Monday, March 10, 2014

Rozita Che Wan Hamil



PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan pada petang Isnin mengesahkan sedang hamil anak pertamanya bersama aktor Zain Saidin menerusi laman Instagram miliknya.

Rozita, 41, dalam satu entri di laman tersebut memberitahu dia mengetahui sedang mengandung selepas melakukan sendiri ujian kehamilan selain turut gembira kerana dapat memberikan seorang anak buat suaminya. "Alhamdulillah, ...syukur dengan nikmat mu ya Allah," katanya pada kapsyen gambar alat ujian kehamilan yang dimuat naik di Instagram milik Rozita. Bagaimanapun Rozita tidak memberikan butiran lanjut mengenai kandungannya itu. Sebelum ini menerusi laporan mStar Online pada 3 Mac lalu, Zain, 30, pernah meluahkan perasaan gembiranya bahawa Rozita berkemungkinan besar sudah mengandung. Bagaimanapun ketika itu, Rozita belum membuat pemeriksaan doktor lagi dan Zain menyifatkan ia sebagai sebuah hadiah hari lahir (pada 23 Februari lalu) yang terbesar pernah diterimanya jika Rozita benar-benar mengandung.

Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam. 
Rozita juga mempunyai dua cahaya mata anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16. - mstar

Tahniah pada Che Ta dan Zain, bukan mudah nak mengandung pada umur yang sudah mencecah 4 series. Tapi Che Ta masih lagi subur. Semoga dipermudahkan dan mendapat zuriat yang sihat dan soleh. Amin. Inilah rezeki yang paling berharga pada seorang isteri hadiah buat suami. Alhamdulillah....tumpang gembira.



Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan

No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas