Thursday, March 6, 2014

Pengalaman Hisyam Menjadi Pegawai Bomba


"Saya kini berada dalam fasa percubaan dan meletakkan tempoh setahun untuk melihat sejauh mana peningkatan karier lakonan saya di sini. Walaupun mencari rezeki di sini, jiwa dan hati saya masih menyayangi Singapura kerana ia merupakan rumah pertama saya. Walau bagaimanapun, saya bercadang tinggal dan mengukuhkan karier saya di sini," ujarnya.

Bercerita mengenai permulaan perjalanan kariernya di Malaysia, beritahu Hisyam, drama Cut Amira (2011 ) gandingannya bersama pelakon Linda Hasyim membuka ruang untuknya terus menapak di sini.

"Ia merupakan sebuah drama hasil kolaborasi stesen televisyen Singapura MediaCorp dan Malaysia Asia Media Content (Astro). "Selain drama tersebut, saya juga pernah membintangi drama Berlima Ramadhan arahan Jinggo terbitan JS Pictures Sdn. Bhd.

Tayangan drama ini dijangka ditayangkan menjelang bulan Ramadan tahun ini. "Pada masa yang sama, saya mengambil peluang untuk berkenalan dengan penulis skrip dan pengarah di Malaysia sehinggalah saya ditawarkan membintangi Ariana Rose yang merupakan drama kedua lakonan saya di sini" jelas Hisyam mengenai profil kariernya.

Tambah Hisyam, pemilik Zeel Production Sdn. Bhd., Md. Fadzil Teh merupakan individu yang bertanggungjawab membawanya ke dunia lakonan, selain memperkenalkannya kepada sutradara Ariana Rose, Raja Ahmad Alauddin.

Hisyam mengakui, kesibukan kerjaya seninya telah menyebabkan dia tidak mampu untuk mengurus jadual kerjanya, berbanding di Singapura.

Jadual penggambaran di Malaysia yang agak padat memaksanya untuk diuruskan seorang pengurus.

Bagi Hisham, tiada yang lebih layak dan serasi untuk dijadikan pengurus selain isterinya.

Selain dapat meluangkan masa bersama, hanya isterinya sahaja yang memahami keadaan dan kemahuannya.

"Di Singapura, kebanyakan artis di sana tidak menggunakan khidmat pengurus disebabkan jadual kerja yang tidak padat, selain tawaran berlakon yang sedikit.

"Berbanding di Malaysia, kesibukan di set penggambaran yang diadakan secara terus-menerus membuatkan saya nekad menjadikan isteri sebagai pengurus saya."

Menurut Hisyam lagi, kini dia masih lagi berulang-alik ke Singapura kerana masih lagi mempunyai baki penggambaran bersama produksi Singapura.

"Saya perlu melangsaikan baki penggambaran di Singapura selama dua bulan. Ia merupakan penggambaran terakhir di Singapura sebelum saya memberi sepenuh tumpuan di Malaysia," ujarnya.

Pegawai bomba

Sebelum terjun dalam dunia lakonan, siapa pernah menyangka lelaki kacak ini pernah berkhidmat sebagai seorang anggota bomba di Singapura sejak enam tahun lalu.

Walaupun Hisyam agak berat untuk meninggalkan kerjayanya sebagai seorang anggota bomba tetapi disebabkan ingin perubahan terhadap hidupnya, dia nekad mengambil keputusan untuk bergelar seorang pelakon.

"Saya agak berat untuk meninggalkan kerjaya bomba memandangkan ia merupakan kerjaya yang stabil dan kukuh. Namun, saya rasa risiko diperlukan untuk menjadi seorang yang berjaya.

"Saya berani mengambil risiko kerana saya tahu potensi diri dan saya rasa tak salah kalau kita tonjolkan bakat dan gunakan dengan sebaiknya," katanya.

Bercerita mengenai pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang kariernya sebagai anggota bomba, ujar Hisyam, dia amat sedih apabila menerima satu panggilan berkaitan penemuan mayat warga tua yang terbiar.

"Kebanyakan warga tua di Singapura tinggal bersendirian disebabkan anak mereka sibuk bekerja dan tidak mempunyai waris.

"Saya begitu sedih apabila mendapat panggilan daripada seorang pengadu yang mengatakan bau busuk di sekitar rumahnya.

"Apabila kami memeriksa sekitar kawasan tersebut, didapati mayat seorang lelaki telah mereput dan disyaki telah meninggal dunia sejak dua minggu lalu. Perasaan sedih tersebut tidak dapat digambarkan dengan kata-kata," katanya. - kosmo

Berpeluang menceburkan diri dalam berbagai bidang, terutama dalam bidang yang mencabar membolehkan dan memudahkan pelakon menghayati watak. Semoga Hisyam dimurahkan rezeki.

Penaja
Montokkan, Anjalkan dan payudara yang kendur, jatuh dan kecil. Anda pasti tampil menawan di hadapan suami anda. Percuma gel mirifica yang gel sapuan luaran extrak herba pueraria mirifica, ginseng dan africana yang terbukti berkesan



No comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN SYARIKAT Syarikat ini telah didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada atas nama "One Stop Media Production" (SSM 002185302K ) bagi menjalankan urusan perniagaan secara online dan offline. Sekian, Terimakasih.

Bukti Kejujuran Syarikat KLIK SINI

GR

PA

fbcs

nas