5 Pakaian Tradisional Dari Seluruh Dunia

Perkara paling penting dalam sesebuah perkahwinan adalah busana yang bakal digayakan di hari penuh bermakna itu. Pelbagai perkara perlu dipertimbangkan lebih-lebih lagi pakaian tradisional di mana ia akan mencerminkan kepercayaan sesebuah agama serta adat.

Pakistan
Kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan akan memakai perhiasan di kepala yang diperbuat daripada manik dan reben kapas untuk menutup wajah pengantin. Pengantin perempuan akan memakai tiga warna iaitu ungu, merah dan juga merah jambu.


Eritrea
Kedua-dua mempelai akan memakai mahkota yang diperbuat daripada baldu gelap dan pakaian ungu dengan sulaman emas. Manakala pemakaian kedua-duanya adalah sama.

Nigeria
Pakaian pengantin biasanya dibuat daripada kain India di mana ia akan dilengkapkan dengan topi yang dihiasi dengan manik Coral di samping pengantin perempuan mengenakan blaus rona terang yang dipadankan dengan renda dan kaftan yang bercorak.

Bulgaria
Majlis perkahwinan biasanya akan berlangsung  selama lima hari dengan hiburan tarian dan juga nyanyian. Walaupun adat perkahwinannya dipengaruhi oleh tradisi Islam, muka pengantin perempuan akan dicat putih dan dihiasi dengan manik-manik pada hari kedua.

India
 Pengantin perempuan akan menambah 16 aksesori dan permata mengikut kepercayaan Solah Shringar (ritual kecantikan pengantin) dengan memakai pakaian tradisional lehenga choli yang berwarna merah.

Ingin tampil cantik dan menawan? Jangan lupa dapatkan Islalisa Corset Malaysia sekarang!!!







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...