Tuesday, March 4, 2014

Syamsul Kena Denggi, Mungkin Bernikah di Hospital

Empat hari lagi menjelang tarikh pernikahan beliau dengan Puteri Sarah Liyana, pengarah popular Syamsul Yusof dilaporkan telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles selepas disyaki menghidap demam denggi. 

Mengesahkan perkara itu kepada mStar Online hari ini, ibunya Datin Patimah Ismail berkata ketika ini doktor sudah mengambil sampel darah untuk mengetahui penyakit sebenar anaknya itu.

“Saya bawa Syamsul ke hospital pagi tadi lepas dia mengadu sakit kepala dan suhu badan dia sangat panas. Pada mulanya saya ingat hanya demam biasa, tapi bila sudah dua hari demamnya semakin teruk, saya terus bawa dia ke hospital dan doktor syak ia mungkin demam denggi”

“Syamsul juga ada berseloroh untuk bernikah di hospital jika keadaan belum sihat menjelang hari pernikahannya nanti,” tambahnya lagi selain meminta semua mendoakan kesihatan Syamsul Yusof yang akan bernikah pada 8 Mac ini. - mstar
https://play.google.com/store/books/details/Feredea_Katrina_Kahfi?id=HFLLAgAAQBAJ
Kalau dah jodoh tak akan ke mana. Kita sendiri akan tahu jodoh kita bila dah tiba masanya. Pada waktu tak akan ada yang boleh halang pertemuan antara dua jodoh. Semoga pernikahan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Insyallah amin

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas