Friday, November 28, 2014

Nabil dalam Maharajalawak Mega



PELAWAK dan pelakon terkenal, Nabil Ahmad mengakui bahawa jika dibandingkan dirinya dengan barisan pelakon lain di negara ini, dia bukanlah sesiapa.

Merendah diri, Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 31, jujur menyifatkan dirinya tidak mempunyai potensi besar dalam dunia lakonan kerana gagal membawa watak berat.

Mengakui bidang lakonan bukanlah satu skop yang sesuai untuk dirinya berkarya dalam industri hiburan, Nabil mendedahkan dia tidak mampu membawa watak-watak yang memerlukan dirinya bertukar menjadi seorang lelaki yang serius atau melakonkan babak air mata.

Bertemu usai majlis pratonton filem televisyen terbaharu Astro First, Strawberi dan Karipap Sesat Kat Paris (SKSKP) baru-baru ini, Nabil berkongsi kisah pengalaman pertamanya membawa watak serius dalam lakonan.

“Sejujurnya saya memang tidak mampu melakonkan watak-watak berat seperti itu. Saya sudah cuba tapi setiap percubaan itu tidak kena dengan diri saya. Selama saya berkecimpung dalam dunia hiburan, orang memang kenal saya dengan karakter pelawak. Itu jiwa saya. Sebab itu sukar buat saya bertukar karakter dalam mana-mana lakonan.

“Mungkin juga Allah tidak ciptakan saya di dunia ini untuk jadi pelakon hebat. Sebab itu saya lebih ke arah bidang lawak dan juga pengacaraan. Jika itu yang tertulis dalam hidup saya, saya terima sebab saya sedar akan potensi diri saya lebih kepada bidang lain selain dunia lakonan.


Perkembangan terkini, Nabil yang masih merupakan pengacara rancangan hiburan MeleTOP, kini sedang sibuk dengan penyertaannya dalam Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014).

Tampil menjadi satu-satunya peserta solo, Nabil akui itu adalah pilihannya sendiri demi mengekalkan imej stand up comedian di atas pentas.

“Jika sebelum ini saya menyertai MLM dengan bergabung bersama kumpulan lain, tetapi kali ini saya ambil keputusan untuk kekalkan imej itu. Bukan saya kedekut untuk berkongsi pentas dengan rakan-rakan yang lain, tetapi bagi saya, muncul solo di atas pentas ialah kekuatan sebenar yang saya miliki.

“Apabila memberi nama untuk menyertai MLM, saya bulatkan hati mahu tampilkan 100 peratus kreativiti dalam penyampaian lawak. Bukan hanya bergantung kepada populariti, sebaliknya kreativiti yang sebenarnya menjadi ukuran dalam mana-mana pertandingan sekali pun,” ujarnya. - kosmo

Pendapat saya, nak jadi juara mesti dalam kumpulan, sekurang-kurangnya dua, paling ideal 3 orang power team dalam Maharajalawak mega atau dalam bisnes. Kekuatan sinergi itu dapat dihasilkan sekirannya kita berada dalam kumpulan. Kadangkala kita rasa kita memang yang paling bagus boleh buat sorang-sorang, tapi sebenarnya kita tak akan jadi yang terbaik sekirannya kita buat sorang-sorang. Sebab itu dalam bisnes, semuanya perlukan perkongsian untuk jadi billionaire atau millionaire. Tidak ada seorang pun yang berjaya tampa power team. Maksud power team bukan staff, tapi partner yang sanggup berkongsi kesusahan dan kejayaan bersama. Setiap individu itu adalah unik. Sentiasalah berdoa agar kita dipertemukan dengan seseorang yang dapat meningkatkan pendapatan kita. Sentiasa bertolak ansur dengan rakan kongsi dan sentiasa bersikap flexible dan berfikiran terbuka. 





No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas