Sunday, March 9, 2014

Saya bersyukur kerana kedua-dua anak perempuan saya tidak menjadi 'mayat hidup' seperti saya.


Ipoh: Saya bersyukur kerana kedua-dua anak perempuan saya tidak menjadi 'mayat hidup' seperti saya. Salah seorang daripadanya mampu menjejakkan kaki ke universiti walaupun tanpa dorongan saya,” ujar Yusuf Awang, 53, yang juga seorang penagih dadah tegar sejak 35 tahun lalu. Dia yang ditemui di Pusat Perkhidmatan Cure & Care (CCSC) di Jalan Dato Onn Jaafar semalam, melahirkan rasa gembira kerana kedua-dua anak perempuannya tidak hanyut atau mengikut jejak langkahnya sebagai penagih dadah. Menurut Yusuf, walaupun bergelumang dengan najis dadah sejak 35 tahun lalu, dia gembira kerana diberi peluang oleh Allah SWT untuk bertaubat dan kembali menjadi manusia normal.
Saya mula menagih heroin sejak berusia 17 tahun. Ketika itu kawan-kawan menjadi perosak utama yang memperkenalkan saya dengan dunia dadah. Tidak lama kemudian saya berkahwin dan mempunyai anak namun tabiat buruk menagih dadah masih gagal diatasi. Duit gaji banyak dibazirkan untuk tujuan membeli dadah,” katanya.
Menurutnya, isterinya pernah berulang kali memujuk supaya dia meninggalkan tabiat buruk itu, namun dia gagal melawan ketagihan yang melampau.
Masalah ketagihan itu semakin serius sebaik saya mula bekerja sebagai pemandu bas ekspres kira-kira 15 tahun lalu.
Menjadi pemandu bas memaksa saya mengambil dadah untuk kekal cergas terutama ketika memandu pada waktu malam. Namun saya akhirnya ditangkap pihak berkuasa dalam satu operasi ujian air kencing terhadap pemandu bas ekspres pada 2009,” katanya.
Yusuf berkata, dia kemudian dihantar ke pusat pemulihan, selain menjalani rawatan mengurangkan ketagihan dadah menggunakan methadone dan turut menyertai pergerakan tabligh bagi menguatkan jiwa serta imannya.
Namun hati saya benar-benar tersentuh apabila mengetahui anak perempuan sulung saya berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, baru-baru ini.
Ketika itu, saya rasa sebak dan menyesal kerana selama ini mengabaikan mereka hanya kerana dadah,” katanya, semalam.
Beliau berkata, pembabitannya secara aktif di CCSC memberikan dia semangat untuk menjalankan kehidupan semula.
Saya tidak sangka masih ada pihak yang prihatin dan sanggup menjaga kami walaupun rata-rata masyarakat memandang serong golongan penagih dadah. Pelbagai teknik pemulihan dilakukan CCSC, termasuk memberi motivasi, menjaga keperluan makan minum dan juga memberi kelas kesedaran agama,” katanya yang kini bebas daripada pengaruh dadah sepenuhnya.
Sementara itu, Penyelaras Pusat CCSC, Jafri Safar berkata, pihaknya menerima seramai 23,433 pengunjung sejak pusat itu dibuka kepada orang ramai pada 18 Mei 2011.
Katanya, hingga kini, konsep motivasi dilaksanakan menyelamatkan nyawa ramai penagih daripada pelbagai kaum.
Jafri berkata, kebanyakan penagih dadah yang datang ke pusat itu berusia seawal 17 tahun hingga mencecah 60 tahun.
Pusat CCSC ini dikendalikan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Ia terbuka kepada penagih yang secara sukarela mahu mendapatkan perlindungan dan khidmat nasihat,” katanya.  - yahoo

Dengar kisah dari pakcik ni, kita kenalah sentiasa jaga famili kita agar jauh dari tabiat menagis dadah. Teringat cerita Carlos, betapa isteri penagih dadah ni setia bersama suami walaupun ketagih dadah dan teruk dipukul dan dibuli. Aku tak faham mengapa ia berlaku. 



No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas