Wednesday, December 10, 2014

3 Cara Mencegah Kehamilan



Saya ada satu kemusykilan di sini, adakah isteri saya boleh mengandung jika semasa mengadakan hubungan seks dengan dia tidak membuka seluar dan juga dia juga memakai seluar dalam serta panty liner. Kami hanya bermain secara luaran sahaja hingga mencapai kepuasan hingga saya klimaks. Ini kerana dia tidak mahu ada anak lagi dan masih sambung belajar dengan alasan dia tidak mahu ada anak kerana takut dia terpaksa menangguhkan pelajarannya. Saya harap doktor dapat membantu kemusykilan saya ini. - R, Utara.


Jawapan:

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik R yang sudi berkongsi dan bertanyakan soalan ini. Mungkin tidak terlambat juga untuk saya mengucapkan tahniah kepada anda berdua. Saya agak anda berdua adalah pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga. Saya juga dapat membayangkan yang Encik R adalah seorang yang amat penyabar dan amat bertimbang rasa. Anda sanggup bersusah payah ‘bermain secara luaran sahaja’ bersama isteri bagi mencapai kepuasan dan klimaks.

Kepuasan

Cara yang anda amalkan bersama si isteri adalah bukan cara yang terbaik bagi menikmati kepuasan seks atau memperolehi kenikmatan bersuami isteri.

Untuk pengetahuan anda, ada pelbagai cara yang lebih baik yang perlu dipraktiskan jika tujuan utama adalah untuk mengelak kehamilan. Cara yang anda berdua amalkan adalah cara yang tidak tepat dan membebankan diri anda berdua. Sebenarnya saya agak gusar jika hubungan sebegini diamalkan oleh anda berdua dalam jangka masa yang agak panjang memandangkan isteri anda masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata. Mungkin akan timbul perasaan stres, kemurungan dan pemikiran yang tertekan jika amalan yang ‘kurang normal’ itu diamalkan. Nasihat saya ialah untuk anda menghentikan amalan tersebut dan nikmatilah hubungan seks antara suami dan isteri secara normal. Anda boleh mengamalkan salah satu cara pencegah kehamilan bagi mengelakkan daripada isteri anda hamil.
Buang Bulu Dengan Pantas
Pencegahan

Mencegah kehamilan boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Pencegahan kehamilan (dikenali juga sebagai perancang keluarga atau kontraseptif) membolehkan anda menikmati kehidupan seksual tanpa perlu bimbang tentang kehamilan. Justeru itu, anda perlu mendapatkan nasihat doktor kerana kaedah yang dipilih adalah bergantung kepada kesesuaian, kehidupan sosial dan kehendak pasangan tersebut. Semua kaedah pencegah kehamilan adalah berkonsepkan untuk menghalang persenyawaan dan penempelan embrio. Memang saya tidak menyangkal yang tiada kaedah kontraseptif yang memang 100 peratus berkesan mencegah kehamilan. Tetapi kegagalan dengan kaedah ini hanyalah lebih kurang satu hingga dua peratus sahaja.

Pil

Terdapat pelbagai kaedah pencegah kehamilan yang terdapat di pasaran seperti pil pencegahan hamil (OCP), alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (IUCD), implan (susuk) pencegah kehamilan, suntikan pencegah kehamilan, cincin pencegah kehamilan (Nuva Ring), kondom untuk lelaki dan lain-lain lagi. Dengan perkembangan dunia perubatan yang semakin maju, sebenarnya tiada lagi istilah ‘termengandung’ yang biasa digunakan oleh kaum wanita sebagai alasan setiap kali hamil. Pelbagai kaedah pencegah kehamilan yang selamat, berkesan, mudah diguna, tiada kesan sampingan dengan kadar kos yang berpatutan dan mudah didapati pada masa kini. Seperti mana kata perumpamaan ‘Tepuk Dada Tanyalah Selera’. Anda berdua boleh memilih yang mana yang paling sesuai untuk anda amalkan setelah berbincang dengan doktor.

Sesi soal jawap ini didapat dari surat khabar utusan. Rasa pelik pula terlalu berhati-hati sampai pakai panty liner masa hubungan seks suami isteri. Kalau susah sangat pakai saja kondom. Sekarang ni dah ada berbagai jenis kondom yang selesa digunakan. Jangan sampai suami cari yang lain sudah, masa tu jangan salahkan sesiapa kecuali diri sendiri. 
Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas