Tuesday, February 7, 2017

6 Perkara Yang Sering Dirahsiakan Oleh Lelaki Dari Wanita!



Ladies, pernahkah anda tertanya-tanya perkara apakah yang sering dirahsiakan oleh lelaki daripada anda?
Dipetik daripada therichest.com, lelaki mempunyai beberapa rahsia yang seringkali mereka sembunyikan dari para wanita.
Ingin tahu apa sajakah rahsia mereka? Jom kita bongkar!



Lelaki Selalu Ingin Dilihat Lebih Dari Wanita
Kesamarataan antara lelaki dan wanita meliputi pelbagai aspek kehidupan . Termasuk dalam urusan kewangan. Lelaki selalu ingin kelihatan lebih agar boleh “dipandang” wanita. Lelaki juga punya egonya tersendiri di mana ia tidak mahu kalah dengan wanita, apalagi di depan wanita yang dicintai.
Walaupun lelaki tersebut sebenarnya dalam keadaan sengkek, mereka akan tunjukkan bahawa mereka mempunyai wang. Dan, wang manjadi alat untuk membuatkan lelaki menjadi seseorang yang diperlukan. What do you think about it, Ladies?


Lelaki Juga Ingin Mendapat Pujian
Bukan hanya wanita, lelaki pun ingin mendapat pujian. Diam – diam, lelaki juga sangat mengharapkan pujian dari pasangannya atas penampilan atau apa yang sedang dikenakannya saat itu. Kalau anda ingin mendapatkan hati seorang lelaki, jangan ragu-ragu untuk memujinya atau sekurang-kurangnya memeberitahu betapa kacaknya dia.
Pujian boleh meningkatkan semangat dan rasa percaya diri seorang lelaki. Pujian juga boleh jadi perhatian. Tapi pujian tersebut biarlah berpada-pada. Pujian yang berlebihan boleh membuatkan lelaki menjauhkan diri atau enggan berada dekat dengan anda.


Lelaki Mempunyai Fantasi Seksnya Sendiri (Ops !)
Lelaki mempunyai fantasi sendiri dalam hubungan seks. Saat mereka bersama anda, boleh jadi mereka juga sedang berfantasi tentang diri anda. Tapi kalau anda cuba bertanya apa yang sedang mereka fikirkan, ia tetap menjadi rahsia.
Mereka tidak mahu apa yang ada di fikirannya membuat anda merasa tidak selesa. Boleh jadi perkara yang mereka fikirkan adalah sesuatu yang selama ini tak pernah anda bayangkan.


Lelaki Juga Ingin Anda Menjauh Sementara Waktu
Saat sedang ada masalah, lelaki biasanya akan lebih banyak menyendiri. Atau mereka akan melakukan sesuatu yang boleh mengalihkan fikirannya sejenak dari masalah yang di hadapi.
Di saat seperti ini, di lubuk hatinya yang paling dalam, mereka ingin bersendirian dan anda menjauh dari dirinya buat seketika. Bukan kerana mereka membenci kewujudan anda tapi lebih kepada ingin menyelesaikan masalahnya sendiri.


Lelaki Juga Masih Suka memandang Wanita Lain
Ketika bersama anda, lelaki masih mencuri – curi untuk memandang wanita lain. Apabila ada wanita lain berada dekat dengannya, mereka tidak ragu-ragu untuk mengalihkan perhatiannya sejenak.
Kalau anda tidak suka dengan sifat lelaki seperti ini, jangan ragu untuk berterus-terang untuk mendedahkannya. Apalagi kalau status anda sudah sebagai suami isteri. Anda punya hak untuk mendapatkan perhatian lebih dari suami anda. Dan, suami anda juga punya kewajipan untuk menjaga pandangannya.


Lelaki Kadang-kadang Merasa Wanita Itu Terlalu Cerewet

Ladies, pernahkah anda melihat pasangan anda tiba – tiba lain macam apabila anda bercakap banyak padanya? Walaupun mereka tidak mendedahkan secara langsung, tetapi dalam hatinya, mereka rasakan anda wanita yang cerewet. Lelaki sering merahsiakan perasaannya sendiri dan tidak mahu mengungkapkan yang sejujurnya

Laki babe, kalau diorang nampak aweks diorang ni cantik, nampak muda, dan pandai melawa dan jaga badan, sayang nak ditinggalkan babe. Sebab tulah babe, laki rela pujuk memujuk pompuan yang cantiks. You all jagalah body...jangan nampak gempal berisi...Cuba pakai corset. babe
Islalisa Corset yang paling terbaik bebe. Dah ramai orang try dah banyak testimoni, Try la babe.


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas