Thursday, December 18, 2014

Mengapa Dato' Sanggup Curi Lukisan Pelukis Jalanan


Sebenarnya saya salah seorang yang meminati lukisan kanvas, sebab itu bila dapat tahu dari suratkabar, saya terus ingin tahu. Sebenarnya pasaran lukisan di Malaysia ni dah semakin tinggi nilainya. Kalau pandai melukis dan ingin berniaga dengan lukisan anda, teruskan sehingga dapat buka galeri lukisan anda sendiri. Nak buka galeri perlukan sekurannya dalam 15-20 lukisan! Jadi hanya mereka yang benar-benar serius saja yang mampu menjana $ dari lukisan. Jadi tak mustahil ada orang sanggup kumpul dan curi hasil lukisan anda nanti. 

Sepang: Polis menahan lapan suspek termasuk seorang pemilik galeri lukisan bergelar Datuk serta dua pensyarah institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S) yang juga pelukis sambilan pada 6 dan 7 Disember lalu kerana disyaki terbabit dalam kes curi enam lukisan milik warga China bernilai RM1.5 juta.

Enam lukisan dihasilkan Chen Shijie, 54, atau David Shen dilaporkan hilang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8.30 pagi pada 20 November lalu.
Mangsa melaporkan perkara berkenaan di kaunter kehilangan bagasi sebelum melaporkannya kepada polis.
Ketua Polis Daerah Sepang Mohd Yusoff Awang berkata, mangsa tiba bersama isterinya ke negara ini menaiki penerbangan dari Beijing, China untuk menyertai pameran lukisan antarabangsa anjuran kerajaan Selangor yang diadakan di Kuala Selangor.
Menurutnya, polis menjalankan siasatan selama dua hingga tiga minggu dan menahan lapan suspek berusia antara 19 dan 69 tahun terdiri daripada empat lelaki dan empat wanita di sekitar Kuala Lumpur.
“Penahanan pertama membabitkan suspek utama di kediamannya di Damansara, Kuala Lumpur jam 8.30 malam, 6 Disember lalu dan membawa kepada penemuan semua lukisan milik mangsa.
“Tangkapan seterusnya, tujuh suspek lain termasuk seorang bergelar Datuk di sekitar Kuala Lumpur keesokan harinya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini, semalam.
Sidang media turut dihadiri pelukis terbabit bersama isterinya dan semua lukisan diserahkan kembali kepada mangsa.
Mohd Yusoff berkata, siasatan mendapati semua suspek menaiki penerbangan sama dengan mangsa dari China ke Kuala Lumpur selepas menghadiri satu pameran lukisan.
Katanya, mangsa juga tidak mengenali semua suspek disyaki terbabit dalam kes curi lukisan berkenaan. - metro

Teruskan minat anda!

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas