Monday, March 5, 2018

Nealofar dan Zouk

Pendapat:
Saya rasa memang tak patut la buat kat Zouk. Semua orang tahu yang Zouk tu tempat maksiat, kaki arak, kaki perempuan, kaki liwat dan dadah. Adakah patut di buat majlis perlancaran tudung atau telekung?



Sepatutnya buatlah majlis perlancaran di masjid atau di tempat-tempat suci seperti mekah, madinah. Kerana ianya melambangkan kesucian agama islam itu sendiri.

Tak patut juga tema tudung itu macam ala disko. Mengapa tema tu macam neon, lampu-lampu warna warni ala disko? Mengapa tema itu tak boleh ditukar dengan lambang islam?



Orang yang tak tahu pasal Zouk, tak pernah nak masuk tempat kotor tu, boleh dapat jemputan pulak ke sana utk majlis pelancaran tudung. Kesian lah pada golongan remaja yang tahu pasal Zouk, lepas viral ni. Saya pasti ramai wanita bertudung yang masuk Zouk. Dan ramai yang akan berokok, minum arak dan berzina dengan pergaulan yang bebas dan musik yang rancak.

Jadi sebelum nak buat tu fikir dahulu. Niat meniaga ini utk apa? Adakah utk untung semata-mata? Mana barakah nya? Semoga dengan permohonan maaf dari pihak syarikat tudung NH ini tidak akan berulang lagi. OK.....


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas