Friday, July 4, 2014

Kisah Sleeq ditipu RM15000

DITIPU, difitnah, dikhianati dan segala hal negatif menjadi lumrah dalam kebanyakan bidang pekerjaan, apatah lagi untuk bergelar anak seni, ia memerlukan pengorbanan yang besar sebelum mengecap nikmat kejayaan.

Merantau dari Singapura ke negara ini pada 2009, duo yang dianggotai oleh dua sepupu iaitu Sleeq akur dengan liku-liku yang ditempuhinya sebelum meniti populariti yang dikecapi mereka hari ini.

Sepanjang bergelar penyanyi, duo yang kini popular menerusi lagu Tepi Sikit itu mengakui ditipu sehingga mencecah anggaran RM15,000 termasuklah persembahan pentas yang tidak pernah dibayar.

Salah seorang anggotanya, Syarif Ahmad menceritakan, ketika mula-mula mahu mengukir nama di Malaysia, dia dan pasangannya, Alyph Abdullah menerima pelbagai undangan pentas untuk dijayakan dan dijanjikan dengan bayaran yang sewajarnya.


Namun, janji hanya tinggal janji dan mereka terpaksa reda dengan bermacam-macam ragam manusia yang sekadar manis di bibir, tetapi mempunyai kerenah yang tidak mampu diduga akal.

“Bukan senang nak menjadi penyanyi, kadang-kadang terpaksa terima juga persembahan pentas walaupun tanpa bayaran. Sekadar menjadi platform memperkenalkan Sleeq ke pengetahuan umum.

“Pada masa yang sama, banyak juga undangan yang diterima menjanjikan bayaran tertentu. Namun agak mengecewakan terdapat segelintir individu yang cuba mengambil kesempatan ke atas kami yang berstatus mentah ini.

“Pun begitu, disebabkan ketika itu kami menguruskan sendiri perjalanan karier Sleeq, kami telan sahaja segala kepahitan untuk dijadikan pengajaran di masa akan datang," jelasnya yang bersyukur dan berterima kasih kepada Aaron Aziz Productions kerana banyak membantu mengembangkan lagi bakat Sleeq dengan lebih teratur dan sistematik.

Album ketiga Sleeq iaitu SleeQ The Album 2014 telah dilancarkan di restoran The Bee, Publika, minggu lalu, di samping mengadakan mini showcase buat tetamu yang hadir.

Tak takut kahwin

Sementara itu, menjelang hari perkahwinan kedua-dua jejaka tersebut yang dijadualkan pada September antara Alyph dan Azzah Fariha serta pada November antara Syarif dan Malaque Mahdaly, mereka mengakui agak gementar tetapi sudah bersedia untuk bergelar suami.

Alyph yang bakal berkahwin dengan seorang guru berkata, dirinya sudah cukup bersedia tatkala membuat keputusan untuk memperisterikan tunangnya dan tidak bimbang mengenai populariti Sleeq yang dikatakan akan merudum setelah berumahtangga.

“Saya langsung tak takut sekiranya keputusan berkahwin ini boleh menjatuhkan populariti Sleeq kerana bagi saya membina rumah tangga adalah satu perkara yang sangat baik dan sebagai artis kami akan sentiasa menjadi milik peminat.

“Bidang nyanyian adalah kerjaya kami. Perkahwinan pula adalah satu fasa hidup yang baharu buat kami selaku manusia dan ia adalah dua dunia berbeza yang perlu diuruskan secara berasingan tetapi teratur. Apa yang pasti, tak sabar rasanya untuk kami merasai pengalaman berumahtangga kelak," ujarnya.

Secara tidak langsung, Alyph mahupun Syarif berpendapat, dengan memperkenalkan bakal isteri mereka secara terbuka di laman sosial seperti Instagram, ia mungkin akan membuatkan peminat lebih dekat dengan wanita yang telah berjaya mencuri hati anggota Sleeq. - utusan


Dapatkan Update Tips Kecantikan, Fesyen dan Kesihatan
Tak ada masa nak keluar rumah shopping?
Jubah, Blouse, Shawl, Handbag
Jom Terjah



No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas