13 Sebab Mengapa Ramai Wanita Suka Kerja Kerajaan?


Dalam artikel ini, kita akan membincangkan topik peluang kerja kerajaan di Malaysia dan kelebihan/faedah bekerja di sektor ini. Sesetengah dari kita lebih tertarik kepada kerja-kerja sektor swasta kerana kurangnya kesedaran tentang peluang kerja di sektor awam.

Kenapa terlalu memilih sehingga menganggur bertahun-tahun sedangkan organisasi kerajaan sendiri telah menyediakan pelbagai peluang pekerjaan untuk diisi oleh kita. Siapa lagi kalau bukan kita ?

Peluang Kerja Kerajaan Di Malaysia

Peluang kerja kerajaan di negara ini boleh dikatakan banyak. Kita boleh lihat sendiri dengan kewujudan pelbagai kementerian. Di negara kita terdapat lebih dari 20 kementerian dan terdapat pelbagai jabatan dan agensi yang bernaung di bawah kementerian-kementerian ini. Nah, siapa cakap tiada peluang kerja kerajaan ?

Kementerian-kementerian ini tidak mampu bergerak dengan sendiri tanpa pekerja-pekerja. Siapa pekerja-pekerja ini ? Sudah tentulah kita, rakyat Malaysia. Kerja-kerja kerajaan tidak boleh diisi dengan sewenang-wenangnya oleh pekerja asing seperti yang berlaku di sektor swasta. Sememangnya kerja-kerja ini diwujudkan hanya untuk rakyat Malaysia.

Kita ambil satu contoh kementerian yang terdapat di negara ini – Kementerian Sumber Manusia. Di bawah kementerian ini terdapat beberapa jabatan, badan berkanun, majlis penasihat.

Jabatan yang terdapat di bawah kementerian ini -


Jabatan Tenaga Manusia
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Sabah dan juga Sarawak
Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja
Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Badan berkanun yang bernaung di bawah kementerian ini :

Pertubuhan Keselamatan Sosial
Pembangunan Sumber Manusia Berhad
Saya tidak senaraikan semua. Ini baru satu kementerian. Belum dikira kementerian-kementerian lain dalam kerajaan Malaysia. (Untuk makluman anda, Kementerian Sumber Manusia juga menyediakan portal pekerjaan jobsmalaysia yang memudahkan kita mencari peluang pekerjaan di sektor kerajaan mahupun sektor swasta)

Peluang Kerja Kerajaan
Cari Peluang Kerja Kerajaan

Peluang Kerja Kerajaan : Kelebihan Yang Perlu Anda Tahu

Kerja kerajaan vs kerja swasta, yang mana anda pilih ? Saya pasti kebanyakan akan pilih kerja swasta. Memang tak salah jika pilih kerja swasta tapi saya sarankan anda pertimbangkan peluang kerja kerajaan dalam proses anda mencari kerja. Kenapa ?

Sebentar lagi saya akan terangkan. Sebelum itu, kita lihat senario yang berlaku di Malaysia sekarang.

Sesetengah dari kita tak nak langsung pandang kerja kerajaan. Ada sesetengah pula cakap kerja kerajaan tiada “class”. Sebenarnya tanggapan sebegini perlu dielakkan. Kerja kerajaan merupakan salah satu saluran untuk kita mencari rezeki. Oleh sebab terlalu memilihlah, ramai graduan yang menganggur. Kalau sukar mencari pekerjaan di sektor swasta, kenapa tidak beralih ke sektor awam ?

Antara faedah-faedah atau kelebihan-kelebihan kerja kerajaan adalah seperti berikut :

1. Elaun Rumah

Setiap bulan anda akan diberikan elaun rumah. Elaun rumah ini dapat mengurangkan beban anda membayar sewa rumah setiap bulan. Menguntungkan bukan bila menjadi penjawat awam ?

2. COLA

Apa itu COLA? Bukan air Coke ye. COLA adalah akronim bagi Cost Of Living Allowance atau dalam bahasa Melayu – elaun sara hidup. Elaun ini diberikan berdasarkan di mana tempat anda bekerja untuk mengurangkan beban taraf hidup yang tinggi di sesetengah kawasan.

3. Bonus Tetap Khidmat Awam

Bekerja di sektor awam bermaksud anda berbakti kepada masyarakat. Jadi sebagai penghargaan kerajaan memberikan Imbuhan Tetap Khidmat Awam kepada penjawat awam. Memang berbaloi kan anda bersusah payah menulis resume untuk memohon kerja kerajaan? Jadi jangan sia-siakan peluang kerja kerajaan yang diberikan kepada anda.


4. Kenaikan gaji

Harga barang naik gaji pun mestilah naik bukan? Jangan risau anda akan mendapat kenaikan gaji setiap tahun. Kenaikan gaji setiap tahun pasti dapat membantu anda menampung perbelanjaan keluarga dan kesan kenaikan inflasi setiap tahun.

5. Kemudahan pinjaman kereta dan pinjaman rumah

Anda tak perlu risau untuk membuat pinjaman untuk membeli kereta atau rumah idaman anda. Kemudahan untuk membuat pinjaman kereta dan pinjaman rumah disediakan kepada kakitangan awam.

6. Cuti yang fleksibel

Terdapat beberapa jenis cuti dalam sektor awam. Salah satunya ialah cuti tahunan. Bagi pekerja am, anda diberikan minimum 14 hari cuti tahunan dan bagi pekerja professional, anda diberikan sehingga 25 hari. Terdapat juga cuti kenaikan pangkat dan juga cuti bersalin. Kakitangan wanita diberikan cuti bersalin selama dua bulan. Ini sememangnya merupakan satu kelebihan bagi kaum hawa dan juga merupakan salah satu tarikan bagi mereka untuk mencari peluang kerja kerajaan.

9. Simpanan hari tua

Anda diberikan pilihan samaada untuk memilih caruman KWSP atau pencen sebagai persediaan menanti hari-hari selepas anda bersara. Anda tak perlu risau lagi untuk mencari kerja baru untuk menampung kehidupan setelah anda bersara.

11. Peluang kenaikan pangkat

Anda juga diberikan peluang untuk naik pangkat berdasarkan prestasi kerja anda. Naik pangkat maksudnya gaji anda juga naik. Menarik bukan ? Jadi rebutlah peluang kerja kerajaan selagi anda boleh.

12. Peluang meyambung pelajaran

Bagi mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran, mereka diberikan peluang untuk berbuat demikian dan juga layak untuk mendapat tajaan kerajaan.

13. Peluang untuk meningkatkan kemahiran diri

Anda diberikan kursus dari masa ke semasa untuk meningkatkan kemahiran anda dan semua perbelanjaan kursus tersebut diuruskan oleh pihak majikan anda. Inilah peluang untuk meningkatkan kebolehan anda dalam bidang anda yang tersendiri.

Sekarang anda dah tahu kelebihan-kelebihan mencari peluang kerja kerajaan. Jadi, apa yang anda tunggu lagi ? Cepatlah isi borang permohonan kerja kerajaan, nanti melepas anda juga yang rugi :)

sumber:
Hasil kajian dan pendapat sendiri dan
http://kerjakerajaanmasyuk.wordpress.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pad Wanita Herba Wangi VS Pad Sintetik? Mana yang bagus?

Banyak jenama bercakap tentang bagaimana pad organik / tampon hebat tanpa racun dan peluntur klorin, tetapi mereka hampir tidak bercakap ten...