Tuesday, August 12, 2014

Nora Danish Selebriti Pengikut 1 Juta


JAUH di corong telefon, terdengar suara serak manja milik Nora Danish meminta maaf kerana temu bual kami tertunda untuk beberapa kali.

Usai berbasa-basi termasuk saling berbalas ucapan raya, bicara kami mula serius. Mula masuk kepada topik yang ingin dibincangkan.

Ini tentulah tentang pencapaiannya menjadi selebriti Malaysia pertama yang berjaya mengait sejuta pengikut di laman Instagram miliknya minggu lalu.

Nora turut menjawab mengenai pendiriannya menolak tawaran untuk menjadi duta produk kecantikan bagi dua produk terkenal dunia sebagai sokongan kepada Palestin.

Pada masa yang sama, aktres genit ini menjawab tohmahan liar tentang dirinya sebagai pendatang Myanmar.

Selain itu topik yang wajib ditanya juga tentang fasa percintaannya bersama Nedim serta perancangan hubungan jangka panjang antara mereka.

Lantas kami mulakan bicara mengenai popularitinya di media sosial. Ditanya adakah dia berasa dirinya popular, lama Nora terdiam.

Perlahan kemudian dia menjawab: "Boleh tak kalau saya tak jawab soalan ini sebab saya tidak mahu orang menyalah tafsir jawapan saya menjadi riak."

Namun selepas dijelaskan agar dia memberi jawapan secara rawak, Nora mendefinisikan popular sebagai sesuatu yang perlu buat golongan anak seni sepertinya.

Secara berhati-hati dia menghuraikan bahawa dirinya seorang wanita yang ringkas dengan menjalani kehidupan serba sederhana. Tidak ada yang glamor dan menjadikan ia popular.

"Bagaimanapun, jika bercakap dari konteks pekerjaan saya sebagai anak seni, tidak saya nafikan bahawa populariti amat penting untuk kelangsungan karier saya. Namun, populariti itu perlu seimbang dengan pakej yang baik," katanya.

Nora kemudian menyambung bahawa dia terharu kerana menjadi selebriti Malaysia pertama yang mempunyai pengikut mencecah satu juta orang.

Mengaku lebih banyak selebriti tempatan yang lebih popular daripadanya dan sering memuat naik gambar-gambar menarik, namun 'kelebihannya' barangkali terletak pada kekerapannya memuat naik gambar serta pengikut terjumpa Instagramnya menerusi ruang carian Explore.

Katanya: "Saya percaya banyak orang menemui Instagram saya menerusi ruangan Explore sebelum mengikuti aktiviti saya.

"Ia sama seperti yang saya lakukan. Saya misalnya akan mengikuti Instagram milik wanita cantik, ruangan fesyen dan pemilik akaun yang mempunyai 'cerita' keluarga mereka yang menarik perhatian saya."

Sementelah dikenal satu juta orang seluruh dunia, Nora kemudian memberitahu bahawa konteks penggunaan laman sosial tersebut kini telah bertukar warna.

Jika sebelum ini dia memiliki Instagram tanpa tujuan yang serius kecuali mengikuti perkembangan semasa, sebaliknya kini laman sosial tersebut selain masih digunakan untuk memberitahu aktiviti dan perkembangan terkini, ia dijadikan medan untuk menyalurkan pesanan positif dan menyampaikan maklumat yang berguna untuk semua. - kosmo
-----
Nora rajin upload gambar-gambar menarik, sebab itu senang dan ramai pengikut yang suka follow. Kalau nak follower yang ramai dalam instaram kena bagi banyak input dan gambar dan selalu upload gambar-gambar menarik. 


Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah




No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas