya pernah berkata “Otak bijak tak berguna pun kalau kita tetap masih hidup begini.”

Bapa saya pula sudah mula mengajak saya pergi menoreh getah. Katanya, “Zaman sekarang ni yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin. Kau nak menunggu kerja yang elok entah bila. Kau kena sedar kau tu miskin. Orang miskin ni nak dapat peluang tu, last choice”.

“Orang kaya akan ambik kawan kawan dia, anak beranak dia, sepupu sepapat dia. Orang yang takde kepentingan macam kau, tipis Din. Tipis sangat peluang kau nak dapat”.

“Ramai lagi anak orang kaya berebut jawatan yang sama dengan kau. Kau belajar jelah toreh getah macam ayah ni Din. Paling tidak bolehlah nak buat Sara hidup”.

Kalau orang lain yang ucapkan Kata kata begitu, saya boleh terima. Tapi kalau ianya datang dari mulut mak ayah, hati saya hancur. Sekali lagi saya tewas. Saya seperti tiada motivasi untuk hidup. Sudah 5 tahun saya grad tapi hidup masih tiada kemajuan.

Sehinggalah saya berjumpa dengan seorang ustaz yang sangat rapat dengan saya, Ustaz Fahim. Dia pesan,

“Din.. Ustaz faham kamu kecewa, sedih. Sebab hidup kamu jadi macam ni. Ustaz faham ramai yang pakai kabel, tapi ustaz tak nak kamu fikir mereka dapat kerja kerana kabel. Ustaz nak betulkan fahaman kamu.

“Yang memberi rezeki ni Allah, Din. Bukan kabel. Bukan orang atasan. Bukan juga kerajaan. Bukan panel interview. Tapi Allah. Allah yang memberi rezeki. Kabel tu hanya asbab je”.

“Kalau Allah dah tetap kan rezeki si polan tu memang dapat jadi engineer di Petronas, dia guna kabel ke tak guna kabel ke tapi kalau Allah dah tetapkan rezeki dia kat situ, tetap juga dia akan jadi engineer petronas. So kabel tu takde apa pun”.

“Hanya wasilah je kabel tu. Biarlah diorang nak guna kabel ke tidak. Yang penting Din kena dapatkan kerja kerana kualiti yang ada pada Din, bukan kerana kabel. Ingat, kabel paling besar tu Allah. Nak kerja betul betul, minta dengan Allah betul betul. Dia lah kabel yang sebenar benarnya”. Saya diam. Ada betul kata ustaz. Deep sangat kata katanya, sehingga balik je rumah saya menangis. Rasa berdosa kerana sering salahkan takdir. Sering persoalkan rezeki. Seolah olah saya mencabar kuasaNya.

Benar kata ustaz Fahim. Allah lah sebaik baik kabel. Selepas hampir 8 tahun bergraduasi, saya hadir ke interview di salah sebuah syarikat gergasi yang ternama di Malaysia untuk merebut satu jawatan penting. Persaingan sangat sengit. Tapi saya tawakkal kepada Allah.

Dalam hati saya berbisik, ‘Ya Allah jika ini rezeki terbaik untukku, maka Kau rezekikanlah aku kerja ini. Tapi jika aku gagal, aku bersangka baik denganMu. Pasti ada rezeki lebih baik menanti’

Alhamdulillah. Dalam berpuluh calon yang hadir ke final interview, saya telah terpilih untuk dapat kerja itu. Salah seorang panel sempat berkongsi pada saya secara personal selepas tamat interview,

“Din, to be honest.. Kami sebenarnya dah ada calon untuk jawatan ni. Panel lain semua dah sepakat nak pilih dia, sebab dia ada recommendation letter dari one of BOD company ni”.

“Tapi, akhirnya kami pilih awak, because you are the best. You show the greatest attitude among all of the candidates, the way you spoke, your honesty, your charisma”.

“Saya sampai sekarang terkejut sebenarnya macam mana orang yang talented macam awak ni orang boleh terlepas pandang. You should be hired long time ago, Din”.

“But it’s okey. I’m still happy because finally you could be one of us. Inilah rezeki awak. Kalau ikutkan nak pilih calon yang dah reserve tu, tapi akhirnya kami decide untuk pilih awak. It’s just your luck”

Benar kata Ustaz Fahim. Rezeki ni Allah yang atur. Guna kabel ke tak guna kabel ke, kalau Allah dah tetapkan rezeki kita di suatu tempat, tetap kita akan dapat kerja di situ jugak pada akhirnya.

Alhamdulillah. Kerana rezeki ku memang di sini, hingga orang yang guna kabel pun kalah pada takdir rezeki ku di sini. Inilah yang dikatakan the power of ‘Kabel Paling Besar’ iaitu Allah.

Buat yang masih job hunting, semoga terinspirasi. Teruskan berdoa dan minta pada ‘Kabel Yang Maha Besar’. Usah difikirkan orang lain guna kabel atau tidak. Kalau dah rezeki kita, kita tetap akan dapat jugak. Rezeki tak pernah salah alamat. Cuma ia cepat atau lambat je. - sumber dari penulis yang unknown

----
Rezeki Allah ini sebenarnya adalah ujian untuk kita. Bagaimana kita memanfaatkan setiap rezeki yang kita perolehi. Rezeki kita yang sebenarnya adalah apa yang kita infaqkan di jalan Allah. Rezeki kita sebenarnya apa saja yang kita buat untuk jalan kebaikan dan manfaat pada orang lain.

Percayalah, rezeki kita bukan dari gaji ribu-ribu, jawatan dari syarikat gergasi, korporat, badan kerajaan dan kilang. Bukan mereka yang berikan gaji kita. Allah yang berikan rezeki kita. Ada ramai orang yang punyai jawatan dan pangkat tapi tidak mampu nak bersedekah, tidak mampu nak hantar anak belajar mengaji, tidak mampu nak tolong ibubapa menunaikan umrah dan haji. Tapi ada orang yang rezekinya tak seberapa, menoreh getah, mampu menyara anak-anak hingga ke universiti.
Jadi kita jangan sesekali sempitkan maksud rezeki itu dengan pekerjaan. Buatlah apa saja pekerjaan, dan buatlah kebaikan yang berikan manfaat pada orang lain. Buatlah kerja dakwah insha Allah rezeki itu pasti ada datang dari berbagai sudut.

Pada mereka yang sedang job hunting teruskan dengan berusaha dan bertawakal pada Allah. Jangan sesekali ingat kable, pakai seksi, wajah yang di make over itu boleh melayakkan kita mendapat peluang pekerjaan. Tapi ikatkan dengan tali Allah. Buatlah kerja kerana Allah bukan semata-mata nak dapat duit. Duit itu akan hilang dengan sendirinya kerana tiada keberkatan


---------------iklan------------------
Anda mengalami Masalah Pengurusan Keewangan? Dapatkan khidmat konsultasi takaful, wasiat dan perancangan persaraan secara percuma sebelum anda buat keputusan. 
Hubungi Siti Rahmah (Financial Service Consultant) 014 6377649 atau tekan link bawah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...