Sunday, July 6, 2014

Petua Kecantikan Datuk Syarifah Aini

DATUK SHARIFAH AINI SYED JAAFAR sudah tiada lagi di dunia ini. Yang ditinggalkan untuk kita kenang hanyalah karya-karya seni yang bersifat malar segar.
Memang cantik...

Didengar beribu kali sekalipun, lagu-lagu nyanyiannya tidak pernah menjemukan. Seri Dewi Malam, Bunga Tanjung, Terbang Helang dan beribu lagu lain semuanya hebat-hebat belaka.

Sharifah Aini adalah satu antara bintang yang telah membahagiakan jutaan peminat melalui suara yang Allah pinjamkan kepada beliau selama lebih empat dekad bergelar anak seni.

Kembali mengenang seniwati handalan tanah air itu, banyak hal mengenai keperibadian Sharifah Aini yang mungkin tiada pada orang lain.

Biduanita Negara itu sememangnya seorang seniwati sejati. Suaranya sentiasa 'hidup' sepanjang masa sekalipun beliau sudah tiada lagi di dunia ini.

Ketika hayatnya, Sharifah Aini yang berasal dari Johor Bahru pernah memberitahu, beliau sememangnya dilahirkan untuk menjadi seorang artis dan keinginan itu berjaya diperoleh hasil daripada kegemarannya suka berkhayal dan diiringi kerja keras.

"Saya memang dilahirkan untuk menjadi artis. Saya suka berkhayal, suka bercita-cita tinggi, mempunyai fantasi, berangan-angan menjadi seorang ternama. Saya kerja keras beberapa hari sebelum mengadakan persembahan.

"Saya akan berlatih sampai pukul empat pagi. Semuanya kerana saya sayang dan cintakan kerjaya saya," akui penyanyi berdarah kacukan Arab itu.

Pengakuan tersebut dibuat penyanyi tersohor tanah air itu dalam satu wawancara eksklusif kepada penulis dan Penolong Pengarang Mingguan Malaysia (kini Pengarang Kosmo!), Datuk Baharom Mahusin di kediaman seniwati itu di Petaling Jaya, Selangor pada tahun 1999.

Wawancara itu diadakan sempena ulang tahun ke-30 penglibatan beliau dalam arena seni tanah air dan disiarkan satu muka penuh dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 1 Ogos 1999.

Dalam pertemuan itu, Sharifah Aini mengakui, beliau merupakan seorang wanita yang sangat mementingkan kecantikan dan sering memikirkan apa yang akan terjadi pada dirinya pada masa depan.

Seniwati yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 61 tahun pagi Sabtu lalu pernah berkata, beliau mahu melalui hari-hari tua dengan kecantikan serta yang paling utama melalui masa depan dengan penuh keimanan.

"Saya mahu meniti usia dengan kecantikan. Jika usia saya 60 tahun, saya mahu orang lihat saya seperti 40 tahun. Saya mahu tua yang cantik, tua yang beriman dan segala-galanya," kata Sharifah Aini.

Dalam wawancara itu, Sharifah Aini menjelaskan, kemampuannya bertahan selama lebih tiga dekad di persada seni tanah air adalah kerana beliau komited melakukan kerja yang disukainya itu.

Pada masa sama, beliau mengingatkan, golongan artis seharusnya mempunyai fantasi, khayalan serta cita-cita untuk mencapai keinginan mereka yang lebih tinggi pada masa hadapan.

"Saya juga mesti rajin bermimpi kerana mimpi selalunya memberikan saya tenaga untuk bekerja keras," ujar Sharifah Aini lagi.

Upah menyanyi 10 cucuk sate

Di sebalik keghairahan sebilangan besar masyarakat melihat Sharifah Aini memiliki kesempurnaan sebagai seorang bintang pujaan lengkap dengan pakej kemewahan, kejelitaan dan kemasyhuran, mungkin ada yang terlupa untuk mengambil tahu permulaan kerjaya seni beliau tidaklah segah yang dilihat di majalah atau televisyen.

Hakikatnya, untuk berada di kedudukan sebagai Artis Gred A, Sharifah Aini terpaksa melalui kesulitan yang mungkin jauh daripada gambaran akal fikiran kita.

Pada peringkat awal Sharifah Aini menceburi bidang muzik, upah menyanyi yang diterima beliau bukannya wang tetapi dibayar dengan hidangan 10 cucuk sate.

Kalau ada sekalipun, katanya, bayaran yang diterima cuma antara RM30 hingga RM40 ketika mengadakan persembahan dengan Allahyarham Datuk Aziz Satar.

"Malah sehingga tahun 1975 dan 1976 saya masih dapat RM200 hingga RM300 untuk satu pertunjukan," cerita beliau tanpa berselindung.

Begitu juga dengan imej dan peribadi Sharifah Aini pada zaman kegemilangannya jauh berbeza dengan sejarah 45 tahun lalu.

Mengenali biduanita itu, beliau seorang yang terbuka dan gemar bercerita dengan jujur perihal perjalanan seninya.

Itu termasuk imejnya pada tahun-tahun 1960-an yang disifatkan Allahyarham sebagai tidak cantik.

"Saya seperti budak hitam. Saya kurus kering. Tetapi apabila saya semakin berumur, saya sudah pandai menghias diri, saya pergi ke sekolah menghias diri, saya pergi kelas public speaking, ini semua dibuat supaya saya mendapat keyakinan.

"Saya pergi ke kelas di Universiti Malaya tiap-tiap malam untuk membaiki bahasa Inggeris saya. Saya lihat kecantikan dengan cara lain. Saya lihat lebih dalam. Sedangkan benda yang tidak cantik kita boleh cantikkan - tetapi tentulah ia melibatkan masa dan wang.

"Dulu mana ada artis masuk TV, orang taja pakaian. Dulu mana ada orang mekap artis, cantik tak cantik kita mekap sendiri," ujar Sharifah Aini.

Artis bukan teman rapat
Sebagai orang ternama dan berpengaruh, dalam temu bual itu saya dan Baharom ada bertanya kepada Sharifah Aini, seandainya beliau mempunyai masalah, dengan siapa beliau berkongsi perasaan dan kegusaran.

Pada fikiran kami tentu sekali Sharifah Aini akan berkongsi hal itu dengan rakan-rakan artis kerana lazimnya mereka yang sealiran akan lebih mudah memahami masalah yang dihadapi teman seperjuangan.

Namun, telahan kami meleset kerana Allahyarham Sharifah Aini tidak pernah mempunyai hubungan rapat dengan rakan-rakan artis kerana beliau mahu mengekalkan persahabatan profesional.

Persahabatan dengan teman-teman artis baginya memadai semasa mengadakan persembahan atau menjayakan program televisyen.

"Selepas habis kerja, tidak lagi. Kalau ada dulu pun saya hanya baik dengan Allahyarham Sudirman. Lepas itu tak ada lagi. Saya ada alasan saya sendiri mengapa saya berbuat demikian. Saya rasa agak berbahaya bila baik dengan artis.

"Kadang-kadang antara kita sesama artis ada rahsia tersendiri. Artis juga mempunyai hubungan baik dengan pihak media. Jadi saya takut kadang-kadang tanpa disedari rahsia itu terkeluar dan ia akan memakan diri kita sendiri. Itu yang saya tak mahu.

"Sahabat-sahabat saya ramai, ada profesor universiti, doktor, peguam dan editor surat khabar. Mereka ini bukan sahabat baru saya. Kami sama-sama membesar dan sudah mengenali hati budi masing-masing. Saya boleh percaya mereka. Saya boleh pertaruhkan masa depan saya dalam tapak tangan mereka. Itulah yang boleh saya katakan," terang beliau lagi.

Kemusnahan rumah tangga

Dalam wawancara panjang lebar itu, Allahyarham Sharifah Aini juga membuat pendedahan kepada kami mengenai kemusnahan rumah tangganya yang dibina sebanyak dua kali.

Sebagai umat Islam, Sharifah Aini menerima ketentuan takdir bahawa tuah tidak menyebelahinya dalam perkahwinan berbanding kejayaannya sebagai seorang penghibur masyarakat.

Kata Sharifah Aini, kegagalan dua perkahwinannya - pertama dengan Ali Bakar dan yang kedua ialah dengan seorang lelaki yang beliau tidak mahu umum mengetahui namanya atas sebab tersendiri.

Katanya, perkahwinan pertama gagal kerana ia tidak direstui keluarga.

"Keruntuhan perkahwinan kedua ialah kerana saya terlalu beralah dan ini sebenarnya kesilapan saya. Sebab saya terlalu sayangkan dia, saya tidak mahu menimbulkan sebarang masalah pada dirinya. Saya tidak menuntut," jelas beliau.

Selepas lima tahun berkahwin baru Sharifah Aini mendapat tahu bahawa dirinya bukan isteri kedua.

"Sebenarnya saya isteri yang ketiga," katanya.

Penyanyi itu menceritakan: "Saya tidak kisah tidak dapat keluar dengan suami saya, suami saya tidak pernah bersama menyaksikan saya menyanyi, saya tidak ambil kisah dia balik ke rumah atau tidak. Saya fikir perkahwinan kedua itu berakhir kerana kegagalan saya menegakkan hak saya sebagai isteri."


Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas