Tips Berfikir Dengan Lebih Berkesan Bukan Jadi Sampai Sewel

Berfikir adalah senaman yang bagus untuk membolehkan minda berkembang tetapi adakah berfikiran terlalu jauh memberikan kesan yang sama? Pakar psikologi dari Universiti Michigan mendapati 73 peratus manusia yang berusia antara 25 hingga 35 tahun diklasifikasikan sebagai ‘overthinker’.

Benar, berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu adalah normal dan patut dilakukan pada setiap masa apabila perlu namun jika berfikir terlalu jauh sehingga menyebabkan individu itu sendiri mengalami tekanan jiwa, ia bukanlah sesuatu yang patut diamalkan. 
Sedikit sekali kelebihan menjadi seorang yang berfikiran jauh kerana terlalu banyak keburukan didapati apabila mengamalkan daya pemikiran sebegini. 

Salah satunya, seseorang itu akan berfikir dengan terlalu lama sehingga tidak ada masa untuk melakukan kerja lain bahkan keadaan itu menyebabkan dia membuat analisis yang bukan-bukan dan tidak diterima akal.


Pendek kata, hanya kerana perkara kecil, remaja yang mengamalkan teknik itu akan membuat keputusan yang tidak munasabah dan kadangkala ‘lari’ daripada topik asal.


Buktinya, seseorang yang memikirkan masalah dengan terlalu mendalam mudah mendapat tekanan jiwa dan sering berasa gusar pada setiap masa. Ini kerana teknik itu tidak memberikan jalan penyelesaian, sebaliknya memerangkap individu terbabit dalam daya pemikiran itu. 

Jika kamu termasuk antara golongan itu, perlu diingat bahawa berfikiran jauh itu banyak memberikan kesan buruk yang mungkin kamu tidak ketahui. Oleh itu Gen Y ingin kamu berubah segera menjadi seorang yang waras dan boleh berfikir dengan tenang. 


1. Elakkan situasi yang tidak perlu 

Perlu diingatkan bahawa keadaan minda yang stabil hadir daripada suasana yang tenang dan diri tidak dibelenggu masalah. Oleh itu, elakkan diri daripada berhadapan dengan situasi yang boleh membuatkan kamu berfikir jauh. Contohnya, kamu tidak perlu berada di tempat di mana kamu boleh berfikir lebih jauh untuk kali yang kedua. 


2. Buang pemikiran negatif 

Punca utama mengapa kamu boleh berfikiran jauh disebabkan sikap negatif yang meracuni minda kamu. Jika kamu ada masalah dari segi pergaulan dan sebagainya, jangan buat andaian semata-mata, sebaliknya dapatkan kepastian sama ada perkara itu terjadi disebabkan kesalahan mereka atau tidak. Banyakkan berfikir sesuatu yang positif untuk membasmi fikiran negatif itu. 


3. Buat sesuatu yang seronok 

Untuk mengelakkan diri daripada berfikir terlalu jauh, buat sesuatu yang boleh membuatkan kamu lupa segala masalah yang melanda diri. Contohnya, kamu boleh pergi bercuti ataupun lakukan aktiviti masa lapang seperti beriadah untuk menghilangkan masalah kamu buat sementara waktu. Pada pada masa yang sama, ubah sikap kamu untuk lebih bijak mengatasi masalah yang ada. 


4. Alih perhatian 

Paling penting, kamu perlu melakukan sesuatu yang boleh merehatkan minda dan tidak mengganggu otak kamu. Contohnya, bersenam antara aktiviti terbaik dalam hal ini. Dengan mengeluarkan peluh, kamu boleh berfikir dengan lebih normal. Selain itu, ambil masa untuk keluar dengan keluarga dan buat mereka gembira. 


5. Tetapkan masa 

Jikalau susah sangat untuk kamu mengalih perhatian, apa kata tetapkan masa untuk berfikir dengan lebih jauh. Jika sebelum ini melangkau satu jam, hadkan ia menjadi 15 minit saja. Bawa sekali nota dan pen untuk mencatat apakah perkara yang membuatkan kamu menjadi sedemikian. Dalam masa yang singkat itu, kamu pasti menulis banyak sekali punca utama. Kemudian, gumpal kertas itu dan baling ke dalam tong sampah untuk menjadikan kamu lebih puas. 


6. Tukarkan teknik minda itu kepada positif 

Selalunya, berfikiran lebih jauh itu tidak memberikan apa-apa jalan penyelesaian yang kukuh. Oleh itu, apa kata kamu menggunakan peluang itu untuk berfikir akan jalan penyelesaian yang lebih munasabah dan positif agar sesuatu masalah itu boleh diselesaikan dengan segera. Imaginasi bahawa setiap apa yang kamu fikir itu mempunyai isi penting untuk memastikan jalan penyelesaian dapat dikecapi. 


7. Ubah perspektif 

Memang benar, ‘overthinker’ kebanyakannya takut dan selalu menetapkan sesuatu yang negatif pada saat akhir. Pasti itu akan memberikan masalah menjadi lebih teruk lagi. Oleh itu, kamu perlu fikirkan jalan penyelesaian yang buruk itu dan kemudian hadirkan sekali pendapat kamu untuk menyelesaikannya. Fikirkan perkara positif untuk kesan yang lebih baik.


Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Kelebihan Buah Delima Rawatan kanser khususnya kanser payudara serta semua jenis ketumbuhan

Ketua Penyelidik dari Beckman Research Institute of City of Hope, Amerika Syarikat Profesor Dr. Shiuan Chen telah membuat satu kejutan penemuan baru dunia sains mengenai buah delima. Buah delima didapati menganduni penghambat enzim (Enzyme Inhibitor), sekaligus menjadikan ia berfungsi melemahkan kanser payudaya dengan membataskan perkembangan estrogen.

Hasil eksperimen makmal menunjukkan bahwa delima (pomegranate) mengandung sebatian kimia yang mampu mengurangi risiko terbentuknya hormon yang menyebabkan kanser payudara disamping dapat mengelakkan risoko jantung. 

Delima yang rasanya segar dan manis ini mengandung fitokimia dan tinggi kandungan polifenol antioksidan. Jika seorang wanita sudah tidak lagi memproduksi hormon estrogen, maka risiko kanser payudara akan menurun iaini sama dengan yang disebabkan oleh kandungan fitokimia yang diperolehi melalui pemakanan delima.

Walaubagaimana pun para penyelidik belum dapat memastikan jumlah dos yang efektif untuk mencegah kanser payudara kerana sebatian kimia yang berasal dari makanan tidak mudah diserap oleh tubuh manusia.

Namun, para ahli mengatakan meminun jus dari sari buah delima adalah amat baik, apalagi kandungan antioksidan dalam satu gelas delima lebih banyak dibanding dengan satu gelas teh hijau atau jus oren.

Inilah kebesaran Allah. Setiap penyakit ada ubatnya iaini akan ada elemen yang membawa kesembuhan kepadanya kecuali MATI. Antara tumbuhan lain yang mempunyai fungsi yang sama seperti buah delima sebagai penghambar enzim adalah cendawan. Kumpulan penyelidik Dr. Shiuan juga mengkaji kemungkinan rawatan kanser payudara dengan menggunakan ekstrak bahan dari cendawan selain buah delima! Saya amat pasti dengan meruqyah ekstrak buah delima atau cendawan akan menambahkan lagi kemujarapan bahan-bahan tabii kurniaan Allah SWT ini....


Sejuta Khasiat Delima
Delima digelar ‘superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau system kardiovaskular. Buahnya bulat hampir sebesar limau. Berkulit keras, merah kecoklatan atau agak ungu.Isi buahnya terdiri dari butiran-butiran merah seperti kristal. Rasanya manis-manis segar.

RAHSIA PENCIPTAAN BUAH DELIMA

Di dalam Al-Quran disebut tiga tempat tentang buah delima. Pertama Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:”Dan Dia yang menurunkan air(hujan) dari langit kemudian kami mengeluarkan dari air(hujan) itu segala macam tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan sebahagian daripadanya dedaunan yang hijau(sayur mayur) dan Kami keluarkan pada sebahagian daripadanya biji-bijian yang bersusun dan Kami jadikan pula daripadanya pokok kurma yang mayangnya ada segerombolan buah kurma yang dekat untuk ambil, dan daripadanya pula Kami keluarkan kebun-kebun anggur, zaitun dan delima yang sebahagiannya mempunyai kemiripan daunnya, tetapi rasa buah yang satu berbeza dengan yang lain. Lihatlah buah-buahnya ketika sedang berbuah dan ketika telah ranum.Sesungguhnya di dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Kami bagi orang-orang beriman.”(Al-An’am:99)

Kedua Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:”Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang bersusun dan kebun-kebun yang tidak bersusun, pokok kurma, tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun dan pokok delima yang serupa atau yang tidak serupa. Makanlah buahnya jika telah berbuah dan bayarlah zakatnya di hari kalian memetiknya. Dan janganlah kalian melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.: (Al-An’am:141)

Dan ketiga Allah S.W.T. berfirman:” Di dalam kedua syurga itu terdapat mata air yang memancar keras terus-menerus. Maka tanda-tanda kekuasaan Tuhan kalian yang mana lagi yang akan kalian dustakan?Di dalam kedua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima.”( Al-Rahman:66-68)

Imam Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sbagai tanda kehebatan Allah S.W.T. dimana ia terbentuk seperti katung-katung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipis yang kelihatan seperti bukit. Kemasan yang tersusun rapi biji buah delima seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut.Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan yang tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dari sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit kerras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

ASAL BUAH DELIMA
Delima berasal dari Negara Iran dikenali sebagai Punica Granatumdalam istilah botani, juga boleh didapati di India, Afghanistan dan Syria. Di zaman Nabi Musa a.s. lagi, buah delima yang bermutu di tanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.Bagi agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi simbol kesuburan, rezeki yzng melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Dalam agama Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat didalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.

KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM BUAH DELIMA
Dari sudut pemakanan, buah delima kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin,niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya.Buah delima disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.

Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru-paru kerana ia dapat melegakan batuk. Sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu’aim yang bermaksud “Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman”.

Jus buah delima dapat memberikan zat kepada badan serta menyegarkan badan dan ianya dapat dihadamkan dengan cepat kerana ianya bersifat ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Ianya juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit-birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.Buah delima juga dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itu ia dapat menghilangkan keletihan.Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa jenis cacing seperti cacing pita yang
mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, manfaat dari rasa pahit tersebut dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia.Kulitnya yang tebal pula betanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik.

KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH DELIMA


-Rawatan kanser khususnya kanser payudara serta semua jenis ketumbuhan.
- Merupakan penambah tenaga batin – ‘viagra’ bagi suami isteri.
-‘Perapat’ bagi isteri dan menyuburkan rahim. Bagus untuk pasangan yang ingin  mendapatkan anak.
- Kecantikan dalaman dan luaran (bentuk badan) bagi wanita..
-Sesuai untuk mencairkan kahak dan selsema. Rawatan hebat untuk pesakit demam.
-Sesuai untuk ibu mengandung bagi menjamin janin yang sihat, cantik dan normal tumbesarannya.
-Mencerdikkan minda dan menguatkan memori.
Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
Menyingkirkan lemak berlebihan
Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri
Mencegah rasa mual
Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
Mencantikkan kulit muka
Membantu memulihkan pesakit kencing manis
Berupaya menghapuskan kahak
Memberi tenaga dan mencegah keletihan
Mencegah angin ahmar bagi warga emas
Meningkatkan peredaran darah
Mencegah dan merawat kanser
Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
Membantu mengurangkan batuk dan lelah
Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah


Kelebihan Minum Air Sejuk



“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

Cabutan Bertuah! Klik Like Fan Page Sos Ita Anda Berpeluang Mendapat Satu Beg Set Sos-Sos Ita

Cabutan Bertuah! Klik Like Fan Page Sos Ita Anda Berpeluang Mendapat Satu Beg Set Sos-Sos Ita

Daging Masak Kicap Berempah


1/2 kg - dibersihkan dan dipotong kiub
8 biji bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
1 batang serai - dikisar
2 biji buah keras - dikisar
1 sudu besar serbuk lada hitam - dikisar
1 sudu besar cili kisar - dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap Sos Ita Classic

2 sudu besar kerisik
rempah ratus - bunga lawang,bunga cengkih,kulit kayu manis,jintan putih
3 sb minyak masak
1/2 sb asam jawa
garam, gula dan air secukupnya.
Bahan Hiasan - cili merah dan bawang holland dimayang
Instructions

1. Perapkan daging bersama 1 sudu besar bahan yang dikisar, 1/2 sudu serbuk lada hitam dan 1 sudu besar kicap pekat sekurang2 nya 1 jam atau perap semalaman.
2. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Tumiskan rempah ratus dengan api perlahan. Kemudian masukkan bahan kisar serta lada hitam dan kacau sampai pecah minyak.
4. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan 1 liter air, kacau rata dan biarkan seketika sehingga daging separuh empuk. Tambah air jika terlalu kering.
5. Apabila daging masak separuh empuk, masukkan pula 1 sudu besar kicap pekat , kicap masin, kerisik, asam jawa dan kacau lagi. Biarkan seketika sehingga daging betul betul empuk (boleh tambah air sedikit jika kuahnya terlalu pekat).
6. Akhir sekali masukkan gula,garam, bahan perasa serta bawang holland,cili merah yang telah dimayang dan gaulkan sebati.
7. Siap untuk dihidang bersama nasi putih.

Cabutan Bertuah! Klik Like Fan Page Sos Ita Anda Berpeluang Mendapat Satu Beg Set Sos-Sos Ita

Cabutan Bertuah! Klik Like Fan Page Sos Ita Anda Berpeluang Mendapat Satu Beg Set Sos-Sos Ita

Wangi - wangian adalah makanan kepada otak

Wangi-wangian adalah makanan kepada otak. Otak menguasai semua tenaga vibration dalam tubuh. Tenaga dalam yang dikawal oleh otak sebenarnya begitu personal dan tersendiri pada setiap orang. Mengumpul tahap getaran yang tinggi di dalam otak sebenarnya menunjukkan tubuh telah melalui proses perawatan yang paling asli dan sangat berkesan. Oleh itu, otak memerlukan tenaga sebagai “zat” dalam bentuk wangi-wangian.


Wangi-wangian itu sebenarnya pemakanan kepada otak anda. Pendapat Sains Fizik terhadap wangi-wangian ke atas kulit atau dekat pada diri anda secara menyeluruh sebenarnya akan menyerlahkan atau menghampirkan diri anda kepada unsur-unsur tenaga yang positif dan menguntungkan. Wangi-wangian yang ditambah dengan tenaga amat memberi kesan yang sangat sempurna. Wangi-wangian yang menyegarkan otak anda akan membenarkan otak bekerja secara optimum untuk memperbaiki berbagai keadaan negatif kepada positif.

Wangi-wangian dengan pengimbang getaran warna menyeimbangkan tahap lapisan tenaga atau lingkaran elektromagnetik tubuh yang selalu mengalami perubahan yang halus tanpa disedari. Maklum balas yang negatif seperti ini jika dibiarkan berterusan akan mempercepatkan kejadian penyakit genetik yang memang ada pada diri seseorang. Pada masa ini sesuatu yang sebenarnya sangat rasional dan telah diterima pakai bahawa banyak masalah gangguan mental yang dicerminkan seperti di atas sebenarnya akan menular ke mana-mana bahagian fisiologi tubuh dan menimbulkan bebanan toksik untuk penjadi penyakit.

Inilah dikatakan perawatan secara gerak hati, penambahan ilmu dan peningkatan naluri yang positif. Merawat otak dengan oksigen yang menyegarkan atau memberi tenaga kepada otak akan menaikkan tahap tenaga getaran di dalam otak. Sel-sel akan terbina semula, pertahanan semaik kebal kepada serangan virus.

Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah


Tips Jaga Perhubungan Suami Isteri Jarak Jauh



#1 Berdoa Agar Kekal Bahagia

Berdoa adalah perkara yang paling utama sekali. Doa juga dikira sebagai salah satu usaha kita. Berdoa memohon kepada Allah agar dihindari dari perkara-perkara yang boleh merosakkan rumah tangga seperti kehadiran orang ketiga, bisikan syaitan dan sebagainya. Lazimnya, apabila pasangan tinggal berjauhan, maka tidak mustahil akan wujudnya anasir-anasir luar menghasut supaya meninggalkan pasangan mereka. Ingat, kita perlu rajin berdoa dan tabah.

#2 Berhubung Secara Kerap

Rajinkan diri kita untuk bertanyakan khabar kepada pasangan setiap hari. Jangan sesekali kita lupa untuk menghubunginya setiap hari tidak kira sama ada SMS, Call, WhatApp dan sebagainya. Pada hari ini pelbagai medium teknologi telah disediakan. Kita hanya perlu guna dengan sebaiknya. Tidak ada alasan untuk kita tidak menghubungi pasangan. Sekurang-kurangnya, ucapkanlah selamat pagi, dan selamat malam kepada pasangan kita secara bergilir-gilir.

#3 Mengadakan Pertemuan

Sama ada isteri mahupun suami, kedua-duanya perlu berbincang sepakat untuk mengadakan pertemuan. Jika suami tinggal jauh hanya 100-200 KM dari tempat tinggal isteri, mungkin boleh mengadakan pertemuan setiap hujung minggu. Jika tidak, tetapkanlah sama ada dua minggu sekali mahupun sebulan sekali.

Jika terlalu jauh seperti di antara semenanjung dan Sabah Sarawak, pasangan perlu akur bahawa pertemuan secara kerap memang agak sukar untuk dilakukan lebih-lebih lagi ia melibatkan kos yang tinggi.

#4 Jujur Terhadap Pasangan

Antara kunci kebahagian adalah jujur terhadap pasangan. Jika tidak jujur, bagaimana kita mahu menjadikan hubungan itu dihindari dari tipu muslihat. Jika si isteri mahu keluar ke mana-mana, maklumkan pada suami agar dirinya tahu lokasi anda. Setiap pasangan jangan sesekali keluar berdua dengan orang lain yang berlainan jantina. Jujurlah dengan pasangan anda. Ini kerana selain boleh menimbulkan fitnah, ia juga juga boleh mengundang cerita-cerita kurang enak. Lagi bahaya jika cerita itu sampai ke telinga pasangan. Boleh berperang nanti.

#5 Menyambut Ulang Tahun Bersama

Jangan sesekali kita lupa tentang tarikh ulang tahun perkahwinan. Jika kita lupa, ia sedikit sebanyak boleh merosakkan hubungan. Tambahan pula, pasangan akan mula berprangka tidak baik terhadap kita. Maka, sambutlah ulang tahun bersama dan usahakan diadakan dalam suasana yang kondusif. Tidak perlu pergi ke tempat yang mewah, sudah memadai anda berada bersamanya dan berikan hadiah serta ucapkan ucapan sayang kepadanya.

Sudah berusaha, berdoa dan bertawakkal saja


Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag

Wanita Lima Suami


JIKA di kebanyakan tempat, kita sering mendengar kisah lelaki beristeri lebih daripada seorang tetapi di India lain pula kisahnya.

Seorang wanita, Rajo Verma, 21, yang menetap di sebuah perkampungan di wilayah utara India mengahwini lima lelaki dan kesemua lelaki itu merupakan adik-beradik.

Akibat bersuamikan lima lelaki itu, Rajo yang kini sudah memiliki seorang anak terpaksa melayan suami yang berbeza pada setiap malam.

Situasi ini, bagi sebahagian besar daripada kita mungkin sangat aneh dan tidak masuk akal tetapi itu adalah tradisi di perkampungan Dehradun, di negeri Uttarakhand. Tradisi itu membolehkan seorang wanita mengahwini saudara lelaki daripada suami pertama mereka.





"Pada mulanya terasa aneh tetapi saya menyayangi semuanya kerana mereka suami saya.

Rajo dan suami pertamanya, Guddu, berkahwin mengikut tradisi Hindu kira-kira empat tahun lalu dan dia kemudiannya berkahwin pula dengan Baiju,32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh, 19.

Dalam tradisi Hindu kuno, wanita bersuami ramai secara serentak atau poliandri pernah dipraktikkan secara umum di India namun, kini amalan tradisi itu sudah semakin pupus.

Situasi seperti ini biasanya terjadi di kawasan yang majoritinya lelaki. Dalam tradisi itu, seorang wanita diharapkan berkahwin dengan semua saudara kandung si suami.

Tradisi ini yang muncul daripada epik popular Mahabharata itu mengisahkan Puteri Mahabharata iaitu anak Raja Pancha, berkahwin dengan lima lelaki bersaudara.

Selain mengamalkan tradisi kuno, cara itu juga dijadikan sebagai jalan penyelesaian supaya tanah milik keluarga akan terus menjadi milik mereka selamanya.




Koleksi Asset Peribadi Tegar

Meskipun usianya baru mencecah 12 tahun, namun jika diukur pada dugaan hidup pernah dilaluinya cukup memeritkan. Ditinggalkan bapa ketika dalam kandungan ibu dan dibesarkan serba kekurangan nyata amat memilukan. Namun, seteguh nama ‘Tegar’ yang diberikan ibu tersayang membuatkan bintang cilik terkenal dari Indonesia ini tabah dan cekal mengharungi cabaran hidupnya. Bagi Tegar atau nama sebenarnya Tegar Septian, inilah takdir yang sudah diatur Allah SWT.

Semoga terus tabah mengharungi dugaan hidup, Tegar kini seronok mengejar impian. Kini, dia bukan sekadar mampu mengubah nasib keluarganya tetapi berupaya memiliki apa saja harta yang diinginkan.


Pada usia masih muda, Tegar sudah memiliki koleksi peribadinya iaitu dua motosikal termasuk tiga gitar dan tiga ukulele. Selain itu, dia juga memiliki tabungan sendiri.


Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag

Kesenian dalam Menyediakan Makanan

Inilah sushi panda

angry bird, dengan kepingan daging dan salad

Puding roti spiderman

Nasi kari daging. Macam syok plak nak makan ni

Hot dog ala octopus

Olaf dengan donot

Maut Selepas Bersih Kubur

JEMPOL – Gurauan tiga sahabat mahu dikebumikan dalam satu liang semasa bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan di sini menjadi kenyataan apabila mereka maut dalam kemalangan membabitkan empat buah motosikal malam kelmarin.

Salah seorang daripada mereka enggan menerima upah membersihkan tanah perkuburan tersebut atas alasan dia juga akan dikebumikan di situ apabila meninggal dunia kelak.

Nahas pada pukul 9.30 malam di Jalan Besar Felda Palong 9, 10 dan 11 itu mengorbankan Muhammad Syahreedzwan Mohmad H. Abdullah, 17; Mohamad Aflin Norirfan Md. Jani, 15, dan Muhammad Faizal Jamalludin, 13.

Ketiga-tiga mangsa yang bersahabat sejak kecil di Felda Palong 13 di sini meninggal dunia di Klinik Kesihatan Palong 9 akibat cedera parah. - kosmo

Semoga roh mereka dicucuri rahmat. 




Resepi Nasi Arab

Resepi Nasi Arab adalah sejenis makanan istimewa yang nasinya berwarna kuning dan ayamnya berwarna lebih merah kalau berbanding dengan nasi ayam lain. Makanan tersebut biasanya makan dengan sos salatoh dan timun. Nasi Arab ini memang makan tanpa kuah disebabkan nasinya sudah mempunyai rasa yang sedap sekali. Oleh sebab itu, Nasi Arab sangat sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga. 

Tambahan pula, Nasi Arab sentiasa dialu-alukan dan telah menjengah kepasaran Malaysia disebabkan perasaan Nasi Arab yang unik dan menikmati. Nasi Arab akan dihidangkan untuk tetamu yang berkunjung ke rumah dan ini telah menjadi adat Orang Arab dari zaman dahulu. Jadi, budaya ini telah diwariskan secara turun temurun sehingga zaman terkini. Nasi Arab sememangnya terkenal dengan elemen tradisional yang diwarisi dari zaman ke zaman. 

Kelazatan dan kenikmatan Nasi Arab oleh dikategorikan dalam kumpulan makanan tradisional yang amat terkenal, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan di Malaysia. Nasi Arab sudah menjadi makanan harian kebanyakan rakyat di Malaysia. 


Resepi Nasi Arab 
Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi 
1 kg beras basmati (basuh dan toskan) 
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam) 
2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja) 
1 tin kecil kacang peas 
1 cawan kismis 
3 biji cili merah 
3 biji cili hijau 
3 sudu besar minyak 
5 sudu besar minyak sapi 
2 sudu besar serbuk jintan manis 
1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air) 
Pewarna merah 
Bawang goreng 
Garam dan gula secukup rasa 
2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat) 
1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu) 
1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas) 



Bahan-Bahan Tumis
 5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih (dimayang) 
3 cm halia 
2 inci kulit kayu manis 
3 kuntum bunga lawang 
5 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga 
2 sudu kecil jintan manis 
1 sudu kecil jintan putih 
1 pokok daun sadri (daun sup) hiris 
1 pokok daun ketumbar 

Bahan-Bahan untuk Sos Salatoh
 Buah tomato masak 
Cili hijau (ikut kepedasan masing-masing) 
Bawah putih 

Bahan-Bahan untuk Sos Zabadi 
Yogurt 
Timun 
Lobak merah 
Timun 
Bawang besar 
Tomato 
Limau nipis 


Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam 

1) Air disukat dalam periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan. 

2) Masukkan ayam dengan segera sementara mendidih. Ayam yang banyak direbus boleh dijadikan air rebusan yang lain. 
 
3) Masukkan labu bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam. 

4) Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk ayam juga. 

5) Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana kuat. 

6) Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu. 


Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi 

1) Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam kuali atau periuk yang lain.

2) Kemudian barulah diisikan minyak masak dalam kuali dan goreng bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan garing. 

3) Masukkan bahan-bahan yang ditumis dalam periuk air rebusan ayam yang disediakan terlebih dahulu dan masukkan garam secukupnya. 

4) Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau dengan rata. 

5) Masukkan cili merah, cili hijau, air, gula dan garam. Biarkan mendidih. 

6) Cucikan beras sampai bersih (beras ini adalah warna kekuningan). 

7) Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa. 

8) Taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis semasa nasi telah masak. 

9) Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih. 

10) Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak. 


11) Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering. 

12) Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori. 



Cara-Cara untuk Memasak Ayam 

1) Ayam disusun dalam dulang untuk dibakar. Percikkan atas ayam dengan sedikit air sejuk, panaskan oven/ grill kepada suhu 200°C. 

2) Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna merah. Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam.

3) Ayam yang sudah siap diletakkan dengan garam secukup rasa. 

4) Masukkan ayam ke dalam oven/ grill dengan sekejap lagi kerana hendak membalikkan ayam tersebut supaya bahagian bawah juga dapat dipanaskan. 


Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Salatoh 

1) Campurkan semua bahan untuk salatoh. 

2) Tambahkan air dan garam secukupnya.

3) Semua bahan dikisar sekali dan akhirnya disediakan untuk campurkan dalam nasi dan ayam. 


Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Zabadi 

1) Campurkan yogurt dengan timun yang dicincang halus.

2) Campurkan dengan potongan lobak merah. 

3) Akhirnya, sos ini dihidangkan bersama dengan potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis. 


Cara masak bagi Nasi Arab adalah lebih kurang sama dengan nasi ayam, tetapi ayam akan direbus dengan bahan-bahan rempah, air rebusan dan kemudian digunakan untuk memasak nasi. Ayam tersebut pula akan dibakar. Keistimewaan Resepi Nasi Arab telah menarik perhatian pelbagai bangsa untuk mengisi perut di restoran-restoran atau cafe yang terkenal dengan makanan tersebut, samada Orang Melayu, Orang Cina dan Orang India, kadangkala termasuk juga Orang-orang Arab.  - resepinasiarab.blogspot,com

Sekirannya anda berminat untuk menempah nasi arab boleh hubungi 
Mak Ngah

Sebagai Tuan Rumah, Tak Perlu Susah-Susah, Biar Mak Ngah Yang Uruskan Hubungi  019-966 0096 Mak Ngah Berada di Lembah Klang


Cara Pakai Tudung Berbagai Fesyen

Fesyen tudung camni, memang cantik, ndak beli pun murah saja kain selendang. Tak mahal, nampak bergaya. Fesyen ni banyak digayakan pada awal tahun 2000

Fesyen ni agak berbeza, lebih nampak berani dalam mengayakan tali yang berikat pintal-pintal di atas kepala


Ini pula fesyen ala Najwa Latif, pakai tudung dua lapis., kalau tahan rasa panas apa salahnya kan asalkan bergaya dan nampak berbeza.

Selamat mencuba


TERPAKSA memakan daging kambing yang busuk dan bergayut di tempat tinggi merupakan antara cabaran yang tidak dapat dilupakan buat pasangan juara Fear Factor Malaysia musim kedua, Erin Malik dan Redha Rozlan sepanjang 12 minggu berkampung di CapeTown, Afrika Selatan.

Erin dan Redha dinobatkan sebagai juara Fear Factor Malaysia 2 apabila berjaya menyaingi tiga lagi pasukan selebriti termasuk pasangan Nas T dan Khairul, Shuib Sepahtu dan Zakaria, serta Azura Zainal dan Rechel dalam pusingan terakhir.

Mengakui tidak menyangka berjaya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000, ujar Erin, kerjasama dan persefahaman yang terjalin antara dirinya dan Redha merupakan kekuatan utama untuk terus berjuang ke peringkat akhir.

“Saya akui banyak kelemahan dalam diri saya, namun dengan adanya Redha, dia banyak memberi saya motivasi untuk meneruskan perjuangan. Saya cuba melakukan yang terbaik dalam setiap cabaran yang diberikan.

“Memandangkan kami pasukan campuran lelaki dan wanita, saya juga ingin membuktikan bahawa wanita juga mampu setanding dalam menerima setiap cabaran dan tindakan yang ditugaskan kepada kami,” ujarnya yang ditemui selepas tamat majlis pratonton episod final Fear Factor Malaysia di PickNik @ Solaris Dutamas, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Erin, cabaran, dugaan dan kesakitan fizikal yang dihadapi membuatkan mereka lebih yakin dan tahan lasak dari segi fizikal dan mental.

“Jujurnya, saya merasakan akan tersingkir di peringkat awal tetapi apabila program itu memasuki fasa selanjutnya, kekuatan itu datang dan pasangan saya banyak memberikan sokongan dan dorongan sepanjang ujian yang kami lalui,” katanya.

Sementara itu, bagi Redha, tekanan pada pusingan akhir episod program tersebut sangat menguji daya ketahanan mental dan fizikalnya. Kekuatan kumpulannya bersama Erin adalah berasaskan persefahaman dan komunikasi antara ahli yang membuatkan mereka sentiasa fokus dalam pertandingan.

“Semua cabaran yang diberikan nampak mudah tetapi sebenarnya susah. Meskipun Erin nampak lemah tetapi sebenarnya dia kuat semangat dan mampu melepasi semua cabaran,” ujarnya yang memberitahu, dia dan Redha berhasrat menggunakan wang kemenangan itu bagi membantu keluarga masing-masing.



Tahniah pada pasangan Erin dan Redha, ini buktinya ketakutan bukan menjadi penghalang untuk kita harungi segala cabaran. Kekuatan dalaman boleh mengatasi luaran. Semoga sukses

Kejutan dari Terengganu

Kuala Terengganu: Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil Ghazali Taib mengisytiharkan keluar daripada UMNO, malam tadi.

Ghazali ketika dihubungi tadi mengesahkan perkara itu. Surat perletakan jawatan mereka berdua diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, malam tadi.

Salinan surat peletakan jawatan itu turut dihantar kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu Mohd Zubir Embong dan juga dipercayai diedarkan kepada media.Mereka berdua juga mengisytiharkan menjadi ADUN bebas berkuat kuasa serta-merta. Berikutan itu, Barisan Nasional kini tinggal 15 kerusi DUN daripada keseluruhan 32 kerusi iaitu sama dengan pembangkang.
Difahamkan Ghazali dan Ahmad Said akan mengadakan sidang media siang nanti.

Motivasi Diri Keluar dari Comfort Zone




Rasa selesa sememangnya ramai orang suka, tapi sebenarnya ia boleh memakan diri anda sendiri. Jantung anda akan mulai rasa kesakitan, kolestrol meningkat, pemakanan yang tidak sihat semuanya adalah disebabkan comfort zone dan tiada semangat dan haluan dan impian keluar dari kepompong zone selamat dan selesa. 
Dah berpuluh tahun bekerja di tempat yang sama, hidup dalam keadaan yang lebih kurang sama, tiada cabaran dalam hidup? Nantikan penyakit yang akan datang sebab tak ada excitement dalam hidup. Cuba kita buat sesuatu yang kita takut nak cuba, jantung kita akan berdegup dan mengepam dengan lebih pantas, aliran darah meningkat, kita pun cepat nak melawaskan pemakanan dan lemak kita akan lebih cepat terbakar, tak perlu exercise, tiba-tiba secara semulajadi anda akan merasakan tenaga anda lebih banyak digunakan dari biasa. Jadi cuba lakukan sesuatu yang anda takut lakukan. 
Perasaan yang paling takut adalah melakukan presentation dengan tujuan untuk menjual. Itu adalah antara excitement yang paling tinggi. Atau anda boleh cuba call orang yang anda tidak kenali dengan tujuan untuk mencari pasaran baru, cuba menegur orang yang anda tidak kenal untuk menambah jaringan pelanggan. Semua itu adalah satu ketakutan bagi ramai orang. Sedar atau tidak ia adalah kunci kejayaan dalam perniagaan. Ramai orang takut kena reject, tapi nak tak nak kita kena hadapi rasa ketakutan itu, atau kita nak berada di dalam comfort zone yang akhirnya membunuh diri kita secara senyap. 
Fikirkan masa depan dan letakkan matlamat yang tinggi. Allah suka pada hambaNYA yang kuat bekerja dan punyai matlamat yang besar.

Jangan Sakiti Hati Ibu-Ibu Tunggal

rita rudaini
Walaupun sekadar gurauan, sekiranya diri ini adalah salah seorang selebriti yang disenaraikan, sedikit sebanyak mesti terasa sedih, sakit hati dan marah. Berkata kepada Harian Metro hari ini, Rita Rudaini melahirkan rasa kecewa dan meluahkan isi hatinya mengenai penyebaran mesej Whatsapp tersebut. Kata Rita:-
Sudahlah (segelintir) orang pandang hina pada ibu tunggal dan janda seperti saya. Bila mereka buat begini, lagilah orang anggap janda ini murahan, jijik dan low class. Tak tahu kenapa mentaliti orang kita masih tak berubah terhadap golongan janda dan ibu tunggal. Bila ditambah begini, lagilah buruk kesannya.
Marah memang marah sebab sedikit sebanyak jatuhkan maruah kita walaupun benda itu tak betul. Benda macam ini hanya orang psiko saja buat. Orang normal takkan terfikir buat benda yang mengarut dan tak ada masa buat macam ini. Tapi bila orang psiko macam ini, mungkin dia puas bila tengok orang ketawa dengan mesej macam itu.
Kalau orang yang berfikiran jauh tahu ini tipu, tapi tak semua orang berfikiran panjang. Kalau yang berfikiran tentu akan percaya dengan gurauan sebegini sebab sesetengah orang memang mudah percaya. Contohnya gosip walaupun benda belum tentu betul.
erra
Sementara itu Erra Fazira yang namanya turut tersenarai mendoakan agar individu yang bertanggungjawab mereka mesej itu dibersihkan jiwa dan raganya. Kata Erra:-
Semoga Allah SWT membersihkan jiwa indiviti itu yang punya kelapangan ini. Jika dia seorang lelaki dan jahil mengenai perasaan seorang wanita, dia harus ingat dia mungkin ada kakak, adik atau anak perempuan. Jadi berfikir panjanglah sebelum mengaibkan orang lain. Takut Allah buka aib kita pula nanti. Wallahualam.
Semoga selepas ini tak akan ada lagi penyebaran sebegini yang akan berlaku. Tiada wanita yang mahu bergelar janda atau ibu tunggal. Semuanya mahukan kehidupan yang bahagia di samping suami tercinta. Apa yang terjadi adalah suratan takdir. Janganlah kita memperlekehkan mereka. Semoga selebriti-selebriti janda/ibu tunggal tabah menghadapi dugaaan sebegini.



Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

Resepi Ayam Panggang Kenny Roger dan Bersama BBQ Black Pepper


1 ekor ayam - dipotong 8
1 labu bawang putih
3 inci halia
1 sudu besar gula perang
1 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
2 sudu serbuk kasar lada hitam
garam secukupnya
1 sudu besar minyak zaitun

Cara Membuatnya :
1. tumbuk halia & bawang putih.
2. lumurkan atas ayam
3. masukkan gula perang, madu, sos tiram,  lada hitam , garam & minyak zaitun.
4. gaul kesemua bahan bersama2 ayam.
5. perap selama beberapa jam.Lagi lama perap, lagi sedap.kalau tak sempat perap pun takpe.
6. Panggang ayam dalam pemanggang ajaib sampai masak.

RESEPI SOS LADA HITAM

4 ulas bawang putih
3 sudu besar butter
4 sudu tepung gandum
air secukupnya
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam ITA

1 sudu besar kicap manis (untuk menggelapkan sos)
2 sudu besar serbuk kasar lada hitam
cendawan shitake secukupnya - dihiris nipis
garam secukupnya

Cara membuatnya:
1. cairkan butter
2. tumis bawang putih
3. masukkan tepung gandum & gaul rata
4. masukkan air & kiub ayam.kacau sebati.kalau adunan pekat, tambah air lagi.
5. masukkan cendawan.
6. masukkan sos tiram, sos lada hitam, serbuk lada hitam & kicap manis.kacau sampai sebati dengan api
    sederhana.
7. biarkan mendidih dan cendawan masak.

8. masukkan garam secukupnya.Siap untuk dihidangkan.

Cabutan Bertuah! Klik Like Fan Page Sos Ita Anda Berpeluang Mendapat Satu Beg Set Sos-Sos Ita

Cabutan Bertuah! Klik Like Fan Page Sos Ita Anda Berpeluang Mendapat Satu Beg Set Sos-Sos Ita
Buatan Muslim Bumiputra

Selamat Hari Ibu




Anak-anak hari ini ramai yang tidak mengenali ibu, betapa ibulah yang melahirkan dengan izin Allah, dan kasih sayangnya bermula sebelum kita dikandungnya...ketika angan-angannya bersama si ayah...jika kita dikurniakan anak..kita akan pelihara ia baik-baik, akan beri sepenuh kasih sayang...akan didik dia jadi insan berguna, jadi soleh atau solehah.

Sebab itu, bila kita bicarakan topik ibu dan ayah, tidak dapat tidak, mesti terkait persoalan pengorbanan dan kasih sayang, kerana apa?

Kerana ibu dan ayah ialah sepasang insan yang telah mencurahkan PENGORBANAN yang paling tinggi (yang tidak pernah diberikan oleh insan-insan lain), serta mencurahkan KASIH SAYANG yang paling mendalam, tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Kasih sayang mereka bermula sebelum kita dikandung...telah subur jiwa berkorban sebelum si anak dikandung dan dilahirkan. Kemudian apabila ibu mula mengandung, kandungan makin membesar hari demi hari, bulan demi bulan...hingga sembilan bulan lebih..

Makin hari makin memberat kandungan, dan kandungan itu dibawa ke mana-mana, tidak pernah sedetikpun ditinggalkan, ibu makin hari main lemah, kadangkala ibu pening, ibu terjatuh, terkadang giginya patah...tapi ibu tidak pernah mengeluh atau marahkan si anak dalam kandungan, malah semakin hari semain kasih ia. Itu semua pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu.

Pengorbanan dan kasih sayang itu juga tidak terkecuali bagi si ayah. Waktu itu ayah akan lebih keras bekerja, menyediakan persediaan dan keperluan bagi anak yang bakal lahir. Pening ia memikirkan kos bersalin...pakaian...susu...tilam...bantal dan lain-lain. Bagi yang kurang berada, terpaksalah berjimat, demi menyambut orang baru yang amat dikasihi, walau belum pernah melihat wajah si anak.

Pengorbanan si ibu sekali lagi sewaktu melahirkan si anak, berjuang antara hidup dan mati. meletakkan nyawanya di hujung rambut, demi kelahiran anaknya yang telah dikandung sembilan bulan. Sakitnya bukan kepalang, hingga dikatakan sakit bersalin itu adalah sakit yang kedua tersakit setelah sakitnya mati.

Hinggakan Rasulullah meletakkan, jika seorang ibu itu mati ketika melahirkan anaknya, dikira sebagai mati syahid.

Rasulullah ﷺ bersabda: ““Tahukah kalian siapa syuhada dari ummatku? orang-orang yang ada menjawab: Muslim yang mati terbunuh” beliau bersabda: Kalau hanya itu para syuhada dari ummatku hanya sedikit. Muslim yang mati terbunuh adalah syahid, dan mati kerana penyakit kolera adalah syahid, begitu pula perempuan yang mati kerana bersalin adalah syahid (anaknya yang akan menariknya dengan tali pusarnya ke syurga)”(HR. Ahmad, Darimi, dan ath-Thayalusi)

Adakah seorang insan selain ibu sanggup menggadai nyawanya sebagai taruhan melahirkan kita? Malah setelah kelahiran berlaku, ibu tidak terus sihat, dia terus tidak bermaya, keletihan dan sakit kerana melahirkan...tetapi bila dengar tangisan si anak, hilang segala keletihan dan kesakitan.

Setelah kelahiran, bermula satu lagi episod pengorbanan ibu. Ibu akan berjaga sepanjang malam untuk menyusukan, melayan akan yang menangis kerana kebasahan kencing atau kelaparan..

Kasih sayang ibu terserlah lagi...ketika badan si anak penuh najis kerana kencing dan berak, ibu menghadiahkan ciuman kepada anaknya. Mengapa anak dalam keadaan busuk itu dicium juga? Kerana di hati ibu ada cinta yang amat mendalam.

Berapa kali kejadian ini berlaku? berulangkali, berkali-kali...kerana ibu mengorbankan masa tidur dan rehatnya demi menjaga si anak agar tidak basah, lapar atau diganggu nyamuk.

Itulah ibu yang kita tinggalkan kini di kampung... (bagi yang masih punya ibu) Hebatnya kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu...pastinya tidak terhenti di situ...sepanjang hayatnya ibu tetap berkorban dan menyayangi anak-anaknya. Dia terus berkorban memandaikan si anak, mendidik anak, bukan sekadar makan dan pakai sahaja.

Terlalu banyak jasa ibu. Pengorbanan dan kasih sayang ibu dikenang hingga ke Akhirat. Tiada sebarang alasan untuk memutuskan hubungan antara anak dan ibu bapa walaupun mereka masih kafir sedangkan anaknya telah Islam.

Dari Asma' binti Abu Bakar as-Shiddiq r.ha, katanya: "Ibuku datang ke tempatku sedang dia adalah seorang musyrik di zaman Rasulullah. Iaitu di saat berlangsungnya perjanjian Hudaibiyah antara Nabi ﷺ dan kaum musyrikin. 
Kemudian saya meminta fatwa kepada Rasulullah ﷺ, saya berkata: "Ibuku datang padaku dan ia ingin meminta sesuatu, apakah boleh saya hubungi ibuku itu, padahal ia musyrik?" Beliau ﷺ bersabda: "Ya, hubungilah ibumu." (Muttafaq 'alaih)

Seorang anak perlu ingat pesanan ini:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٲلِدَيۡنِ إِحۡسَـٰنًا‌ۚ إِمَّا يَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡڪِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ۬ وَلَا تَنۡہَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلاً۬ ڪَرِيمً۬ا

dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Al-Isra':17:23)"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan

 وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرً۬ا

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. dari  محمد فضلي بن يوسف


Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...