Wednesday, June 14, 2017

4 Tips Beraya Di Rumah Bakal Mertua

Tahukah anda bagaimana untuk berhadapan dengan bakal mertua ketika menyambut raya? Anda boleh berkunjung ke rumah bakal mertua di Hari Raya dengan mengamalkan tips-tips di bawah!



Hormat 
Anda perlulah menghormati bakal mertua dan juga ahli keluarganya yang lain. Ia memainkan peranan penting kerana kadangkala ibu bapa akan bertanyakan pendapat adik beradiknya tentang diri anda.



Buah Tangan
Apabila anda beraya di rumah bakal mertua, jangan sesekali datang dengan tangan kosong. Bawalah buah tangan sekadar memenuhi syarat atau mengambil hati.


Waktu 
Datanglah beraya pada waktu tertentu iaitu bukan pada waktu saudara maranya datang beraya. Ini bagi mengelakkan anda berasa segan apabila terpaksa berhimpun dengan sedara maranya dan diajukan pelbagai soalan.


Duit Raya
Pastikan anda memberi duit raya kepada adik beradiknya yang masih kecil. Jika anda ingin mengambil hati ibu bapanya, tidak salah jika anda menghulurkan duit raya apabila hendak pulang.

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas