Tuesday, March 11, 2014

Saya bercadang untuk menghantarnya ke sekolah tahfiz apabila usianya menginjak lima tahun.- Farid Kamil


Apakah perancangan Farid untuk anak?

Saya bercadang untuk menghantarnya ke sekolah tahfiz apabila usianya menginjak lima tahun.

Kenapa Farid bercadang untuk berbuat demikian?

Idea untuk menghantar anak saya ke sekolah tahfiz tercetus apabila ibu saya sendiri berhasrat untuk melihat salah seorang daripada anak-anaknya bergelar tahfiz. Akibat hasrat yang diimpikan sebelum ini tidak kesampaian, dia kemudian mencadangkan agar cucunya pula diberikan pendidikan sebegitu. Pada pandangan saya, tidak salah untuk mencuba.

Apakah perubahan ketara yang Farid alami selepas bergelar seorang bapa?

Perubahan paling ketara yang berlaku dalam hidup kami sekarang adalah cara kami membahagikan masa. Jika dulu kami ada 24 jam untuk diri sendiri, tetapi selepas menimang cahaya mata, anak merupakan keutamaan kami.

Isteri anda, Diana kelihatan sungguh kurus. Adakah Farid menjaga pemakanan Diana selepas melahirkan anak?

Saya memang menjaga pemakanan Diana terutamanya sejak dia masih mengandung lagi. Dia memerlukan nutrisi yang betul bagi menjamin kandungan yang sihat. Justeru, selepas melahirkan anak, pola pemakanan yang serupa masih diteruskan.

Adakah Farid meletakkan syarat untuk Diana dalam kerjayanya?

Saya tidak menyekat sebarang keputusannya untuk terus berlakon. Asalkan dia pandai membahagikan masa antara kerjaya dan anak, saya tidak kisah.

Sejak kebelakangan ini, Farid sering dikaitkan dengan hal yang berkaitan dengan pihak berkuasa. Apakah status hubungan anda dengan mereka sekarang?

Buat masa ini, saya dan pihak berkuasa tidak mempunyai apa-apa masalah. Semua yang berlaku sebelum ini adalah disebabkan salah faham sahaja. - kosmo

Semoga bahagia, anak yang soleh adalah harta yang paling berharga di dunia dan di akhirat





No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas