Saturday, July 5, 2014

Kisah Cinta Aaron Dan Diyana


“Sebelum popular, Aaron pernah buat macam-macam kerja. Dia pernah menjadi pelayan restoran, bekerja di pusat boling, jurujual kereta dan insu­rans,” kata Diyana Halik, 32, isteri yang juga pe­ngurus aktor popular Aaron Aziz, 38.

Menurut Diyana, selain terpaksa berjauhan de­ngan isteri dan anak-anak, Aaron juga pernah tidur dalam kereta yang bagaikan ‘rumah keduanya’ ketika mula-mula berhij­rah ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan dulu.“Aaron juga sukar berpisah dengan anak-anak hinggakan saya terpaksa bersusah payah turun naik bas dari Singapura ke Kuala Lumpur untuk me­ngubat kerinduannya pada mereka.

“Sebab itu apabila orang kata dia cuba me­nyekat periuk nasi orang lain di sini dan macam-macam lagi cerita negatif mengenai­nya, saya amat sedih,” katanya.Kejayaan dikecapi bintang filem Ombak Rindu dan drama bersiri Adam dan Hawa itu juga bukan datang bergolek, sebalik­nya dia bermula dari bawah dan bekerja keras membina nama selama beberapa tahun di negara ini.


“Walaupun sudah popular lebih awal di Si­ngapura, Aaron tetap ingin mengembangkan karier seninya di Malaysia, sekali gus mengubah nasib kami sekeluarga,” katanya.

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz dilahirkan pada 23 Feb­ruari 1976 di Pasir Ris, Si­ngapura.

Anak kepada pasa­ngan Allahyarham Aziz Salim dan Juriana Jaafar, 63, ini ialah anak ketiga daripada empat beradik.

Hasil perkongsian hidup dengan Diyana selama 11 tahun, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Danish Anaqi, 10; Dwi Ariana, 8, dan Dahlia Arissa, 4.

Wartawan RAP, Ram­lah Zainal (ramlah@hmetro.com.my) menemu bual insan paling rapat dalam hidup Aaron iaitu Diyana untuk me­ngimbas siapa sebenarnya Bintang Paling Popular, pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 dan 2013 ini dan pembabitan awalnya dalam bidang seni.




Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan


No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas