Thursday, July 3, 2014

Neelofa Sudah Berhijab Secara Kekal

Tidak ada yang menduga, pada usia 25 tahun, dengan populariti yang masih mencanak dan sering diintai lelaki kerana kejelitaannya, pelakon genit Neelofa mengambil langkah manis yang telah mengejutkan banyak pihak.

Neelofa memilih untuk bertudung litup, suatu penghijrahan yang disifatkannya mahu dikekalkan sehingga akhir hayatnya.

Perubahan yang dilakukan Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor itu bukanlah suatu perubahan yang mendadak, sebaliknya ia telah difikirkan lama olehnya.

Lihat sahaja akaun Instagram miliknya, terdapat foto-foto

Neelofa berhijab penuh lengkap dengan jubah. Meskipun ketika itu dia hanya berhijab ketika berada di Dubai pada Jun lalu untuk menjalani sesi fotografi rangkaian busana Muslimahnya di bawah jenama Naelofar, ramai peminat memberikan respon yang positif.

Menurutnya, dia banyak menghadiri kelas agama sebelum nekad melakukan penghijrahan kekal. Kata gadis kelahiran Kelantan itu lagi, dia ikhlas untuk berhijab dan tiada paksaan daripada mana-mana pihak yang mendorongnya mengambil keputusan terbaik di dalam hidupnya itu.

Mengambil keputusan berhijab penuh sejak dua Ramadan lalu, ia seperti signifikan dengan bulan penuh rahmat ini. Akuinya, sebaik berhijab penuh, ada suatu perasaan yang sukar diungkap mengenai tindakannya itu.

“Memang betul ini imej terbaharu daripada saya dan kenapa saya pilih untuk berhijab, biarlah ia kekal sebagai cerita peribadi saya.

“Perkara ini terjadi atas doa dan sokongan daripada orang di luar sana, peminat, keluarga terutama mama saya,” katanya dalam satu kenyataan media.


UJAR NEELOFA, dia terlebih dahulu banyak menghadiri usrah agama sebelum mengambil keputusan berhijrah untuk kebaikan diri.

Kata pengurusnya, Mohd. Amer Shafiq Khalip, pelakon itu dilihat semakin kerap memakai hijab sejak tiga bulan lalu dan kini mula berhijab secara kekal.

“Saya mula berhijab pada hari kedua Ramadan dan saya nekad untuk bertudung setelah sekian lama berdoa kepada Allah untuk diberikan petunjuk dan jalan yang terbaik buat saya,” ujarnya.

Apabila disoal apakah perasaannya apabila imejnya kini berubah, kata Neelofa, dia merasakan hijab itu melengkapkan lagi dirinya.

“Saya rasa, ia (hijab) melengkapkan diri saya,” balasnya.

Meskipun telah berhijrah, Neelofa akan tetap meneruskan kerjayanya dalam bidang seni dan mengharapkan sokongan daripada orang di luar sana.

“Saya mengharapkan semua pihak agar terus mendoakan dan menyokong saya. Sejujurnya, saya amat menghargai setiap sokongan yang diberikan,” katanya.

Malah di dalam program kendaliannya bersama Nabil Ahmad, MeleTOP, Neelofa yang ditanya rakan hosnya itu tentang penghijrahannya memberitahu, dia berbuat demikian dengan sepenuh hati.

“Saya harap agar saya dapat menempuh dugaan sepanjang penghijrahan ini. Mohon doakan saya,” katanya sambil tersenyum. - kosmo


Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas